Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.na.nga.ni] | مناڠني

Definisi : 1. mengerjakan (sendiri), mem­buat sendiri, mengusahakan: pekerjaan yg berat-berat pun ditanganinya; masih belum ada sesiapa pun antara kita yg ~ bidang ini secara bersungguh-sungguh; 2. = me­nangan­kan memukuli (dgn tangan) supaya jera, mengajar: kalau tidak menge­nang­kan ke­­tololan adiknya, tadi lagi sudah di­ta­nga­­­­­ni­­­­nya; suruh dia datang sekarang juga, kalau tidak akan aku tangankan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.na.nga.ni] | مناڠني

Definisi : 1 membuat atau mengusahakan se­suatu. 2 memukul orang dgn tangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tangan (kata nama)
1. Bersinonim dengan anggota badan: lengan
Berantonim dengan kaki

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan kuasa, pengaruh, perintah, pegangan,

Kata Terbitan : menangani, menangani, menangankan, penangan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
"Menangani masalah sosial" Adakah "menangani" bermaksud "mengusahakan" dalam konteks ini seperti yang diungkapkan dalam Kamus Dewan? Sepanjang pengetahuan saya, "menangani" dalam konteks ini membawa maksud "mengatasi".Antara maksud menangani ialah mengerjakan (sendiri), membuat sendiri, atau mengusahakan, contoh ayatnya; pekerjaan yg berat-berat pun ditanganinya; masih belum ada sesiapa pun antara kita yg menangani bidang ini secara bersungguh-sungguh. Secara literalnya kata menangani dalam contoh ayat yang diberi boleh difahami/diberi makna sebagai mengatasi tetapi makna tersebut belum ada dirakam dalam Kamus Dewan, oleh itu makna yang paling hampir ialah mengusahakan.Makna19.07.2008
(a) Adakah kata kerja "menangani" boleh membawa maksud "mengatasi", misalnya dalam konteks menangani gejala sosial? Berpandukan Kamus Dewan, kata tersebut yang bermaksud "mengatasi" tidak diungkapkan. Dan, adakah kata ini terjemahan daripada kata bahasa Inggeris "to handle" (the social problem)? (b) Kata nama terbitan bagi "berhijrah" ialah "penghijrahan", "melibatkan" ialah "penglibatan", dan "melihat" ialah "penglihatan" Mengapakah kata nama terbitannya bukan "perhijrahan", "pelibatan", dan "pelihatan"?Maksud pertama menangani ialah mengerjakan (sendiri), membuat sendiri, mengusahakan, seperti contoh: pekerjaan yg berat-berat pun ditanganinya; masih belum ada sesiapa pun antara kita yg menangani bidang ini secara bersungguh-sungguh. Berpandukan keterangan itu, frasa menangani gejala sosial, adalah betul, menangani di situ bemaksud mengusahakan (sama seperti contoh ayat dalam Kamus Dewan) dan terjemahan ini boleh digunakan untuk to handle the social problem. Kata terbitan perhijrahan juga ada dan membawa maksud perbuatan atau perihal berhijrah, perpindahan. Sekian.

 

Tatabahasa27.06.2008
Tuan, Apakah perbezaan antara membasmi, menangani dengan membendung? Adakah ketiga-tiga perkataan ini sama maksud? Contoh, Pihak sekolah akan ( membasmi / menangani / membendung) masalah kerosakan tandas dengan segera. Terima kasihMembasmi bermaksud mengusahakan supaya tidak ada lagi, membanteras, menghapuskan dan memerangi. Menangani bermaksud membuat atau mengusahakan sesuatu manakala membendung pula maknanya menahan atau menyekat sesuatu supaya tidak merebak.

Oleh yang demikian, perkataan yang paling sesuai digunakan ialah pihak sekolah akan menangani masalah kerosakan tandas dengan segera.
Makna07.03.2019
KPDNKK kerap menangani isu seperti gores dan menang, skim cepat kaya dan sebagainya. Tanpa mendapat pengesahan dari mana-mana pihak terutama dari DBP sendiri sering penggunaan tanda " digunakan. Contohnya "Gores dan Menang" "Skim Cepat Kaya" dan sebagainya. Pohon panduan tuan/puan mengenai penggunaan tanda tersebut samaada sesuai atau pun tidak. Terima kasih.Untuk makluman tanda petik hanya boleh digunakan dalam keadaan yang berikut:
1. Untuk mengapit petikan langsung yang berasal daripada pembicaraan, daripada naskhah atau bahan bertulis lain.    Contoh: "Bila sampai?" Tanya Husin.
2.  Untuk mengapit judul rencana, karangan, puisi, atau bab buku yang dipkai dalam ayat.
Contoh: Sajak "Dewi Malam", karya seorang penyair bukan Melayu, telah dideklamasikan pada malam pembacaan puisi.
3. Untuk mengapit istilah ilmiah atau kata yang mempunyai erti khusus.
Contoh: Amin sedang menyediakan "anatomi" halaman buku ini. 
Ejaan01.10.2014
Bagaimanakah DBP menangani isu kesalahan tatabahasa seperti penggunaan kata nama diri pertama, kedua ,ketiga , serta kesalahan ejaan dalam petikan akhbar utama seperti Berita Harian dll.Hal ini akan mengelirukan pelajar kerana yang dipelajari di sekolah berlainan seperti disiarkan oleh media.Terima kasih.

Saudara,

Dewan Bahasa dan Pustaka melalui Bahagian Dasar Bahasa  sentiasa mengawasi penggunaan bahasa yang digunakan di sektor awam dan swasta. Antara tugas yang dilaksanakan ialah pemantauan penggunaan bahasa di semua media massa. Pemantauan kesalahan penggunaan bahasa yang dibuat berserta dengan pembetulannya  dikemukakan kepada pihak-pihak berkenaan untuk diambil tindakan pembetulan dan sebagainya.       

Lain-lain10.11.2009
1) menangani atau menanggani? 2) RMKe-9 atau RMK 9? 3) Jurukur Bahan atau Juruukur Bahan?Yang betul ialah menangani dan bagi soalan kedua harus ditulis seperti berikut - RMK-9Ejaan10.12.2006
Bagi menangani masalah itu semua ahli masyarakat perlu berganding bahu untuk mencari penyelesaian dengan sebaik mungkin. munsyi, apakah kesalahan daam ayat ini? TQDalam konteks ayat ini, perkataan semua ahli masyarakat boleh ditukar kepada masyarakat atau semua pihak. Ayat yang lebih baik ialah 'Bagi menangani masalah itu, semua pihak perlu berganding bahu untuk mencari penyelesaian dengan sebaik mungkin.' atau ''Bagi menangani masalah itu, masyarakat perlu berganding bahu untuk mencari penyelesaian dengan sebaik mungkin.'Tatabahasa07.02.2012
apakah faktor kedatangan pendatang asing, kepentingan, keburykan, dan langkah-langkah mengatasinya?Sila rujuk aritkel dibawah : 1. Bekerjasama menangani masalah pendatang oleh Megat Hishamuddin Megat Syamil Dewan Masyarakat 01/06/1998. 2. Buruk baiknya pendatang asing oleh A. Samad Ismail Dewan Budaya 01/12/1996. 3. Menangani masalah pendatang tanpa izin oleh Lee Lam Thye Dewan Budaya 01/05/1998. 4. Menangani pendatang asing oleh Sundharan a/l Sivathasan Dewan Siswa 01/06/1998. 5. Pekerja asing dan pendatang haram Hassan Ahmad Dewan Budaya 01/08/1996. 6. Pendatang tanpa izin mengancam kestabilan negara oleh Zin Mahmud Dewan Siswa 01/03/1997. 7. Pendatang tanpa izin: sudah mula bertapak? oleh Junipah Wandi Dewan Masyarakat 01/09/1994.Lain-lain20.10.2007
Saya ingin mencari alternatif untuk perkataan "precedent". Bolehkah saya gunakan perkataan "prajadian" sebagai kata ganti? Contoh ayat: Tiada "precedent" yang mengatakan bahawa seorang Presiden boleh dilucutkan jawatan kerana kegagalan untuk menangani krisis dalam Dewan Senat. Diganti dengan: Tiada "prajadian" yang mengatakan bahawa seorang Presiden boleh dilucutkan jawatan kerana kegagalan untuk menangani krisis dalam Dewan Senat.Dalam konteks perundangan, precedent lazimnya diterjemahkan kepada duluan, menjadi "Tiada duluan yang mengatakan bahawa seorang Presiden boleh dilucutkan jawatan kerana kegagalan untuk menangani krisis dalam Dewan Senat".Istilah04.02.2014
tolong berikan maksud remaja dan maksud masalah sosial, cara untuk menangani dan punca mslh ituMengikut Kamus Dewan remaja antaranya bermaksud mulai dewasa,sudah akil baligh,sudah cukup umur untuk berkahwin. Sosial bermaksud i. segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat,kemasyarakatan. ii. berkaitan dengan persahabatan,pergaulan dan aktiviti masa lapang 3. suka bergaul dan bermesra. Masalah sosial bermaksud masalah yang timbul daripada pergaulan dalam masyarakat. Dari segi cara untuk menangani dan punca masalah ini sdr. bolehlah membuat rujukan dalam majalah atau akhbar tempatan yang membincangkan perkara ini.Makna30.07.2007
12345678910

Kembali ke atas