Apakah maksud menanyai dan menanyakan? Bolehkah tuan memberikan contoh ayat yang menggunakan perkataan tersebut? | Menanyai diikuti dengan orang,cthnya, Ahmad menanyai Ali tentang perkara tersebut. manakala menanyakan diikuti dengan sesuatu , Ahmad menanyakan tentang perkara tersebut kepada Ali. | Tatabahasa | 10.07.2007 |
"Beliau menanyai / menanya / menanyakan sebab Qu Yuan tidak mengisahkan kejelitaan bunga laurel dalam syairnya." Apakah kata kerja yang sesuai bagi ayat di atas? Terima kasih. | Ayat yang betul ialah "Beliau menanyakan sebab Qu Yuan tidak mengisahkan kejelitaan bunga laurel dalam syairnya." | Tatabahasa | 29.03.2007 |
Encik, Apakah perbezaan sebenar penggunaan kata 'menanya', 'menanyakan' dan 'menanyai' dari segi hukum tatabahasa? Adakah penggunaan kata 'menanya' mesti diikuti oleh kata sendi 'kepada'? Contohnya, Saya menanya kepada pemuda itu. Terima kasih. | Kata menanya dan menanyai mempunyai maksud yang sama, iaitu bertanya kepada dan berfungsi sebagai kata kerja transitif yang mesti diikuti objek selepasnya, seperti Ahmad menanya/menanyai Cikgu Siti satu soalan Matematik. Menanyakan juga berfungsi sebagai kata kerja transitif yang diikuti objek selepasnya. | Penyemakan dan penterjemahan | 05.05.2016 |
Tuan, apakah perbezaan antara frasa-frasa di bawah? 1. bertanya tentang soalan 2. bertanyakan soalan 3. menanyai guru soalan 4. menanyakan soalan kepada guru Soalan 1: Adakah struktur frasa "menanyakan soalan kepada guru" betul? Soalan 2: Apakah perbezaan antara "bertanyakan" dengan "menanyakan"? Soalan 3: Apakah maksud "frasa"? Soalan 4: Berdasarkan formula yang diberikan oleh cikgu BM saya, "menanyai" hadir di depan objek bernyawa, manakala "menanyakan" hadir di depan objek tidak bernyawa. Dalam maksud lain, selepas "menanyai" hendaklah meletakkan objek bernyawa dan selepas "menanyakan" haruslah meletakkan objek tidak bernyawa. Adakah pernyataan ini betul? Atau perbezaan perkataan "menanyai" dengan "menanyakan" dikaji melalui maksud dan bukan formula? Adakah formula guru BM saya ini berguna dan berkesan? Sekian sahaja masalah saya. Terima kasih. | Frasa bermaksud satu kata atau lebih yang dapat bertugas sebagai subjek, predikat atau objek dalam pembinaan sesuatu ayat. Perbezaan antara "bertanyakan" dengan "menanyakan" ialah bertanyakan bermaksud bertanya berkenaan sesuatu, manakala menanyakan bermaksud bertanya berkenaan sesuatu kepada. Lihat contoh ayat ini untuk melihat perbezaan penggunaan kedua-dua kata tersebut, "Ayah bertanyakan keadaan kesihatan Pak Long melalui anaknya" dan "Ani menanyakan doktor tentang keseriusan penyakit ibunya". Pernyataan yang diberikan oleh guru Bahasa Melayu saudara adalah betul, iaitu "menanyai" diikuti objek bernyawa, manakala "menanyakan" diikuti objek tidak bernyawa. | Tatabahasa | 01.05.2014 |
Selamat memperjuangkan bahasa baku, tuan. Adakah "menanya" bentuk sempurna sebagai perbuatan melamapu ataupun perlu ditambahi akhiran-i untuk menjadi "menanyai" barulah berkuasa perbuatan melampau, iaitu perbuatan yang mengenai penyambut? Sila tilik WordPad untuk mendalami kajian saya. Wordpad surat tanyaan saya kepada Dr. Awang Sariyan, di sisi itu, saya memerlukan keahlian tuan DBP juga, oleh itu saya juga mengutus surat ini kepada tuan. | Merujuk Kamus Dewan, perkataan menanya juga membawa maksud menanyai. Kedua-dua kata terbitan ini berfungsi sebagai kata kerja transitif yang memerlukan objek untuk menyempurnakan ayat. | Tatabahasa | 18.12.2016 |
Selamat petang cikgu. Saya hendak menanyai cikgu tentang sebab ejaan perkataan "Ramadhan", "silaturrahim" dan "redha" perlu ditukar menjadi "Ramadan", "silaturahim" dan "reda" setelah penyerapan perkataan-perkataan ini ke dalam bahasa Melayu. Adakah pertukaran ejaan ini mempunyai sebab-sebab tertentu? Dan satu soalan lagi. Adakah pertukaran ejaan ini akan menjejaskan makna kata pinjaman itu? Contohnya, setelah "redha" ditukar ejaannya menjadi "reda", adakah maksud akan berubah? | Ejaan yang betul ialah "Ramadan, silaturahim, reda". Ketiga-tiga perkataan ini telah diserap ke dalam bahasa Melayu dengan penyesuaian ejaan. Walau bagaimanapun, maksud ketiga-tiga perkataan tersebut tidak berubah. | Ejaan | 28.06.2014 |
Tuan, saya difahamkan oleh buku Tatabahasa Dewan bahawa awalan pinjaman poli- memberikan pengertian 'banyak', jadi saya ingin menanyai tuan bahawa adakah saya boleh mengatakan perkataan seperti 'polikegunaan' yang bermaksud 'banyak kegunaan‘? Walaupun kosa kata ini tidak dicatat di dalam mana-mana kamus, tetapi bolehkah saya membina perkataan ini dengan maksud awalan poli- ini? Jika tatabahasa membenarkan saya berbuat demikian, maka perkataan seperti polikerja rumah, polimakanan, polibarang niaga, polifikiran negatif, polipilihan juga boleh dikatakan sebagai maksud banyak kerja rumah, banyak barang niaga, banyak fikiran negatif dan banyak pilihan lah? Bolehkah macam itu? | Awalan poli- ini produktif dalam pembentukan kata untuk peristilahan, manakala untuk kata umum kata "banyak" yang digunakan bagi menerangkan maksud jamak. Tidak tercatat dalam mana-mana buku sebagai satu kesalahan apabila kita menggunakan awalan poli- bagi menggantikan kata jamak, cuma bentuk itu tidak produktif dalam bentuk kata umum. Ada baiknya cadangan tuan ini dikemukakan kepada penyusun buku Tatabahasa Dewan bagi mengesahkan taraf penggunaan bentuk kata tersebut sama ada gramatis atau sebaliknya. | Tatabahasa | 13.11.2014 |
cakap ajuk “Bila engkau pulang dari luar negeri?”tanya Ali kepada Abu. cakap pindahnya bagaimana? | Ali menanyai Abu tarikh kepulangannya dari luar negara. | Tatabahasa | 20.09.2016 |
Ayah menanyakan abang bila dia akan pulang ATAU Ayah menanyakan kepada abang bila dia akan pulang Ayat yang mana betul? | Ayah menanyai Abang tarikh kepulangannya. | Tatabahasa | 22.09.2016 |
Cikgu, cikgu menyetujui pernyataan guru saya bahawa selepas "menanyakan" perlu meletakkan objek tidak bernyawa, tetapi cikgu mengatakan bahawa "menanyakan" bermaksud bertanya berkenaan sesuatu kepada, dan cikgu juga memberikan ayat contoh seperti yang berikut: "Ani menanyakan doktor tentang keseriusan penyakit ibunya". Tetapi cikgu bukan juga menyetujui pernyataan "selepas 'menanyakan' kena dihadiri sengan objek tidak bernyawa"? Akan tetapi dalam ayat cikgu, selepas menanyakan dihadiri dengan "doktor" iaitu objek bernyawa. Cikgu bukan mengatakan bahawa selepas "menanyai" kena meletakkan objek bernyawa, dan selepas "menanyakan" kena meletakkan objek tidak bernyawa? Nak ikut maksud yang mana, maksud yang pertama: "menanyakan" bermaksud bertanya sesuatu kepada", maksud yang kedua: selepas "menanyakan" dikehendaki meletakkan objek tidak bernyawa. | Dalam halaman 194 dan 200, buku Tatabahasa Dewan menjelaskan bahawa pada dasarnya kata kerja yang terbentuk dengan apitan meN-…-kan ialah kata kerja transitif, iaitu yang digunakan sebagai unsur predikat yang memerlukan objek atau penyambut dalam ayat aktif. Contohnya, Saya menanyakan dia tentang keadaan kesihatan ibunya. | Tatabahasa | 02.05.2014 |