Marsha menari tarian datun julud sambil memegang kipas tangan daripada bulu burung kenyalang. Adakah betul ejaan datun julud di dalam ayat tersebut? Atau perlu ditulis begini "Datun Julud"? Yang mana satukah ejaan yang betul? | Ejaan yang betul ialah tarian Datun Julud. | Tatabahasa | 02.07.2020 |
saya menari di atas pentas sambil menyanyi. betul atau salah?terima kasih | Ayat tersebut betul. | Tatabahasa | 19.07.2014 |
1. berlatih menari...frasa ini betul? 2. berlatih persembahan tarian ...frasa ini betul? | Kedua-dua betul. | Tatabahasa | 09.11.2016 |
Tuan/puan Perkataan "tari" boleh tambah imbuhan "ber" tak ? kenapa ? | Perkataan 'bertari' merupakan perkataan lama yang pernah digunakan suatu ketika dahulu. Walau bagaimanapun, pada masa kini perkataan tersebut tidak digunakan lagi dan perkataan 'tari' disesuaikan dengan penggunaan awalan kata kerja 'me' iaitu menari. Perkataan menari lebih tepat dan digunakan pada masa kini. | Tatabahasa | 18.04.2018 |
Adakah frasa "tiada kucing tikus menari-nari" yang merujuk kepada, ketiadaan pegawai atasan, pekerja bawahan tidak bekerja sebaiknya, ini peribahasa atau bahasa perbualan/ percakapan sahaja? Mohon penjelasan. | Peribahasa yang tepat ialah "kucing pergi tikus menari" yang membawa maksud perbuatan bersuka ria oleh pekerja apabila ketua tiada. | Lain-lain | 21.12.2020 |
Yinyen Chua Jul 8th, 9:49am Saya perlu menjawab soalan latihan di sekolah, iaitu membetulkan kesilapan yang wujud pada ayat berikut "lelaki iban memakai baju burung ketika menari tarian ngajat". Jawapan yang digunakan di sekolah ialah Lelaki Iban memakai baju burung ketika menari tarian ngajat. Adakah jawapan yang diberikan itu betul? | Lelaki Iban memakai baju burung ketika menari tarian ngajat. Ayat ini betul. | Tatabahasa | 08.07.2014 |
Apakah kata sendi nama yang sesuai untuk ayat ini: Lakarkan gambar yang anda ingin lukis di atas/pada mantel menari anda di atas/pada sehelai kertas. Terima kasih. | Penggunaan kata sendi yang betul: Lakarkan gambar yang anda ingin lukis pada mantel menari anda di atas sehelai kertas. | Tatabahasa | 12.05.2011 |
Apakah kesalahan dalam ayat ini dari aspek ejaan dan tanda baca : lelaki iban memakai baju burung ketika menari tarian ngajat | Dari segi ejaan tiada kesalahan, tetapi dari segi tanda baca ada penggunaan huruf besar pada beberapa tempat: Lelaki Iban memakai baju barung ketika menari tarian ngajat. | Lain-lain | 08.07.2014 |
Soalan ini spesifik kepada hukum tatabahasa di dalam kata kerja tak transitif:- Sekiranya pengunaan imbuhan ber- itu adalah untuk perbuatan yang dilakukan sebagai kebiasaan, adakah perkataan "bertari" itu benar, atau adakah "menari" itu satu-satunya perkataan yang sah dalam Bahasa Melayu? Bolehkah kita menggunakan kedua-dua perkataan "bertari" dan "menari" di dalam ayat tak transitif, sepertimana kita menggunakan "bernyanyi" dan "menyanyi"? Terima kasih. | Perkataan bertari merupakan perkataan lama yang sudah tidak lazim digunakan, atau arkaik. Pada masa kini perkataan tersebut tidak digunakan lagi dan perkataan tari disesuaikan dengan penggunaan awalan kata kerja me-, iaitu menari. | Tatabahasa | 25.02.2019 |
Apakah perkataan bahasa melayu bagi perkataan berikut: 1. paradigm shift 2. uncovering of evidence 3. future blueprint 4. Season's greetings Apakah perkataan Inggeris bagi : 1.Yang Dipertua 2. Seniman Agung 3. Salam Sejahtera Adakah perkataan "menari" dan "berdansa" sama? Tolong bagi contoh ayat untuk perkataan2 ini. terima kasih. | Terjemahan bahasa Melayu bagi perkataan yang tersebut; 1. anjakan paradigma, 2.mendedahkan bukti, 3.rangka tindakan masa hadapan, 4.Selamat Hari Krismas dan Selamat tahun baru. Dalam Kamus Dewan menari bermaksud melakukan tari (gerakan badan serta tangan dan kaki berirama) mengikut rentak muzik, manakala berdansa bermaksud menari cara Barat. Ini bermakna menari lebih luas konsepnya dan contoh-contoh ayat boleh dilihat dalam kamus, buku, majalah dan artikel yang berkaitan. | Lain-lain | 24.12.2007 |