Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.na.tap] | مناتڤ

Definisi : 1. memerhatikan dgn teliti, memandang dgn sungguh-sungguh: ia ~ wajahnya puas-puas di cermin; tiap-tiap kepala berita yg berhuruf kasar ditatapnya dgn hati-hati; 2. memandang, merenung, merenungi: dia ~ kembali anaknya yg riang bermain itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.na.tap] | مناتڤ

Definisi : memperhatikan dgn sungguh-sungguh; memandang dgn teliti: Mereka disuruh ~ peta kawasan Ipoh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tatap
Kata Terbitan : menatap, menatapi, tatapan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ada kesalahan ejaan dalam entri 'bagas' dan 'menentang' PRPM. Angin dieja 'angina'.Menurut data kami, perkataan bagas merujuk kepada 1. (berkenaan angin) kencang, kuat: angina paksa sedang kencang ~; 2. (berkenaan badan) tegap, kuat;kebagasan keadaan tegap (dan) kuat, ketegapan: baju menunggangnya yang mirip baju wanita itu tidak dapat menyembunyikan ~ badannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat). Perkataan menentang ialah 1 memandang tepat-tepat pada sesuatu; menatap: Lapang hatinya dapat ~ wajah anak yang dikasihinya itu. 2 melawan atau memerangi musuh dan lain-lain: Banyak perajurit yang telah terkorban dalam peperangan ~ musuh. 3 kiasan tidak menyetujui pendapat, usul dan lain-lain; tidak mematuhi peraturan, undang-undang dan sebagainya; menyanggah; membangkang: Tiada sesiapa yang berani ~ usulnya itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua). Selain itu, ejaan yang betul ialah angina dan penggunaaan istilah ini bergantung kepada bidang.Lain-lain15.03.2019

Kembali ke atas