Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ca.but] | منچابوت

Definisi : 1. menarik (sesuatu) supaya terlepas (keluar, tertanggal) drpd sesuatu: ~ rumput; ~ ubi kayu; ~ keris; ~ pistol; ~ bulu ayam; ~ uban; ~ gigi; ~ paku; ~ nyawa ki mengambil nyawa orang, mematikan; 2. mengambil drpd kumpulan atau tompokan (daun terup dsb), menarik (undian dll): ~ daun; ~ nombor bertuah mengambil satu nombor drpd kumpulan utk menentukan yg bertuah memenangi sesuatu hadiah; ~ undi memilih dgn mengundi; ~ undian (loteri) a) menarik undian (loteri); b) menang loteri; ~ untung mendapat (menarik, memperoleh) keuntungan; 3. menarik kembali (apa yg telah diberikan, dikatakan, dikeluarkan, dll): ia tidak mahu ~ usulnya itu; 4. membatalkan, memansuhkan, menghapuskan, meniadakan: sesuatu revolusi harus ditujukan utk membongkar dan ~ keburukan dgn akar umbinya sekali; 5. memetik, mengutip (drpd karangan dsb): puisi ini dicabut drpd majalah tersebut; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ca.but] | منچابوت

Definisi : 1 menarik keluar supaya terlepas dr sesuatu: ~ rumput; ~ keris. 2 mengambil dr sesuatu kum­pulan dsb: ~ daun terup. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencabut

Puisi
 

Hujan mari pebadik tumbuh,
     Tidak mencabut selasih dulang;
Kalau tidak berani sungguh,
     Jangan merebut kekasih orang.


Lihat selanjutnya...(4)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
definisi ragutRagut bermaksud menarik (menyentap, mencabut) dengan paksa atau dengan kekuatan; memakan rumput hidup; mencabut, merampas menyebabkan kehilangan (sesuatu) secara paksa.Makna02.06.2008
DEFINISI TENTANG JENAYAH RAGUTMenurut Kamus Dewan, "Jenayah biasanya dikaitkan dengan perbuatan, kejahatan seperti mencuri, merompak, membunuh dan lain-lain atau perbutan yang salah disisi undang-undang. " Menurut Kamus Dewan, Ragut;meragut "- ialah menarik (menyentak,merabut,mencabut) dengan paksa atau dengan kekuatan. Jenayah ragut boleh ditakrifkan sebagai menarik, menyentak,merabut atau mencabut, kebiasaannya dikaitakan dengan tas tangan dan lazimnya perbuatan ini salah dan tanpa kerelaan mangsa.Makna21.08.2006
Selamat sejahtera, Apakah kata kerja yang betul untuk 'mencukur' bulu kambing?adakah menggunting @ mencabut @ mencukur? Terima kasihKata kerja yang sesuai ialah mencukur, mencukur bulu kambing.Tatabahasa12.03.2013
Mohon pandangan tuan bagi jawapan yang betul Terima kasihBerdasarkan ayat tersebut, jawapan yang paling tepat ialah "sekaki", iaitu "Samad memerhatikan abangnya mencabut sekaki halia di belakang rumahnya". Hal ini disebabkan "halia" apabila dicabut dan didirikan, penjodoh bilangannya ialah kaki. Akan tetapi, perlu diingatkan bahawa tidak semua benda boleh diberikan penjodoh bilangan.Tatabahasa02.09.2015
Assalamualaikum. "Mata lembing tercabut sendiri, melayang menikam orang lain hingga membunuh sembilan puluh lapan lelaki dalam majlis itu. Korban ke sembilan puluh sembilan ialah ayah Dayang lalu mencabut lembing dari perutnya....." Berdasarkan petikan cerita di atas, saya ingin bertanya sedikit soalan. 1. sembilan puluh lapan perlu dieja atau ditulis nombor 98? 2. korban ke sembilan puluh sembilan atau korban ke-99? sekian, terima kasih.Ejaan yang betul ialah ... 98 lelaki ... dan ... korban ke-99 .... Nombor kosong hingga sembilan dieja penuh, manakala nombor 10  dan ke atas ditulis dalam bentuk angka.Ejaan25.08.2011
Kelihatan sekawan zirafah sedang meragut daun dari pokok yang tinggi. Adakah betul penggunaan meragut bagi haiwan tersebut?.Mohon pencerahan daripada pihak DBP. Terima kasih.

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, makna perkataan "meragut" ialah menarik (menyentak, me­ra­but, mencabut) dengan paksa atau dengan ke­kuatan. Oleh itu, berdasarkan cadangan ayat tersebut, perkataan meragut boleh digunakan dalam konteks tersebut.



Tatabahasa11.06.2020
1.Mencungkil pintu rumah yang terkunci atau mengumpil pintu rumah yang terkunci.Mana yang betul. 2.dua ekor kerang atau dua biji kerang. 3.Ayah memboncengkan atau menunggangkan adik dengan motosikal ke sekolah. Terima kasih.

1. Mengumpil pintu rumah yang terkunci. - Mengumpil bermaksud menanggalkan, mencabut dan sebagainya sesuatu yang terlekat atau tertutup rapat dgn tuil dan sebagainya.

2. Dua ekor kerang. - Dalam kamus Dewan, penjodoh bilangan untuk binatang ialah ekor, manakala biji - penjodoh bilangan untuk benda kecil

3. Adik membonceng motosikal ayah ke sekolah.

Tatabahasa30.05.2009
Pemancing itu .........(menyentak/menarik/merentap/merenggut) kailnya apabila umpan kailnya diragut ikan. Pilihan jawapan yang mana satu yang paling tepat kerana apabila saya merujuk kamus maksud kesemua perkataan berkenaan hampir sama terutama menyentak/ merentap dan merenggut. Terima kasih.

Saudara,

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat:

Menyentak bermaksud menarik kuat-kuat, merengkuh, merenggut: di­sentak-nya nyiur gading dr mulut ular itu dgn tangan kiri; 2. menarik dgn pantas (keris, pedang, dll), mencabut, menyendal: maka Terung Pipit disentaknyalah keris panjang, dilambungnya naik ke perahu; 3. menarik (mengecut, mengendur) dgn tiba-tiba: mesti-lah ada sebab otot itu ~ semasa tersentuh pd tembaga atau besi

Menarik pula membawa maksud 1. menghela supaya bergerak ke arah diri sendiri (maju ke hadapan, keluar, tercabut, dll), menyentak, menyeret: ~ perahu ke darat;

Merentap bermaksud menarik dgn paksa atau ke­kerasan, menyentak, merenggut: dgn marah, ia ~ tangan gadis itu;

Manakala, merenggut didefinasikan sebagai 1. menarik (mengambil, mencabut, menyentak, merebut) dgn ke­kerasan, merampas: perompak itu ~ beg dr tangannya; Ratna dgn tiba-tiba ~ surat khabar yg sedang dibaca Mansor; 2. meraih, merengkuh: ~ dayung; ~ kaki menarik-narik kaki, hampir mati.

Seperti yang diterangkan oleh saudara, ketiga-tiga perkataan iaitu menyentak, merentap dan merenggut  memiliki maksud yang hampir sama, jadi ketiga-tiga perkataan tersebut boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut.

Tatabahasa05.08.2012
Apakah perbezaan di antara salinan dokumen dan cabutan dokumen? Contoh salinan sijil nikah dan cabutan sijil nikah.Menurut data kami, salinan ialah 1. turunan (surat dan lain-lain), halaman atau lembaran yang bukan asal, tetapi sama setiap butirannya dengan yang asal: hanya ~-~ sijil sahaja yang perlu dihantar; 2. terjemahan; (Kamus Dewan Edisi Keempat) manakala cabutan bermaksud 1. apa yang (sudah) dicabut, diambil daripada sesuatu; ~ bertuah undian yang dibuat dengan mencabut keratan kertas bernombor secara rambang yang menawarkan hadiah tertentu; 2. petikan (daripada karangan dan sebagainya); (Kamus Dewan Edisi Keempat). Sehungan dengan itu, rangkai kata yang sesuai ialah salinan sijil nikah.Makna27.12.2018
Sila gantikan perkataan yang berada dalam kurungan dengan perkataan yang betul dan tepat. (a) Bapa saya seorang peniaga yang berjaya, beliau memulakan (jalan) perniagaannya sejak beberapa tahun yang lalu. (b) Guru Besar berbincang dengan guru-gur untuk mencari penyelesaian (pengenaan) murid-murid yang malas. (c) Persatuan Bulan Sabit Merah sekolah saya (mengenakan) derma untuk membantu mangsa-mangsa banjir. (d) Pisau itu mempunyai (kaki) yang panjang. (e) Ali mencabut rumput dengan (baik).Untuk makluman tuan, kami menyediakan perkhidmatan bagi membantu pelanggan menangani permasalahan bahasa seperti ejaan, istilah dan tatabahasa. Contohnya, kekeliruan tentang ejaan yang betul, penggunaan istilah yang tepat bagi sesuatu terminologi dan permasalahan tentang tatabahasa. Kami dapati pertanyaan tuan bukanlah berkisar tentang permasalahan yang tersebut, tetapi lebih kepada memberikan jawapan kepada soalan yang dibekalkan seperti lazimnya soalan peperiksaan dan buku rujukan. Kami tidak menyediakan perkhidmatan memberikan jawapan kepada soalan yang dibina; sebaliknya pihak tuan perlulah merujuk kamus dan buku tatabahasa, atau berbincang dengan panel penggubal soalan yang lain. Jika ada pertikaian tentang sesuatu isu tatabahasa yang menjadi jawapan kepada soalan tersebut, seperti "menemukan mayat atau menemui mayat", tuan boleh menghubungi pihak kami semula. Lain-lain08.12.2015
12

Kembali ke atas