Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.can.tum.kan] | منچنتومکن

Definisi : 1. merapatkan (benda atau hal) supaya bertaut (melekat, bersatu, dll), memautkan, melekatkan, menyatukan, me­madukan, menempelkan; 2. menyematkan (dgn jarum, pin, dll); 3. menikamkan: dicantumkannya keris pusaka itu pd dada terus ke belikat; 4. memasukkan atau menyertakan (dlm majalah, acara, dll): nama peserta-peserta mesyuarat itu telah dicantumkan dlm surat edaran; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.can.tum.kan] | منچنتومکن

Definisi : 1 menjadikan bercantum; merapatkan supaya bertaut; menautkan: Luka-luka itu dijahit utk ~nya. 2 melekatkan dgn sesuatu; menyematkan: Beliau telah ~ kerongsang pd bajunya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencantumkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagaimana mencantumkan kedua-dua ayat tunggal di bawah: a) Semua murid berkumpul di dewan. b) Semua guru berkumpul di dewan. Adakah ayat majmuk bagi jwp yg betul ialah: Semua murid dan guru berkumpul di dewan. ATAU Semua murid dan semua guru berkumpul di dewan. Adakah penggulangan perkataan 'SEMUA' diperlukan. Terima kasih.Ayat yang betul:

Semua murid dan guru berkumpul di dewan.

Tatabahasa20.10.2015
Salam. Saya mahukan kepastian berhubung makna "tut". Menurut Kamus Dewan, tut ialah hasil drpd mencantumkan tunas drpd satu pokok pd pokok yg lain yg sama jenisnya (supaya menjadi pokok yg lebih baik). Sedangkan, proses tut tidak melibatkan percantuman tunas. Salah seorang panel saya mengatakan proses mencantumkan tunas itu merupakan proses "kahwin". Tut hanya dibuang kulit pada batang, ditempekkan tanah pada kawasan tersebut sehingga tumbuh akar, kemudian batang tersebut dipotong untuk ditanam di tanah. Oleh itu, mohon kerjasama pihak DBP untuk membuat pengesahan berhubung kekeliruan makna ini. Sekian, terima kasih.Salam,

Untuk makluman, pihak kami biasanya akan memegang apa yang terakam dalam kamus sebagai rujukan. Akan tetapi, kami mengucapkan terima kasih atas makluman yang diberikan. Kami akan mengambil maklum akan hal tersebut dan cuba mengajukannya kepada bahagian yang terlibat untuk membuat semakan.
Makna27.11.2015
1. Bagaimana membuat kata ulang (jamak) bagi: i. Yang Berhormat ii. Yang Berbahagia iii. yang Mulia 2. Ada penulis yang mencantumkan penulisan kata perintah SEBARLUASKAN, ada pula yang menceraikannya, seperti SEBAR LUASKAN. Mana satu yang betul? Sejauh ini saya mencantumkan bentuk kata perintah TINDAKLANJUTI kerana mengikut rumus transfomasi ayat dasar. Mohon khidmad nasihat.1.Kata ganda bagi sapaan ialah Yang Berhormat-Yang Berhormat, Yang Berbahagia-Yang Berbahagia, Yang Mulia-Yang Mulia.  2. Sebar luaskan dieja berpisah, begitu juga dengan Tindak Lanjut,kecuali ada apitan awal dan akhir seperti menyebarluaskan.Ejaan12.09.2008
Mengapakah PRPM tidak mencantumkan kelas kata seperti kata nama, adjektif, adverba dan sebagainya pada entri-entrinya?Salam sejahtera,

Tuan, 
Entri Kamus Dewan dan juga kamus-kamus umum yang lain dibuat berdasarkan akar kata. Untuk pembahagian kelas kata, sila rujuk Tatabahasa Dewan.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain15.03.2019
'Ini kerana' atau 'ini adalah kerana' . Terima kasih“Kerana” ialah kata hubung yang mencantumkan dua ayat. Misalnya ayat “Dia tidak hadir kerana ibunya sakit”. Dalam ayat ini “kerana” menghubungkan ayat induk (Dia tidak datang) dengan ayat kecil (ibunya sakit).  Dalam ayat ini, “kerana” ialah kata hubung keterangan. Ayat yang bermula “Ini kerana…”, seperti dalam ayat “Ini kerana ibunya sakit” adalah tidak tepat disebabkan perkataan “kerana” tidak boleh berfungsi sebagai predikat kepada subjek “ini”. Maka binaan ayat ini patut diubah supaya “kerana” benar-benar berfungsi sebagai kata hubung. Contohnya: “Hal ini demikian kerana ibunya sakit”. Dalam ayat ini, ayat induk ialah “Hal ini demikian” dan “kerana” yang mengikutinya kini berfungsi sebagai kata hubung.Tatabahasa08.12.2014
Apakah kata "nak", "macam", dan "bini" boleh digunakan dalam bahasa Melayu resmi? Jika tidak, mengapa Kamus Dewan tidak mencantumkan label "bp" pada kata-kata tersebut?
Kamus Dewan merakam perkataan yang digunakan dalam masyarakat. Penggunaan perkataan nak, macam dan bini boleh digunakan dalam ungkapan seharian, walau bagaimanapun dalam penulisan rasmi tidak digalakkan.
Tatabahasa08.11.2019
Tuan, Ayat "Para tetamu dijemput untuk menjamu selera." dikira ayat majmuk tak?Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 497.Tatabahasa16.06.2016
Saya furkon sabeh belajar di Universiti fatoni jurusan Bahasa Melayu ingin bertanya tentang tatabahasa apakah ayat majmukAyat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu.Tatabahasa17.11.2015
Apakah definisi bagi perkataan mengetut?

Definisi mengetut ialah 1. mencantumkan tunas daripada satu pokok pada pokok yang lain (untuk mendapatkan baka yang lebih baik); (Kamus Dewan Edisi Keempat);

2. mengelar dan membalut ranting pokok dengan tanah agar akar bercambah untuk dijadikan benih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Makna12.05.2020
Saya masih kurang memahami mengenai ayat majmuk dan ayat pasif. Ayat majmuk ada 3 jenis yang saya pelajari iaitu ayat majmuk pancangan, gabungan dan campuran. Diharap saya boleh mendapat penjelasan mengenai tatabahasa ini.Terima kasih.

Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 497.

Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih yang dijadikan satu dengan cara menggabungkan atau mencantumkan ayat-ayat tersebut dengan kata hubung seperti dan, atau, tetapi, dan sebagainya. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 498.

 Ada ayat majmuk terdiri daripada beberapa ayat yang kedudukan antara ayat itu tidak sama. Dalam ayat majmuk gabungan terdapat dua ayat atau lebih yang bersifat sama taraf, yakni masing-masing dapat berdiri sendiri. Sebaliknya, dalam ayat majmuk pancangan terdapat satu ayat utama atau ayat induk dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan di dalam ayat induk dan menjadi sebahagian daripada ayat induk.Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 504.

Manakala ayat pasif ialah ayat yang terbentuk daripada ayat aktif transitif, mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Contoh ayat - Bola ditendang oleh Ali. Kucing itu dikejar oleh anjing.

Tatabahasa08.01.2009
123

Kembali ke atas