1. mengesan penjenayah atau menjejaki penjenayah ? | Kedua-duanya betul. Mengesan bermaksud mencari-cari (mengikut) dengan berpandukan kesan (bekas, jejak), manakala menjejaki bermaksud mengikuti jejak (pergerakan, tindak-tanduk, dan sebagainya). | Tatabahasa | 24.05.2011 |
Muammar Rashidi Jun 25th, 6:51pm Assalamualaikum. Saya inginkan perbezaan istilah-istilah berikut: (1) Cari salah orang lain dan menyalahkan orang lain, (2) Orang kelainan upaya dan orang kurang upaya, (3) Bukan mahram dan bukan muhrim, (4) Penjenayah dan suspek. | Penggunaan istilah yang betul ialah Orang Kurang Upaya (OKU). Muhrim dan mahram keduaduanya betul, lihathttp://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=muhrim unmtuk maklumat lanjut. Penjenayah ialah orang yang melakukan jenayah dan suspek ialah bahasa percakapan yang bermaksud orang yang disyaki melakukan jenayak. Untuk makna yang pertama, sila rujuk kamus dan bezakan makna mencari dan menyalahkan untuk frasa mencari/menyalahkan orang lain. | Tatabahasa | 25.06.2014 |
ahli jawatankuasa PIBG akan ...........cadangan ibu bapa bagi meningkatkan prestasi murid sekolah a)mencari-cari b)meminta-minta c)mengamat-amati d)mengagak-agak | Jawapan yang boleh diterima ialah (c) mengamat-amati kerana berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, mengamat-amati bermaksud 1. memerhatikan benar-benar, melihat dgn teliti: ia ~ muka tunangannya; 2. meneliti, mengawasi: segala gerak-geri orang yg dicurigai diamat-amati oleh polis. | Tatabahasa | 08.09.2009 |
salam saya mempunyai masalah mengenai mencari tema untuk majlis makan malam konvokesyen 2011. terdapat beberapa tema yang di uatrakan.. namun tidak mendapat sambutan. bolehkan oihka tuan dapat memberi sedikit idea istilah-istilah sastera yang ada kena mengena tentang graduan agar kami dapat membina ayat untuk majlis makan malam kami.... mohon perhatian pihak tuan/puan | Perkataan yang dicadangkan boleh dikaitkan dengan ilmu dan masa hadapan iaitu: 1. Mengungkai (mencari-cari untuk diselidiki) 2. Merentas 3. Meranduk (menempuh), misalnya Meranduk ranjau, meranduk arus 4. Mengorak 5. Gapura, Lawang (Pintu Gerbang) 6. Menyemai 7. Citra (imej) | Istilah | 22.04.2011 |
Saya dikehendaki membuat satu kertas kerja mengenai latar belakang Dewan Bahasa dan Pustaka. Masalah saya sekarang, sukar bagi saya untuk mendapatkan maklumat berkenaan DBP walaupun saya sudah melayari laman web serta menjankan usaha mencari maklumat dalam buku-buku ilmiah yang lain. Diharap DBP boleh memberi saya jalan untuk mencari maklumat berkenaan. | Sdr dinasihat agar menulis surat kepada Pengarah Komunikasi Korporat, Aras 11, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Bersama-sama ini dilampirkan bahan rujukan tentang DBP yang dipetik daripada Katalog Awam dalam Talian Pusat Dokumentasi Melayu, DBP. Jikalau sdr ahli Rakan Dewan, sdr boleh meminjam atau membuat penyelidikan di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP. Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka | 1&Kata=Syed%20Nasir%20Ismail">Syed Nasir Ismail | Dewan Masyarakat Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah dalam perkembangan Bahasa Melayu di Sabah | 1&Kata=Zaini%20Oje%20dan%20Hjh.%20Asmiah%20Hj.%20Ajamain">Zaini Oje dan Hjh. Asmiah Hj. Ajamain | Wadah Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka: ka-arah mengembangkan bahasa Melayusa-chara lebeh progresif Citra Dewan Bahasa dan Pustaka | 1&Kata=Abdul%20Rahman%20Yaakub">Abdul Rahman Yaakub | DBP 2003 | Lain-lain | 28.02.2008 |
1. Ingin bertanya mengenai penggunaan awalan ber, men dan lain-lain dari segi tatabahasa adakah wajib diletakkan ataupun tidak mengapa. contoh Ali main bola/ Ali bermain bola; Dia cari makanan/ dia mencari makanan. 2. Dia membajak sawah dengan menggunakan jentera. dengan menggunakan salah atau pun tidak kerana maksud yang sama? | Awalan ber-... dan meN-... melengkapkan makna perbuatan yang dilakukan. Contohnya awalan meN-...mendukung maksud melakukan sesuatu seperti memasak - Emak memasak nasi, menggoreng - Pak Amat menggoreng pisang. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 161-170. | Tatabahasa | 01.06.2011 |
saya hendak mencari ' Orang pertama yang mencipta gasing' . | Mohon sdr merujuk bahan ini: 1" cellspacing="0" cellpadding="0" style="background-image: url('image/picture/pdm2.JPG'); width: 100%; border-collapse: collapse; background-color: white; border: #e7e7ff 1px" id="DataGrid1" bordercolor="#e7e7ff">Gasing Melayu | 1&Kata=Yunus Pipet">Yunus Pipet | Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) | 1993 | Sekiranya sdr. menjadi Rakan Dewan, sdr boleh membuat penyelidikan di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP. | Lain-lain | 04.04.2008 |
Salam pagi, Saya ingin mendapatkan penjelasan maksud bagi frasa kerja yang berikut: 1) menyelesaikan misteri jenayah 2) mengungkaikan misteri jenayah Apakah perbezaan maksud antara kedua-duanya? Adakah 'menyelesaikan' juga membawa maksud 'mengungkai', dan sebaliknya? Sekian, Terima kasih. | Tidak ada maksud frasa dalam sumber rujukan kami. Apa yang dapat kami bantu ialah memberikan makna perkataan seperti yang terakam dalam kamus. Menyelesaikan bermaksud melakukan sesuatu supaya selesai; atau menyudahkan. Mengungkai (bukan mengungkaikan) bermaksud mencari-cari sesuatu untuk diselidiki, membongkar-bongkar untuk menyelidiki (memeriksa dll). | Tatabahasa | 13.10.2015 |
Salam. 1. Adakah "sesuatu" dan "seseorang" juga tergolong dalam ka5a ganda separa? 2. Adakah kata ganda separa hanya merujuk kepada kata nama sahaja? TERIMA KASIH. | Perkataan "sesuatu" dan "seseorang" tidak tergolong dalam kata ganda separa. Penggandaan separa ialah proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Kata dasar boleh terdiri daripada kata tunggal atau kata terbitan. Selain penggandaan separa kata tunggal yang lazimnya merupakan kata nama seperti: laki --> lelaki pohon --> pepohon ada juga pengganda separa daripada kata berimbuhan yang terdiri daripada kata kerja: berlari-lari dimarah-marah mencari-cari tolong-menolong Untuk mendapatkan maklumat lanjut, tuan boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 77 dan 137. | Tatabahasa | 07.04.2015 |
salam, yang manakah lebih tepat antara "ungkai" dengan "rungkai" | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, rungkai; merungkai bermaksud menghuraikan (simpulan tali dll), membuka (bungkusan dll). Ungkai; mengungkai bermaksud 1. menghuraiakan simpulan tali dll, mengorak, membuka (ikatan dll). 2. membuka atau menanggalkan (baju dll), membongkar (rumah), merombak 3. menganggap (menyatakan, menyebabkan) tidak berlaku atau sah, membatalkan (perjanjian dll), memansuhkan 4. mencari-cari sesuatu untuk diselidiki, membongkar-bongkar untuik menyelidiki (memeriksa dll), menggugat perkara yang sudah-sudah. Oleh itu, untuk menentukan perkataan yang tepat bergantung pada konteks penggunaan. | Makna | 16.02.2012 |