Mohon penjelasan ayat yang betul. 1. Kemalangan jalan raya melibatkan motosikal mencatatkan "peratusan" yang paling tinggi berbanding dengan kenderaan lain. 2. Lemalangan jalan raya yang melibatkan motosikal mencatatkan "peratus" yang paling tinggi berbanding dengan kenderaan yang lain. | 1. Kemalangan jalan raya melibatkan motosikal mencatatkan "peratusan" yang paling tinggi berbanding dengan kenderaan lain. - peratusan bermaksud bilangan dengan kiraan peratus, oleh itu kata peratusan menyempurnakan maksud ayat yang diberi, manakala bermaksud peratus satu dibahagi dengan seratus, tidak sesuai dengan konteks ayat tersebut. | Tatabahasa | 30.04.2009 |
Kamus Dewan mencatatkan menaksir (= mentaksir) ialah mengira atau menghitung banyaknya sesuatu seperti harga dan lain-lain. Penaksiran (= pentaksiran) ialah perihal menaksir. Ada pendapat mengatakan bahawa Daftar Kata Bahasa Melayu (DKBM) lebih berwibawa dari segi ejaan. Persoalannya, mengapakah DKBM tidak menyenaraikan “mentaksir” dan “penaksiran” di bawah masukan taksir? hlm. 1660 – 1661. | Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi tidak menyenaraikan semua entri seperti Kamus Dewan. Walau bagaimanapun, pihak kami akan mengambil maklum tentang perkara ini untuk edisi seterusnya. | Istilah | 01.12.2009 |
Contoh ayat: Etnik India mencatatkan peningkatan paling besar bagi kedua-dua jantina iaitu sebanyak 2.3 tahun. Manakala etnik Bumiputera mencatatkan peningkatan yang paling kecil iaitu 1.3 tahun (lelaki) dan 1.6 tahun (perempuan) Soalan: Adakah penggunaan 'manakala' sesuai digunakan di permulaan ayat di atas. | Contoh penggunaan kata 'manakala' yang betul ialah 'Dia tersenyum manakala melihat adiknya sudah terlena' Di sini jelas menunjukkan bahawa kata tersebut tidak digunakan pada permulaan ayat tetapi digunakan sebagai penanda wacana untuk menyambung keterangan dalam ayat yang sama. | Tatabahasa | 16.12.2010 |
Pada 2 dan 3 April, terdapat sedikit peningkatan drastik kes-kes harian di dalam negara, dengan hari-hari tersebut masing-masing mencatatkan 208 dan 217 kes. | Ayat yang betul ialah "Pada 2 dan 3 April, terdapat sedikit peningkatan drastik kes-kes harian di dalam negara yang masing-masing mencatatkan 208 dan 217 kes." | Tatabahasa | 06.07.2021 |
Pertanyaan saya mengenai kata pemeri 'ialah'. Buku rujukan menyatakan bahawa frasa kata kerja tidak boleh hadir selepas 'adalah'. Bagaimana pula dengan 'ialah' ? Adakah penggunaan kata pemeri 'ialah' dalam ayat berikut betul ? Ayat : Tugas Maya ialah mencatatkan nama pelajar-pelajar yang ponteng sekolah. ataupun Ayat : Tugas Maya adalah sebagai pengawas yang mencatatkan nama pelajar-pelajar yang ponteng sekolah. Terima kasih. | Dalam Buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, muka surat 264: ... penggunaan kata pemeri amat terbatas, dan sebenarnya kurang digalakkan dalam pembentukan ayat bahasa Melayu. perlu juga diingatkan bahawa kata pemeri (ialah, adalah) tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja atau kata kerja. Oleh itu, ayat pertama "Tugas Maya ialah mencatatkan nama pelajar-pelajar yang ponteng sekolah" - betul | Tatabahasa | 14.04.2008 |
1. Bolehkah bina ayat untuk membezakan makna 'mencatat' dengan 'mencatatkan'? 2. Sila buat penjelasan lanjut tentang kosa kata tersebut. | Mencatat bermaksud 1. menulis atau merakamkan sesuatu (dalam buku dan lain-lain) untuk peringatan (perhatian pada masa hadapan dan lain-lain 2. membuat, merintis, memelopori 3. mencapai, memperoleh, mendapat (kemenangan, kejohanan, hasil, dan lain-lain ). Mencatatkan pula bermaksud 1. menuliskan atau merakamkan sesuatu (dalam buku, fail, dan lain-lain ) untuk peringatan (tatapan pada masa hadapan dll) 2. mendaftarkan (diri, nama). Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat dan Kamus Pelajar. | Makna | 28.09.2017 |
1.Tugas guru (ialah, adalah) mengajar murid-murid. 2. Dia (mencatat, mencatatkan) nama di dalam buku catatan. 3. Se(berkas, batang) penyapu lidi. 4. Mengapakah kebanyakan kata kerja di dalam buku teks KSSR terbitan baru DBP untuk SRJK Tahun 1 ditulis tanpa imbuhan me-? Contohnya> Mereka tanam pokok. Mereka nyanyikan lagu. Mereka kibarkan bendera. | 1. Tugas guru ialah mengajar murid-murid. 2. Dia mencatatkan nama di dalam buku catatan. 3. Seberkas penyapu lidi. 4. Terima kasih atas maklumat yang diberikan, pihak kami akan memaklumkan kepada pihak yang berkenaan tentang perkara ini. | Tatabahasa | 20.03.2011 |
Pada 2 dan 3 April, terdapat sedikit peningkatan drastik kes-kes harian di dalam negara, dengan hari-hari tersebut masing-masing mencatatkan 208 dan 217 kes. Betulkah ayat di atas? | Ayat yang betul ialah Pada 2 dan 3 April, terdapat sedikit peningkatan drastik kes-kes harian di dalam negara yang masing-masing mencatatkan 208 dan 217 kes. | Tatabahasa | 06.07.2021 |
Apakah makna perkataan ini adan bagaimana penggunaannya. Mencatat, Mencatatkan, catatan, catatkan? Bagi petikan dibawah, perkataan yang manakan daripada senarai diatas yang sesuai untuk digunakan? Nilai jualan bagi sektor Perdagangan Edaran pada suku pertama 2014 merekodkan RM231.2 bilion dengan catatan pertumbuhan sebanyak 8.1% berbanding tempoh yang sama tahun lepas. | Nilai jualan bagi sektor Perdagangan Edaran pada suku pertama 2014 merekodkan RM231.2 bilion dengan catatan pertumbuhan sebanyak 8.1% berbanding tempoh yang sama tahun lepas. Untuk melihat makna kata dan contoh penggunaannya sila manfaatkan laman web kami, contohnya http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=catatan, puan dapat melihat makna kata dan contoh penggunaannya dalam ayat. | Tatabahasa | 16.06.2014 |
Assalamualaikum... Saya ingin bertanya tentang surat kiriman rasmi. Kenapakah surat kiriman rasmi tidak mencatatkan nombor 1 dalam kandungan surat? Sebaliknya diteruskan kepada nombor 2. Terima kasih | Format penulisan surat rasmi yang bermula dengan perenggan pertama (tanpa nombor) dan perenggan seterusnya bermula dengan nombor 2 dan seterusnya telah lama diterima pakai. Format yang hampir sama juga diterima pakai dalam penulisan esei, perenggan pertama bermula dari tepi dan menginden (mengesot sedikit ke dalam) pada perenggan yang seterusnya. Walau bagaimanapun tiada maklumat tentang penyusunan format penulisan yang sedemikian dalam pangkalan data kami. Sedikit maklumat tambahan, format penulisan surat rasmi ini menerima pakai Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007 yang dikeluarkan oleh JPA. | Tatabahasa | 07.11.2015 |