Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ce.bur.kan] | منچبورکن

Definisi : 1. membuang (mencampakkan) sesuatu ke air; 2. menyebabkan termasuk ke dlm sesuatu atau berada dlm sesuatu keadaan (biasanya yg tidak menyenangkan): ini telah ~ Islam ke dlm proses pensekularan yg tidak masuk akal; ~ diri a) terjun ke dlm (air dll); b) memasuki atau mencampuri (politik, hal orang, dll): ~ diri dlm lapangan sukan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ce.bur.kan] | منچبورکن

Definisi : mencampakkan (sesuatu) ke air. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menceburkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya berminat menceburi bidang penterjemahan, tetapi tidak mempunyai kelulusan akademik dalam bidang tersebut. Bagaimanakah caranya untuk saya menceburkan diri dalam bidang ini?Jika saudara berminat untuk mengikuti kursus terjemahan, saudara boleh menghubungi pihak-pihak yang berkenaan seperti Institut Terjemahan Negara dan Persatuan Penterjemah Negara (03- 21424381) /Puan Saodah (012-22067076) , Setiausaha Kehormat Persatuan Penterjemah Malaysia). Harap maklum.Lain-lain30.03.2009
apakah maksud kecimpung dan bagaimanakah contoh penggunaannya dalam ayatPerkataan kecimpung mempunyai dua makna iaitu 1. bunyi air ditepuk-tepuk (contoh ayat: Ali  bermain dalam air sambil menepuk-nepuknya hingga berbunyi kecimpung.); 2. menceburkan diri dalam sesuatu pergerakan (kegiatan dll), giat bergerak dalam sesuatu la­pangan (usaha dll) (contoh ayat: Sudah lama beliau berkecimpung dlm lapangan drama dan persuratan.)Makna10.01.2013

Kembali ke atas