Apakah perbezaan menyudip dan mencedok? | Kedua-duanya tidak banyak perbezaan menyudip dari segi maknanya iaitu mengaut atau menyenduk dgn sudip atau mengaut atau menyenduk dgn sudip, manakala mencedok mengambil sesuatu dgn gayung (cebok, senduk dsb) atau mengambil atau meniru (drpd karangan, ciptaan orang lain, dll) | Tatabahasa | 06.08.2019 |
Salam, Boleh sekiranya untuk saya ketahui perbezaan maksud bagi perkataan di bawah: 1. Mencedok, menciplak dan memplagiat Terima kasih. | Kata "ciplak" yang sama maksud dengan ‘jiplak’ bermaksud meniru hasil pekerjaan orang lain; plagiat iaitu mencedok kata-kata, idea daripada orang lain dan menggunakan sebagai karyanya sendiri. | Istilah | 11.10.2017 |
Adakah betul secara istilahnya menggunakan perkataan 'mengaut' didalam konteks ayat ini. Saya mengaut air sungai dengan baldi . saya berpendapat mencedok tidak tepat jika digunakan dengan kata nama baldi kerana cedok adalah untuk kuantiti yang sedikit seperti sendok atau cetung. Mohon jawapan dan nasihat. | Lazimnya perbuatan mengaut dilakukan dengan tangan (mengumpulkan dengan tangan), seperti mengaut pasir di pantai. Oleh itu, kata mengaut tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 20.09.2011 |
Alatan untuk menahan sampah ketika menyapu sampah sama ada pongkes, pencedok atau penadah sampah. Terima kasih | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, pongkes bermaksud sejenis bakul yang tohor untuk mengisi dan mengangkat tanah (sampah dan lain-lain), pengki. Pencedok bermaksud 1. alat untuk mencedok 2. alat seakan-akan sudu bulat yang jeluk, biasanya digunakan untuk mencedok aiskrim, tembikai dan sebagainya. Dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan, penadah sampah ialah padanan untuk bahasa Inggeris dustpan. Berdasarkan ayat yang diberikan, perkataan yang paling sesuai ialah penadah sampah. | Makna | 11.05.2012 |
adakah perkataan menceduk wujud? apakah maksudnya? | Menurut Kamus Dewan, ceduk bermaksud cekung (pipi, mata, dll). Cedok bermaksud mengaut atau mengambil dengan senduk (cebok, gayung dll). Perkataan menceduk tidak wujud, sebaliknya perkataan mencedok wujud. | Makna | 21.11.2012 |
Tuan, jika Saya nak mengatakan `menimbakan seseorang dengan ilmu...'Adakah perkataan "menimbakan"wujud ? Sila menjelaskan dan membetulkan ayat Saya sekiranya Salah.Terima kasih. | Tidak ada perkataan menimbakan, yang ada ialah menimba. Menimba membawa beberapa maksud, iaitu: 1. mencedok air dari perigi dan lain-lain dengan timba; 2. membuang atau mengeringkan air dari perahu; dan 3. dikiaskan kepada usaha memperoleh ilmu sebanyak mungkin. Frasa yang betul "seseorang yang menimba ilmu...". | Makna | 06.04.2015 |
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=melepaskan+batuk+di+tangga&d=10 yang mana satu betul? batuk digunakan kerana ia dicetak lebih lama dan telah diulang cetak? atau batok digunakan kerana ejaan ini bermaksud alat untuk mencedok? harus mengikut nasihat yang mana satu? yang lebih lama atau terbaru? adakah penentuan bahasa itu terletak pada penuturnya atau terletak pada penguasanya? | Peribahasa "melepaskan batuk di tangga" ini telah diterima pakai sekian lama walaupun ada yang memberikan pandangan bahawa perkataan yang betul ialah batok bukan batuk. Sehingga hari ini, penggunaan perkataan "batuk" masih kekal dan digunakan sebagai panduan dalam buku peribahasa. Wallahualam | Tatabahasa | 23.04.2013 |
Assalamualaikum, terima kasih atas jawapan yang diberikan kepada saya berkaitan dengan istilah menyontek/ menjiplak dalam bahasa Malaysia. Apabila seorang awam masuk ke dalam ruangan peperiksaan dan membawa catatan tanpa diketahui dewan peperiksaan kemudian melihat catatan tersebut senyap-senyap, apa istilah untuk hal tersebut? Dalam bahasa Inggeris perbuatan tersebut dinamakan 'cheat on an exam' atau 'crib'. Terima kasih. Wassalamualaikum. Tata Tambi Bogor - Indonesia | Mengikut Kamus Dewan, kata ‘sontek’ bermaksud melanggar, meninju, menolak, menyorong, maka dalam konteks situasi yang diberikan melanggar peraturan peperiksaan. Bagi kata ‘jiplak’ bermaksud meniru hasil pekerjaan orang lain; plagiat iaitu mencedok kata-kata, idea daripada orang lain dan menggunakan sebagai karyanya sendiri. Maka, perbuatan atau kesalahan melihat catatan secara senyap-senyap semasa peperiksaan lebih merupakan perbuatan melanggar peraturan peperiksaan. | Istilah | 22.10.2014 |