Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ce.mar] | منچمر

Definisi : ; ~ duli bh (digunakan pd sultan atau raja) sudi datang (pergi) ke: baginda juga pernah ~ duli melawat Kem Tahanan Tanjung Bruas bersama-sama dgn rombongannya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencemar


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mencemar duli sesuai atau tidak digunakan untuk sultan yang menunaikan solat di masjid?

Takrifan mencemar duli berserta contoh ayat dalam Kamus Dewan Perdana:

mencemar duli bd (berkenaan dengan raja, sultan dan sebagainya) sudi datang atau pergi ke:  DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mencemar duli ke Masjid Pangkalan Udara TUDM, Subang untuk menunaikan solat Jumaat. Baginda turut mencemar duli untuk menyaksikan sambutan Hari Merdeka pada pagi ini.  (KDP 2020: 410)

Mencemar duli sesuai digunakan untuk sultan yang datang atau pergi ke sesuatu tempat, termasuklah masjid untuk menunaikan solat. Takrifan mencemar duli dalam Kamus Dewan Perdana diberikan label bd (bahasa diraja), iaitu kata yang digunakan dalam kalangan keluarga diraja, golongan istana, atau antara keluarga diraja dengan rakyat jelata.


Lain-lain30.03.2025
Baginda mencemar duli ke majils itu untuk menyampaikan ucapan sempena ulang tahun keputeraan baginda. Munsyi, apakah bahasa istana untuk menggantikan ucapan dalam ayat ini. TKBahasa diraja yang bermaksud menyampaikan ucapan ialah bertitah.Tatabahasa04.07.2012
Dalam ayat yang ada di bawah, apakah ayat yang betul? 1) Sultan Amir telah berkenan untuk mencemar duli merasmikan kawasan rekreasi baharu itu nanti. 2) Sultan Amir telah perkenan untuk mencemar duli merasmikan kawasan rekreasi baharu itu nanti.

Ayat yang betul ialah “Sultan Amir telah berkenan untuk mencemar duli merasmikan kawasan rekreasi baharu itu.”

Tatabahasa22.12.2023
Nurhisyam Rashid Oct 22nd, 3:32am Asalamualaikum...saya ada 1kemuskilan tentang perkataan mencemar duli. Selain raja, sultan, permahsuri & tengku mahkota/raja muda,siapakah lg yang layak mengunakan atau digunakan dalam sesuatu ayat?Menurut Kamus Dewan, penggunaan kata mencemar duli dikhususkan kepada raja atau sultan. Untuk maklumat lanjut, lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=mencemar+.Makna22.10.2015
Dalam satu majlis yang melibatkan sultan atau istana. saya mendengar pengacara majlis menyebut ' kesudian tuanku bercemar duli ke majlis ni' Soalannya, manakah yang betul bercemar duli atau mencemar duli dalam konteks ayat di atas?Bercemar duli banyak digunakan dalam teks sastera lama yang sama maknanya dengan mencemar duli, iaitu sudi datang (perginya) - digunakan pada sultan atau raja. Kedua-dua frasa tersebut betul dan yang lazim digunakan kini ialah mencemar duli.Tatabahasa14.05.2010
1. Patik berterima kasih kerana tuanku berkenan untuk mencemar duli melawat ke kampung kami. 2. Emak membeli dua biji tomato dan empat rumpun serai sertai lima helai daun purut untuk dibuat tomyam Adakah betul penggunaan tatabahasa bagi ayat di atas?

Ayat yang betul ialah:

1. Patik berterima kasih atas perkenan Tuanku mencemar duli untuk melawat kampung patik.

2. Emak membeli dua biji tomato, empat batang serai dan lima helai daun purut untuk membuat tomyam.

Tatabahasa04.10.2024
Salam sejahtera, Apakah kesalahan ayat-ayat di bawah ini? 1. Rakyat berterima kasih atas perkenan tuanku mencemar duli ke perasmian taman perumahan ini. 2. Nelayan-nelayan melonggokkan ikan-ikan mengikut jenis sebelum menjualnya kepada peraih-peraih yang membuat tawaran yang paling baik. 3. Selain daripada sesak nafas, perokok tegar juga boleh menghidap sakit kerongkong. Terima kasih.1. Rakyat berterima kasih atas perkenan Tuanku mencemar duli ke perasmian taman perumahan ini.

2. Nelayan-nelayan melonggokkan ikan mengikut jenis sebelum menjual ikan tersebut kepada peraih-peraih yang membuat tawaran paling baik.

3. Selain daripada sesak nafas, perokok tegar juga akan mengalami sakit kerongkong.
Tatabahasa23.07.2013
"Kesudian baginda/tuanku untuk mencemar duli di kampung ini membuatkan kita berasa bangga," kata ketua kampung kepada anak-anak buahnya. Adakah baginda atau tuanku?Kata ganti nama yang tepat ialah bagindaBaginda merupakan kata ganti nama ketiga yang digunakan untuk raja, sultan atau kerabat diraja.Tatabahasa22.08.2014
"Kesudian baginda/tuanku untuk mencemar duli di kampung ini membuatkan kita berasa bangga," kata ketua kampung kepada anak-anak buahnya.Kata ganti nama yang tepat ialah bagindaBaginda merupakan kata ganti nama ketiga yang digunakan untuk raja, sultan atau kerabat diraja.Tatabahasa22.08.2014
Pemergian Sultan Johor dalam programm Kembara Mahkota ke kawasan pedalaman itu amat dihargai oleh penduduk di situ. Adakah ayat ini betul?Ayat yang betul ialah Keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor mencemar duli ke kawasan pedalaman itu untuk bersama-sama dalam program Kembara Mahkota Johor amatlah dihargai oleh penduduk di situ.Tatabahasa01.11.2021
12

Kembali ke atas