| Kata seru "Nah" merupakan jawapan yang betul. Mengapakah jawapan "cis" tidak sesuai? | Kata cis digunakan untuk menyatakan perasaan marah atau mencemuh. | Tatabahasa | 13.05.2016 |
| Salam. boleh berikan perbezaan bentuk dan makna antara satu, suatu, dan sesuatu. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, satu bermaksud 1. angka permulaan membilang bilangan (1), esa: 2. (bahasa percakapan) ganjil (dalam maksud mencemuh, marah, dan lain-lain), lain daripada yang lain, pelik 3. bersebati (menjadi satu) 4. = ~ hati bermuafakat benar, seia sekata; 5. duduk bersama (sebagai suami isteri) 6. (bahasa halus) melakukan hubungan jenis, bersetubuh, bersama; menyatukan . Suatu bermaksud 1. hanya satu, satu 2. (sastera lama) tiap-tiap satu 3. (sastera lama) pertama-tama, yang pertama. Sesuatu bermaksud perkara (hal, barang, dan lain-lain) yang kurang atau belum tentu. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 06.07.2014 |
| Assalamualaikum, Saya ingin bertanya untuk Kata Seru dimana kami mempunyai sedikit perbalahan pendapat: 4. “_______, rupa-rupanya kamulah yang merosakkan lukisanku selama ini!” kata Lim kepada Cheah. A. Ah B. Eh C. Oh D. Cis dimana jawapan yang kami persetujui ialah D.Cis, namun begitu terdapat beberapa sangkalan dimana mengatakan kata seru C.Oh juga boleh diterima kerana menggunakan perkataan (rupa-rupanya). Di harap pihak tuan dapat membantu kerana saya merupakan guru Matematik yang mengajar BM di SJKC dan berseorangan. Saya juga akan mendapatkan tunjuk ajar dari pensyarah BM di IPG berdekatan untuk masalah ini. Terima Kasih. | “_______, rupa-rupanya kamulah yang merosakkan lukisanku selama ini!” kata Lim kepada Cheah. A. Ah B. Eh C. Oh D. Cis dimana jawapan yang kami persetujui ialah D.Cis, namun begitu terdapat beberapa sangkalan dimana mengatakan kata seru C.Oh juga boleh diterima kerana menggunakan perkataan (rupa-rupanya). oh = sr kata utk menyatakan terkejut (hairan, kecewa, menjadi yakin, dll): ~, baru ini kau tahu!; ~! kata Ros terkejut; o II. cis = sr kata utk menyatakan perasaan marah (mencemuh, benci, dll); mengeciskan mencemuh, mengatakan cis (kpd): kerana perbuatan kau yg keji itu, nanti aku diciskan oleh orang di sini. Yang lebih tepat ialah kata seru 'cis'. | Tatabahasa | 13.10.2012 |
| Adakah perkataan menyeringai sama maksud dengan perkataan mencebik? atau perkataan menyeringai ini lebih kepada mimik muka yang mengekpresikan kemarahan terhadap seseorang? | Menurut data kami, perkataan menyeringai bermaksud menggerenyotkan bibir atau mulut (untuk mencebik, mengeji, mengejek, dan lain-lain): gadis itu cuma tersenyum ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat). Manakala mencebik merujuk kepada perbuatan menyorongkan bibir bawah ke depan untuk mencemuh atau mengejek; menjebik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua). Sehubungan dengan itu kedua-dua perkataan tersebut membawa maksud hampir sama. | Makna | 17.12.2019 |
| “(Nah, Cis) ambil balik duit baki daripada membeli jajan tadi!” kata Fiza kepada abangnya. Adakah betul penggunaan kata seru nah di dalam ayat? Adakah ayat yang dibina betul? Mohon penjelasan.Terima kasih. | Untuk makluman puan, Nah sekiranya digunakan dalam ayat ini membawa maksud kata utk mempelawa seseorang menerima sesuatu, ambillah, terimalah. Manakala, Cis pula ialah kata seru yang membawa maksud untuk menyatakan perasaan marah (mencemuh, benci, dll). Puan boleh menggunakan kedua-dua perkataan ini, bergantung kepada maksud yang ingin disampaikan. Sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/ untuk maklumat lanjut.
| Lain-lain | 21.05.2020 |