Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.cer.gas.kan] | منچرݢسکن

Definisi : 1. menjadikan cergas (tubuh, otak, dsb): senaman boleh ~ otak; 2. menjadi­kan cergas (pantas, cepat), memantaskan, mencepatkan: mereka ~ pergerakan kaki dan tangan dlm latihan itu; 3. menjadikan cergas (giat, aktif), menggiatkan, mengaktifkan: ~ kembali pergerakan Persatuan Belia di kampungnya; 4. menjadikan cergas (pasaran saham), membanyakkan kegiatan menjual dan membeli saham; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.cer.gas.kan] | منچرݢسکن

Definisi : menjadikan cergas. kecergasan sifat atau keadaan cergas; ketangkasan; kepantasan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencergaskan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
betulkah ayat ini? "Coklat Minda dapat mencergaskan minda anak anak" dan "Pemandangan pantai ini nian indah" Antara ayat tersebut,yang manakah paling tepatJawapan yang betul: Coklat Minda dapat mencergaskan minda anak-anak dan Pemandangan pantai ini indah nian.Tatabahasa14.08.2015
Salam. Adakah penggunaan "agar dapat" dalam ayat berikut betul? Kita harus kerap bersenam agar dapat mencergaskan badan.Ya, ayat tersebut betul.Lain-lain17.03.2018
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Memandangkan istilah 'revitalize' dan 'revitalization' tiada pemadanan khusus dalam istilah bahasa Melayu, bolehkah saya mengusulkan kata 'pugar' dan 'pemugaran' sebagai padanan? Adakah terdapat saluran dalam talian bagi mengemukakan cadangan padanan istilah ke DBP? Ini boleh memberi ruang untuk orang ramai memberi saranan/cadangan melalui penggunaan sumber khalayak (crowd sourcing).Istilah (technical term) ialah kata atau frasa yang mengungkapkan konsep yang khusus yang terdapat dalam sesuatu bidang ilmu atau professional. Sesuatu istilah itu mempunyai makna yang tepat bagi konteks bidangnya, dan dengan itu diberikan definisi yang tepat. Jika tiada dinyatakan bidang maka kata hanyalah kata umum. Makna kata umum boleh sahaja dirujuk dalam Kamus Inggeris Melayu Dewan (KIMD). Dalam KIMD, makna kata revitalize ialah menggiatkan, mencergaskan; manakala makna kata revitalization ialah penggiatan, pencergasan/ semula. DBP sangat mengalu-alukan para pakar bidang untuk bergerak bersama mencipta istilah Melayu.Istilah27.12.2018

Kembali ke atas