MOHON SEMAKAN MAKSUD / TERJEMAHAN: MAKSUD 1- PENCEROBOHAN 2- BIOLOGI EJAAN DALAM BAHASA MELAYU : 1- SPESIES TERJEMAHAN BAHASA INGGERIS KEPADA MELAYU 1- INVASIVE SPECIES 2- ASESSMENT | 1. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat "pencerobohan" bermaksud perihal (perbuatan, tindakan) menceroboh, pencabulan. "Menceroboh" bermaksud 1. berbuat atau berlaku ceroboh (biadab, tidak senonoh, dan sebagainya). 2. masuk ke kawasan orang atau ke wilayah sesebuah negeri dan sebagainya tanpa kebenaran (dengan tujuan untuk mengganggu, mencabuli, melanggari, dan sebagainya): 2. Perkataan "biologi" adalah betul dan digunakan dalam bahasa Melayu. 3. Invasive Species - Spesies Invasif 4. Asessment - Penilaian/Taksiran | Istilah | 19.04.2016 |
mohon semakan ayat berikut: PERHATIAN DILARANG MENCEROBOH KAWASAN INI. SEBARANG KEMALANGAN/ KECEMASAN ADALAH DI BAWAH TANGGUNGJAWAB SENDIRI | Letak tanda titik selepas perkataan "PERHATIAN". | Lain-lain | 11.06.2014 |
didalam istilah sumber untuk "Hack" yang diterjemahkan adalah "gadam" bukan godam ke?. minta penjelasan | Betul tuan, penggunaan kata yang betul ialah godam, menggodam, iaitu menceroboh masuk ke dalam sistem komputer orang lain. | Penyemakan dan penterjemahan | 16.11.2015 |
assalam wbt. salam aidil fitri. mohon betulkan ayat-ayat ini. 1.Mak Ani sedang mententeramkan perasaan suaminya yang sedang sedih itu. 2.Tugas guru ialah mendidik anak bangsa manakala tugas pelajar ialah belajar bersungguh-sungguh. 3.Pemuda itu mengaku yang dia telah menceroboh masuk ke rumah orang kaya itu untuk mencuri barangan yang berharga. 4.Setiap manusia perlu mempunyai tatacara hidup yang baik dan berprinsip. terima kasih. wassalam. | 1. Mak Ani sedang mententeramkan perasaan suaminya yang sedih itu. 2. Tugas guru mendidik anak bangsa manakala tugas pelajar belajar bersungguh-sungguh. 3.Pemuda itu mengaku yang dia telah menceroboh masuk ke dalam rumah orang kaya itu untuk mencri barangan berharga. 4. Setiap manusia perlu mempunyai gaya hidup yang baik dan berprinsip. | Tatabahasa | 20.08.2013 |
Saya ingin menerbitkan buku brbahasa Melayu secara terjemahan daripada bahan bacaan dalam Bahasa Cina atau bahan internet. Misalnya 10 Siri Cerita Rakyat Tiongkok yang tersedia ada dalam pasaran dalam Bahasa Cina yang diterbitkan oleh penerbit tempatan. Saya merujuknya hampir 100% dan membuat sedikit perubahan ayat yang minimum, adakah saya menceroboh hakcipta penerbit asal? | Umumnya pemilik karya hak cipta mempunyai hak eksklusif bagi mengawal pengeluaran semula sesuatu karya dalam apa-apa bentuk bahan (termasuk fotokopi, rakaman dan lain-lain) dan bahasa (selain daripada bahasa asal karya tersebut) sekalipun. Mengeluarkan semula sesuatu karya dalam bentuk dan bahasa lain tanpa mendapat keizinan daripada pemegang hak cipta (sama ada penerbit ataupun penulis) dianggap sebagai perlakuan yang melanggar hak cipta. Saudara perlu mendapatkan izin secara bertulis daripada pemegang hak cipta karya berkenaan sebelum boleh menterjemah dan menerbitkan semula karya tersebut dalam bahasa lain. | Lain-lain | 22.08.2008 |