Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.cé.ta/] | منچيتق

Definisi : 1. mengecapkan tulisan (gambar) pd kertas dll (utk membuat buku, surat khabar, dll): mengikut kebiasaan, penerbit ~ sesebuah buku itu sebanyak 5000 naskhah; 2. mengecapkan lukisan pd kain: ~ batik; 3. menuang sesuatu (logam dll) dlm acuan, mem­buat sesuatu dgn acuan: timah dr lombong dicetak sebelum dijual; ~ kuih; 4. membuat (menjaringkan) gol (dlm permainan bola sepak), memperoleh kemenangan (dlm per­lawanan, perang, dll), memperoleh keun­tungan: sebelum rehat kelab kami telah ~ dua gol; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.cé.ta/] | منچيتق

Definisi : 1 menurunkan tulisan, gambar dll pd kertas atau pd kain dgn alat cetak (utk dijadikan buku dsb); mengecap. 2 menuang sesuatu (logam dsb) ke dlm acuan; membuat sesuatu dgn acuan: ~ timah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencetak


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. Saya ada kemusykilan mengenai penggunaan perkataan percetakan dan pencetakan. Syarikat Percetakan ABC atau Syarikat Pencetakan ABC?Percetakan ialah tempat atau syarikat yang mencetak buku, manakala pencetakan ialah proses mencetak. Frasa yang betul ialah Syarikat Percetakan ABC.Tatabahasa29.04.2013
Saya ingin mencetak kad jemputan perkahwinan. Kebiasaan dalam kad akan ditulis si pulan bin si pulan & si pulan binti si pulan menjemput... Saya ada kemusykilan memandangkan ibu saya adalah seorang yang telah kematian suami. Apakah cara terbaik untuk menulis nama ibu dan arwah ayah (sebagai rujukan)? Saya bercadang menulis nama ibu (Balu kepada Allahyarham si pulan) tapi ada yang mencadangkan nama ibu (Isteri kepada Allahyarham si pulan). Mohon pencerahan dari pihak tuan.Saya ingin mencetak kad jemputan perkahwinan. Kebiasaan dalam kad akan ditulis si pulan bin si pulan & si pulan binti si pulan menjemput... Saya ada kemusykilan memandangkan ibu saya adalah seorang yang telah kematian suami. Apakah cara terbaik untuk menulis nama ibu dan arwah ayah (sebagai rujukan)? Saya bercadang menulis nama ibu (Balu kepada Allahyarham si pulan) tapi ada yang mencadangkan nama ibu (Isteri kepada Allahyarham si pulan). Mohon pencerahan dari pihak tuan.
Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, isteri ialah perempuan yang menjadi pasangan hidup kepada lelaki; teman hidup, suri rumah. Balu pula merujuk perempuan yang suaminya sudah meninggal. Dari segi penggunaan bahasa Melayu yang betul ialah nama ibu (Balu kepada Allahyarham si polan).
Tatabahasa20.11.2013
1. Apakah perbezaan penggunaan perkataan "pencetakan " dan "percetakan" dalam bentuk ayat ? 2. Bolehkan perkataan jemputan digunakan bagi menggantikan undangan ? Sekian, terima kasih.Percetakan ialah tempat (syarikat perniagaan) yang mencetak buku, manakala pencetakan ialah kerja-kerja (proses, urusan) mencetak. Jemputan sama maksudnya dengan ajakan dan undangan.Tatabahasa18.01.2012
Tuan, Pentadbiran SUK Terengganu bercadang untuk mencetak kad jemputan bagi jemputan acara, majlis rasmi kerajaan negeri. Mohon pandangan yang manakah lebih tepat, sesuai, betul/ Kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman mempersilakan YB. Dato'/Y.Bhg. Dato'/Tuan/Puan ATAU Yang Behormat Setiausaha Kerajaan Terengganu mempersilakan YB. Dato'/Y.Bhg. Dato'/Tuan/Puan PERBEZAANNYA IALAH yg pertama Kerajaan menjemput dan kedua individu iaitu YB SUK yg jemput. TK

Jika majlis yang diadakan ialah anjuran kerajaan negeri Terengganu maka ayat pertama yang wajar digunakan, jika YB Setiausaha Kerajaan Negeri menganjurkan majlisnya sendiri, maka ayat kedua wajar digunakan.

Tatabahasa06.12.2011
Saya sangat berbesar hati jika DBP boleh mencetak semula novel yang berjudul PELAJAR TERBAIK oleh WAHBA. Jika ada,saya ingin memilikinya. Terima KasihPuan,

Insya-Allah, kami akan meneliti cadangan puan ini.
Lain-lain22.12.2012
maksud meneraMenera bermaksud mengecap atau mencetakMakna31.01.2009
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional berhasrat untuk mencetak semula Buku Panduan Kelab Rukun Negara yang dibuat oleh Jabatan. Di dalamnya ada terkandung Kata Aluan dari Menteri pada masa itu, tetapi sekarang Menteri telahpun bertukar. Persoalan saya, adakah perlu Kata Aluan dari Menteri yang baru atau mengekalkan sahaja Kata Aluan Menteri yang terdahulu. Terima kasih.Bagi naskhah cetak ulang, isi kandungan buku asal perlu dikekalkan termasuk kata alu-aluan menteri terdahulu.Lain-lain16.09.2009
Saya adalah aktivis puisi tepi jalan. Sudah beberapa kali mencetak buku sendiri. Pernah berkongsi pentas sama manusia-manusia sehebat Pak Samad, Rahmat Haron, Pyan Habib dan Meor. Saya ingin mengetahui apakah cara untuk saya mendapat peluang menerbitkan buku lewat saluran formal. Harap dibantu.Karya saudara boleh dihantar kepada Ketua, Bahagian Majalah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur, untuk terbitan majalah, tetapi jika saudara ingin menerbitkan dalam bentuk buku, sila hantar kepada Ketua, Bahagian Penerbitan Sastera di alamat yang sama.Lain-lain06.05.2009
Salam, saya ingin bertanya sekiranya pihak DBP ada rancangan untuk mencetak naskah kamus bahasa arab-melayu keluaran DBP lagi? Sudah tiada lagi dalam pasaran. Terima kasih.Perancangan menerbitkan beberapa judul dibuat mengikut keutamaan dan seperti yang kita sedia maklum keperluan yang paling mendesak ialah buku teks dan rujukan pelajar sekolah rendah/menengah dan institut pengajian tinggi. Penerbitan beberapa buah kamus termasuklah Kamus Arab - Melayu akan menyusul selepas itu.Lain-lain19.09.2013
Salam 1 Malaysia 1. Ali jatuh sakit kerana dia bermain bola (pada hari hujan/semasa hujan). 2. Aiman menghantar emel kepada kawannya (dengan/menggunakan/dengan melayari/melalui) 3. Saya menggunakan mesin pencetak untuk mencetak gambar yang ditangkap (oleh/dengan/menggunakan) kamera digital. 4. Susanti memakai sari yang (dihadiahkan/dihadiahi) oleh ibunya. 5. Adakah "oleh" perlu diikuti dengan objek hidup? 6. Saya berenang (di dalam/di) air Terima kasih.1. Ali jatuh sakit kerana dia bermain bola semasa hujan.
2. Aiman menghantar e-mel kepada kawannya melalui ... 
3. Saya menggunakan mesin pencetak untuk mencetak gambar yang ditangkap dengan/menggunakan kamera digital.
4. Susanti memakai sari yang dihadiahkan oleh ibunya.
5. Kata sendi nama oleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa beberapa maksud. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 283. 
6. Saya berenang di dalam air.
Tatabahasa02.10.2012
1234

Kembali ke atas