Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.cin.ta.i] | منچينتاءي

Definisi : 1. mengasihi, menaruh cinta pd: ia ingin ~ dan dicintai; 2. merindukan(hendak memperoleh sesuatu dll), mengharap­harapkan, menginginkan: tidak ada orang yg tak ~ duit; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.cin.ta.i] | منچينتاءي

Definisi : menaruh kasih sayang pd; mengasihi: Dia sangat ~ isterinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencintai


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perkataan yang betul...menyintai atau mencintai?Kata terbitan yang betul ialah mencintai.Ejaan06.06.2009
apa perbezaan menyintai dan mencintai adaka kedua-dua ayat ini boleh digunakanYang betul ialah mencintai. Sila rujuk Tatabahasa Dewan halaman 193.Tatabahasa16.05.2010
Salam. Adakah [menyintai] penggunaan yang betul? Adakah ia sama seperti [mencintai]? Terima kasih.Yang betul ialah mencintai. Sila rujuk Tatabahasa Dewan hlm. 193.Tatabahasa20.06.2007
1. mengenengahkan atau mengetengahkan? 2. mensabitkan kesalahan atau menyabitkan kesalahan? 3. menyintai atau mencintai ? 4. pemelajaran atau pembelajaran ? 5. pemeritahuan atau pemberitahuan ?1. mengetengahkan. 2. mensabitkan kesalahan. 3. mencintai. 4. pembelajaran ialah proses (kegiatan) belajar. Pemelajaran ialah proses mempelajari: taraf penguasaan bahasa Inggeris begitu tinggi tetapi ~nya terhad kpd mereka yg menghadiri sekolah aliran Inggeris. 5. pemberitahuan.Makna21.01.2010
saya pernah bertanya berkenaan perbezaan antara 'Bercinta Dengan Diri Sendiri" dan "Mencintai Diri Sendiri"...dan jawapan diterima ialah kedua-dua frasa tersebut membawa maksud yang sama, iaitu menaruh rasa cinta pada diri sendiri. terima kasih atas jawapan, cuma saya agak keliru dengan penggunaan "Bercinta Dengan Diri Sendiri" kerana saya pernah difahamkan frasa tersebut bermaksud menaruh rasa cinta pada diri sendiri tetapi lebih kepada taksub dengan diri sendiri...manakala tidak bagi frasa "Mencintai Diri Sendiri"...harap Tuan dapat memberi penjelasan..Terima kasih..Merujuk Kamus Dewan, tidak ada perbezaan tahap 'menaruh rasa cinta' pada maksud bercinta dan mencintai. Maksud 'menaruh rasa cinta' juga berbentuk abstrak dan boleh boleh diberi pelbagai tafsiran yang berkaitan dengan makna tersebut.Tatabahasa13.09.2012
Dapatkah ayat ENGKAU MENCINTAI AKU ditulis seperti yang berikut: KAUCINTAIKU. Mohon pandangan daripada Tuan.Boleh ditulis dengan ayat yang tersebut.Tatabahasa24.10.2007
Mengapa tidak boleh mengatakan 'mencintai negara' tetapi mesti mangatakan 'cinta akan negara'? Terima kasihKedua- duanya boleh digunakan.Tatabahasa04.06.2010
1. mengetengahkan atau mengenengahkan ? 2. mengetepikan atau mengenepikan ? 3. mengepalai atau mengkepalai ? 4. menunjangkan atau mentunjangkan ? 5. memastikan atau mempastikan ? 6. mencintai atau menyintai ? 7. menyukarkan atau mensukarkan ? 8. penyajak atau pensajak ? 9. pemelajaran atau pembelajaran ? 10. mensabitkan atau menyabitkan ?

1. mengetengahkan

2. mengetepikan

3. mengepalai

4. menunjang

5. memastikan

6. mencintai

7. menyukarkan

8. penyajak

9. pemelajaran

10. menyabitkan

Tatabahasa24.07.2011
Perkataan yang sesuai untuk hal atau keadaan mengenali, menghargai dan mencintai diri sendiri?Beberapa kata yang boleh disarankan ialah kebanggaan, kecintaan, keberahian, kepujaan, keghairahan, kekaguman, ketaasuban, kefanatikan, pengapresiasian, penghargaan, penghormatan, penyanjungan dan sebagainya. Kata-kata tersebut boleh digandingkan dengan kata "diri" menjadi kebanggaan diri, kecintaan diri, pengapresiasian diri dan sebagainya. Pemilihan kata-kata ini bergantung kepada konteks dan makna yang ingin disampaikan.

Sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) untuk maklumat berkaitan kata dalam  bahasa Melayu.
Lain-lain21.11.2024
Menurut peristiwa sejarah sesebuah negara meluaskan pengaruh dan wilayah dengan menjajah negara lain .Impaknya,anak-anak mereka akan mencintai negara kita untuk meningkatkan kebolehan dan kemahiran diri supaya dapat mengharumkan nama negara di watan Malaysia kerana anak-anak merupakan pemuda harapan bangsa pemudi tiang negara.Ibu bapa semestinya meneruskan untuk membangkitkan semangat cinta akan negara untuk anak . Selain itu ibu bapa harus mengubah sikap dan lebih prihatin dalam situasi negara.Di negeri Malaysia,anak sering bersikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.Anak kerap menitikberatkan dan menjaga diri sahaja.Hal ini dikatakan demikian kerana anak tidak memberi prihatin dalam berita atau peristiwa yang dihadapi oleh kerajaan atau masyarakat.Anak kerap mengambil benar dalam peristiwa yang tidak berguna dalam media massa British media cetak media elektronik dan media alternatif.Video-video dan berita yang banyak akan mencermakan minda anak-anak mereka. Salam,Saya nak tahu akan semua ayat ada kesalahan tatabahasa atau kesalahan istilah tak?Jika ada,bolehkah membetulkan kesalahan yang saya buat.Terima kasih.
Menurut peristiwa sejarah, sesebuah negara meluaskan pengaruh dan wilayah dengan menjajah negara lain. Impaknya, anak-anak akan mencintai negara untuk meningkatkan kebolehan dan kemahiran diri supaya dapat mengharumkan nama Malaysia kerana anak-anak merupakan harapan bangsa dan pengemudi negara.

Ibu bapa perlu membantu untuk membangkitkan semangat cinta akan negara. Selain itu, ibu bapa harus mengubah sikap dan lebih prihatin dalam sesuatu keadaan di dalam negara.

Di Malaysia, anak-anak sering bersikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Anak-anak kerap menitikberatkan dan menjaga diri sahaja.

Hal ini  kerana anak-anak tidak memberikan prihatin dalam berita atau peristiwa yang dihadapi oleh kerajaan atau masyarakat. Anak-anak kerap mengambil berat dalam peristiwa yang tidak berguna dalam media massa British sama ada melalui media cetak, media elektronik dan media alternatif. Video-video dan berita yang tidak ditapis akan mencemarkan minda anak-anak.

Puan perlulah banyak membaca bahan bacaan bahasa Melayu untuk menambah baik penguasaan bahasa Melayu. Sila rujuk Kamus Dewan dan buku Tatabahasa Dewan untuk rujukan. 


Tatabahasa27.01.2021
1234

Kembali ke atas