Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.co.lé/] | منچوليق

Definisi : menghasut, menaikkan darah, menimbulkan kemarahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.co.lé/] | منچوليق

Definisi : 1. menyentuh (mengambil, men­calit, dll) dgn hujung jari: kelihatan ia ~ dinding dgn telunjuk kanannya; 2. mencecah kuah (manisan dll); 3. mencungkil dgn hujung jari (bilah dll) utk mengeluarkan atau mengambil sesuatu: ~ tahi telinga dgn rokok daun; 4. menggores (memantik) dgn bilah gores api dll; 5. menyentuh (menggamit) dgn hujung jari; ~ gamit memegang-megang (menyentuh-nyentuh, menggeletek, dll) spt pd masa bersenda gurau dll; ~ hati meng­gelikan hati; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.co.lé/] | منچوليق

Definisi : 1 mencalit (mengambil, menyentuh) dgn hujung jari: ~ kapur. 2 mencecah kuah, sambal dsb dgn sesuatu (spt ketupat, ulam): Dia ~ sambal belacan itu dgn ulam petai. 3 mencungkil (dgn hujung jari dll utk mengeluarkan sesuatu): ~ tahi telinga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencolek

Peribahasa

Berkuah sama menghirup,
     bersambal sama mencolek.

Bermaksud :

Persahabatan yang sangat karib.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ibu menegur adik kerana ________ lauk gulai makanan mereka sekeluarga. a mencolek b.mencecap c. mencekau jawapan yang mana paling tepat?B. Mencecap. T.kasih.Tatabahasa14.08.2008

Kembali ke atas