Harap Admin dapat berikan penjelasan ttg penggunaan kata 'mencolok mata' dan 'menjolok mata' Lazimnya 'menjolok mata' sering digunakan namun berdasaskan kamus dewan, 'mencolok mata' adalah yg lebih tepat digunakan. Contoh penggunaan:- Kakitangan kerajaan khususnya wanita dilarsng memakai pakaian yang mencolok mata semasa bekerja di pejabat. (1) Dalam Kamus Dewan, mencolok mata dalam bentuk kata kiasan bermaksud menimbulkan rasa meluat dan sebagainya kepada sesiapa yang melihat kerana berlebih-lebihan (tentang pakaian, kelakuan dan lain-lain). (2) Manakala menjolok antaranya bermaksud memberi malu atau menyakiti hati (kerana perbuatan yang tidak sopan, cara berpakaian dan sebagainya). | Merujuk Kamus Dewan, mencolok mata dalam bentuk kata kiasan bermaksud menimbulkan rasa meluat dan sebagainya kepada sesiapa yang melihat kerana berlebih-lebihan (tentang pakaian, kelakuan dan lain-lain). Manakala menjolok antaranya bermaksud memberi malu atau menyakiti hati (kerana perbuatan yang tidak sopan, cara berpakaian dan sebagainya). Lazimnya, perbuatan ini merujuk makna kiasan, oleh itu frasa mencolok mata yang sering digunakan. | Tatabahasa | 25.01.2013 |
Menjolok mata atau mencolok mata? Bolehkah digunakan kedua-duanya sekali? Manakah yang lebih tepat?. Terima kasih. | Merujuk Kamus Dewan, mencolok mata dalam bentuk kata kiasan bermaksud menimbulkan rasa meluat dan sebagainya kepada sesiapa yang melihat kerana berlebih-lebihan (tentang pakaian, kelakuan dan lain-lain). Manakala menjolok antaranya bermaksud memberi malu atau menyakiti hati (kerana perbuatan yang tidak sopan, cara berpakaian dan sebagainya). Lazimnya, perbuatan ini merujuk makna kiasan, oleh itu frasa mencolok mata yang sering digunakan. | Tatabahasa | 26.02.2013 |
Slm Mencolok mata @ menjolok mata? Bbrapa buah buku masih mnggunakn menjolok mata.adakah pnggunaanya masih " relevan"? | Merujuk Kamus Dewan, mencolok mata dalam bentuk kata kiasan bermaksud menimbulkan rasa meluat dan sebagainya kepada sesiapa yang melihat kerana berlebih-lebihan (tentang pakaian, kelakuan dan lain-lain). Manakala menjolok antaranya bermaksud memberi malu atau menyakiti hati (kerana perbuatan yang tidak sopan, cara berpakaian dan sebagainya). Lazimnya, perbuatan ini merujuk makna kiasan, oleh itu frasa mencolok mata yang sering digunakan. | Makna | 02.09.2015 |
antara mencolok mata dan menjolok mata, mana yang betul penggunaannya? ini untuk menggambarkan keadaan berpakaian yang tidak senonoh. | Dalam Kamus Dewan, mencolok mata dalam bentuk kata kiasan bermaksud menimbulkan rasa meluat dan sebagainya kepada sesiapa yang melihat kerana berlebih-lebihan (tentang pakaian, kelakuan dan lain-lain). Manakala menjolok antaranya bermaksud memberi malu atau menyakiti hati (kerana perbuatan yang tidak sopan, cara berpakaian dan sebagainya). Lazimnya, perbuatan ini merujuk makna kiasan, oleh itu frasa mencolok mata yang sering digunakan. | Tatabahasa | 09.05.2012 |
Ada pendapat yang menyatakan bahawa mencolok mata lebih tepat penggunaannya daripada menjolok mata. Jika dirujuk Kamus Dewan, makna mencolok mata dan menjolok mata hampir sama dan boleh digunakan dalam ayat. | Makna mencolok mata ialah membangkitkan marah orang yang melihat, menyakitkan hati, memberi malu (Kamus Dewan, 2007:285). Kata menjolok mata pula bermakna menusuk (merodok) sesuatu dengan galah dll. Supaya gugur, menusuk ke dalam lubang dll. (Kamus Dewan, 2007:636). Sila baca dan fahami bahagian prelim Kamus Dewan termasuk prakata kerana Kamus Dewan berperanan merakam semua kata masukan yang digunakan oleh masyarakat. | Tatabahasa | 30.03.2010 |
Salam, antara mencolok mata dengan menjolok mata, yang manakah adalah betul? | Merujuk Kamus Dewan, "mencolok mata" dalam bentuk kata kiasan bermaksud menimbulkan rasa meluat dan sebagainya kepada sesiapa yang melihat kerana berlebih-lebihan (tentang pakaian, kelakuan dan lain-lain). Manakala "menjolok mata" antaranya bermaksud memberi malu atau menyakiti hati (kerana perbuatan yang tidak sopan, cara berpakaian dan sebagainya). Lazimnya, perbuatan ini merujuk makna kiasan, oleh itu frasa "mencolok mata" yang sering digunakan. | Makna | 02.05.2013 |
Mohon penjelasan tentang perbezaan penggunaan frasa mencolok mata dengan menjojok mata. Terima kasih | Istilah menjojok mata tiada dalam sumber rujukan kami. Mungkin yang saudara maksudkan ialah menjolok mata. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kata mencolok mata bermakna 1. mencucuk mata; 2 (bahasa kiasan) tampak jelas, kelihatan jelas benar; 3. membangkitkan marah orang yang melihat, menyakitkan hati, memberi malu. Kata menjolok pula bermakna 1. menusuk (merodok) sesuatu dengan galah dll. supaya gugur, menusuk ke dalam lubang dll. 2. memasukkan jari tangan ke dalam lubang hidung (kerongkong dll.); 3. memancing-mancing keterangan dll; daripada orang, mengajuk atau menduga hati. Oleh itu, antara mencolok mata dengan menjolok mata, yang tepat ialah mencolok mata. Contoh penggunaan: Kakitangan wanita dilarang memakai pakaian yang mencolok mata semasa bekerja di pejabat. | Tatabahasa | 11.07.2010 |
adakah mencolok mata dan menjolok mata sama? | Yang betul ialah mencolok mata (iaitu mencucuk mata). | Tatabahasa | 17.05.2009 |
1)mencolok mata atau menjolok mata? 2)serbaneka atau serba aneka? 3)sebaik sahaja atau sebaik-baik sahaja? | Merujuk Kamus Dewan, mencolok mata dalam bentuk kata kiasan bermaksud menimbulkan rasa meluat dan sebagainya kepada sesiapa yang melihat kerana berlebih-lebihan (tentang pakaian, kelakuan dan lain-lain). Manakala menjolok mata antaranya bermaksud memberi malu atau menyakiti hati (kerana perbuatan yang tidak sopan, cara berpakaian dan sebagainya). Lazimnya, perbuatan ini merujuk makna kiasan, oleh itu frasa mencolok mata yang sering digunakan. Serbaneka atau serba aneka kedua-duanya boleh digunakan. Sebaik sahaja atau sebaik-baik sahaja kedua-duanya juga, boleh digunakan bergantung pada konteks ayat. | Tatabahasa | 29.09.2012 |
Tuan/Puan, Apakah perbezaan di antara "mencolok mata" dan "menjolok mata"? Perkataaan yang manakah yg lebih sesuai utk digunakan pada: .... tdk mengenakan pakaian yg mencolok/menjolok mata? Terima kasih | Merujuk Kamus Dewan, mencolok mata dalam bentuk kata kiasan bermaksud menimbulkan rasa meluat dan sebagainya kepada sesiapa yang melihat kerana berlebih-lebihan (tentang pakaian, kelakuan dan lain-lain). Manakala menjolok mata antaranya bermaksud memberi malu atau menyakiti hati (kerana perbuatan yang tidak sopan, cara berpakaian dan sebagainya). Lazimnya, perbuatan ini merujuk makna kiasan, oleh itu frasa mencolok mata yang sering digunakan. | Makna | 16.12.2016 |