Salam sejahtera, mencucikan = mencuci sesuatu untuk orang lain. 1. Saya mencucikan sehelai baju datuk. 2. Saya mencucikan datuk sehelai baju. Ayat yang mana betul ? Terima kasih | Dalam bahasa Melayu, apitan me-...-kan juga membawa maksud benefaktif atau membuat sesuatu pekerjaan untuk orang lain. Perkataan tersebut dalam bahasa Melayu tidaklah banyak. Apitan me-...-kan ini memerlukan objek bernyawa. Oleh itu, ayat yang betul ialah "Saya mencucikan datuk sehelai baju." Saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan muka surat 197 untuk memahami fungsi apitan me-...-kan. | Tatabahasa | 15.05.2013 |