Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.cu.cuh.kan] | منچوچوهکن

Definisi : 1. memasangkan, menyala­kan: Seman ~ api tersebut pd rokok di mulutnya; 2. mengenakan (api, besi panas, dsb) pd sesuatu: Afandi ~ besi panas pd tangan Mazlan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencucuhkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. “Ali mencucuhkan tungku dapur gas itu”,”Ali menyalakan tungku gas itu”. Ayat manakah yang betul? 2. “Aini menjirus lantai dengan air”,”Aini menyiram lantai dengan air”.Ayat manakah yang betul? 3. Apakah perbezaan antara “mengintai” dengan “mengintip”? 4. Apakah perbezaan antara “deret” dengan “baris”? 5. “Seekor bangkai itik”. Adakah “seekor” sesuai untuk dijadikan penjodoh bilangan kepada bangkai binatang? 6. “Perutusan Hari Guru dibaca oleh Cikgu Jamal di sekolah”,”Perutusan Hari Guru di sekolah dibaca oleh Cikgu Jamal”. Ayat manakah yang betul? Terima kasih.

1. Ayat yang betul ialah Ali mencucuh dapur gas itu.  

2. Kedua-dua ayat dikemukakan betul, cuma lewah kerana aspek makna bagi kata menjirus dan menyiram sememangnya dengan air.

3. Kata mengintai dan mengintip sama maksud. Kata deret dan baris mempunyai aspek persamaan makna. Sila rujuk Kamus Dewan untuk membandingkan aspek persamaan dan perbezaan makna kata.

4. Tidak perlu penjodoh bilangan ‘seekor’ untuk binatang yang telah mati.

5. Ayat yang lebih gramatis ialah Perutusan Hari Guru di sekolah dibaca oleh Cikgu Jamal.

Tatabahasa23.11.2014

Kembali ke atas