Mereka sedang berbincang dengan ahli perniagaan yang tersohor itu untuk mencungkil pengalaman beliau. munsyi, apakah perkataan yang sesuai menggantikan mencungkil. TK? | Mereka sedang berbincang dengan ahli perniagaan yang tersohor itu untuk mencungkil pengalaman beliau. Perkataan yang paling hampir dengan perkataan mencungkil ialah seperti mengorek, menimba, mendapat, mengetahui. Perkataan mencungkil lebih sesuai dalam konteks ayat yang dinyatakan. | Tatabahasa | 24.04.2013 |
1.Mencungkil pintu rumah yang terkunci atau mengumpil pintu rumah yang terkunci.Mana yang betul. 2.dua ekor kerang atau dua biji kerang. 3.Ayah memboncengkan atau menunggangkan adik dengan motosikal ke sekolah. Terima kasih. | 1. Mengumpil pintu rumah yang terkunci. - Mengumpil bermaksud menanggalkan, mencabut dan sebagainya sesuatu yang terlekat atau tertutup rapat dgn tuil dan sebagainya. 2. Dua ekor kerang. - Dalam kamus Dewan, penjodoh bilangan untuk binatang ialah ekor, manakala biji - penjodoh bilangan untuk benda kecil 3. Adik membonceng motosikal ayah ke sekolah. | Tatabahasa | 30.05.2009 |
Hari Sukan diadakan ( bertujuan / bertujuan untuk ) mencungkil bakat murid dalam bidang sukan. | Hari Sukan diadakan bertujuan mencungkil bakat murid dalam bidang sukan. - penggunaan 'bertujuan untuk' dianggap lewah | Tatabahasa | 05.04.2011 |
Perlukah koma dibubuh di depan kata hubung? Contohnya, Ibu menjahit baju, manakala bapa dan adik menonton televisyen / Hari Keluarga diadakan bertujuan mengeratkan hubungan sesama warga sekolah dan ibu bapa, di samping mencungkil bakat. | Saudara, Tanda koma perlu diletakkan di hadapan kata hubung seperti dalam contoh ayat yang dikemukakan. | Tatabahasa | 28.02.2010 |