Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.cu.ra.ngi] | منچورڠي

Definisi : 1. menipu, membohongi, me­ngakali; 2. berlaku tidak setia kpd (suami, isteri dsb): dia ~ gadis itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.cu.ra.ngi] | منچورڠي

Definisi : berlaku atau berbuat curang kpd. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencurangi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah perbezaan penggunaan imbuhan apitan meN...kan dan meN...i

MAKNA APITAN meN…kan 

  • Berbuat sesuatu: membangunkan kawasan, menenggelamkan taman, memusnahkan hutan, mencemarkan bahasa…
  • Menjadikan/menyebabkan sesuatu: membenamkan tubuh, memantulkan cahaya, menaburkan benih, melucutkan kain, membersihkan bilik…
  • Bermanfaat: mendapatkan hadiah, menghadiahkan senyuman, memberikan bunga, mencantikkan rumah, melebarkan jalan

 

APITAN meN…i 

  • Apitan meN…i dapat membentuk kata kerja transitif daripada kata lain dalam pelbagai kelas.
  • Awalan meN pada kata yang berapitan meN…i bertugas sebagai penanda ayat aktif.
  • Akhiran i pada kata yang berapitan meN…i bertugas untuk menggantikan kata sendi akan, atas, di, … Contoh:

          mengakui = mengaku akan/tentang

          mempercayai = percaya kepada 

  • Oleh sebab itu, KS tidak boleh wujud selepas kata yang berapitan meN…i: mempercayai pada,* menguasai akan,* mencurangi akan,

    * menghadiri di/dalam,* meragui terhadap,*…


Tatabahasa13.06.2009

Kembali ke atas