Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.cu.ri.cu.ri] | منچوري - چوري

Definisi : mem­buat sesuatu dgn tidak diketahui orang atau dgn diam-diam (sembunyi-sembunyi, rahsia): ketika saya ~ melihat mukanya, nampak ia tersenyum; dia telah ~ pergi bersama-sama kawannya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencuri-curi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, Antara berikut penggunaan kata manakah yang tepat? mencuri mendengar atau mencuri dengar. Contoh ayat: Ali mencuri mendengar perbualan kakak dan kawannya atau Ali mencuri dengar perbualan antara kakak dengan kawannya?Perkataan yang betul ialah mencuri-curi yang bermaksud membuat sesuatu dengan tidak diketahui orang atau dengan diam-diam seperti mencuri-curi mendengar perbualan antara kakak dengan kawannya.Tatabahasa21.03.2012
kes kecurian atau kes pencurian? apakah perbezaan antara kecurian dengan pencurian? sila beri cth, terima kasih.Pencurian bermaksud perbuatan atau hal mencuri. Kecurian pula bermaksud kehilangan harta benda kerana kena curi.Tatabahasa31.07.2013

Kembali ke atas