Maaf kerana menggangu anda. Saya ingin bertanya tentang satu soalan. Apakah perbezaan antara perkataan "mendapat" dan "mendapatkan"? Selepas penambahan akhiran -kan kepada perkataan mendapat, apakah pula perbezaannya? Bagaimanakah penggunaan kata mendapat dan mendapatkan? Tolong berikan ayat contoh untuk saya menjelaskan perbezaan perkataan mendapat dan mendapatkan ini. Sekian, beribu-ribu terima kasih saya ucapkan kepada tokoh bahasa Melayu yang saya sanjung. Tambahan pula, antara perkataan menyanjung (sanjung) dengan menyanjungi (sanjungi), apakah perbezaan maksudnya? | Kata mendapat sebagai bentuk terbitan daripada kata dapat mempunyai erti yang berbeza dengan kata “dapat”. Kata mendapat bererti “menerima atau beroleh”. Contoh penggunaannya adalah seperti yang berikut: 1. Saya sudah mendapat maklumat yang saya perlukan. 2. Para pekerja mendapat upah daripada titik peluh mereka. Kata mendapatkan mempunyai makna-makna yang lain. Contoh penggunaannya adalah seperti yang berikut: 1. Anak kecil itu segera mendapatkan ibunya apabila dipanggil. (mendapatkan bererti “pergi kepada”) 2. Kamsiah mendapatkan adiknya pakaian yang digemarinya. (mendapatkan bererti “mendapat atau beroleh sesuatu untuk orang lain”) 3. Untuk mendapatkan hasil yang lumayan, kita perlu berusaha. (mendapatkan bererti “berusaha memperoleh sesuatu”). Sila rujuk buku Kamus Dewan untuk memahami makna setiap perkataan. | Makna | 27.04.2014 |
Kita dapat mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan. Bolehkah "...dapat mendapat..." guna dalam ayat yang sama? | Ayat yang betul ialah “Kita mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan” dan lebih baku daripada “Kita dapat keputusan yang baik dalam peperiksaan”. Tidak ada penggunaan ...dapat mendapat... secara serentak. | Tatabahasa | 20.03.2014 |
Mendapat kelulusa bahasa di papan iklan untuk tujuan perlesenan dengan majlis daerah hulu selangor Rujukan Dilampiran ada 2 papan iklan, saya telah menbuat papan iklan paling bawah. | Permohonan iklan hendaklah dikemukakan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa. | Lain-lain | 29.06.2015 |
mendapat atau mendapatkan | mendapat - memperoleh mendapatkan - pergi bertemu atau berjumpa dengan | Tatabahasa | 24.02.2009 |
Sri Shan Balaraman 8.49 PAGI Smlt pg... mohon pencerahan ttg peribahasa... bagai kera mendapat bunga/seperti kera mendapat bunga... yg mana satu betul penggunaannya? Tq | Untuk makluman tuan, dalam data rujukan kami peribahasa yang betul ialah bagai kera mendapat bunga. | Tatabahasa | 23.05.2017 |
(1) Dia baharu mendapat cahaya mata. (2) Kemudian baharulah beliau mendapat ilham baharu dan memulakan kajian linguistik struktur. Adakah perkataan (1) baharu dan (2) baharulah dalam ayat (1) dan (2) perlu ditukar menjadi (1) baru dan (2) barulah? | Yang betul ialah: Dia baru mendapat cahaya mata. Kemudian barulah beliau mendapat ilham baharu dan memulakan kajian linguistik struktur. Baru merujuk kepada tempoh masa, manakala baharu membawa maksud new dalam bahasa Melayu. | Tatabahasa | 02.07.2007 |
Damia mendapat tempat pertama di dalam kelasnya. atau Damia mendapat tempat pertama dalam kelasnya. | Ayat yang betul ialah Damia mendapat tempat pertama dalam kelasnya. | Lain-lain | 10.08.2010 |
Apa perbezaan antara Raja dan Sultan. Jika seorang lelaki mendapat gelaran Datuk, isterinya mendapat akan digelar Datin. Jika seorang wanita dpt gelaran Datuk cth. Datuk Nicole David, apa pula gelaran suaminya.? | Dalam hal ini, suami kepada yang bergelar Datuk tidak menerima apa-apa gelaran, tidak sama seperti isteri kepada yang bergelar Datuk. | Lain-lain | 03.04.2014 |
Salam sejahtera, 1. Mereka mendapat banyak pengetahuan. 2. Mereka banyak mendapat pengetahuan. Ayat yang mana betul ? | Ayat yang betul ialah 1. Mereka mendapat banyak pengetahuan. | Tatabahasa | 24.04.2012 |
Ayat manakah yang betul Ali mendapat tempat pertama dalam kelas. ATAU Ali mendapat tempat pertama di dalam kelas. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah Ali mendapat tempat pertama dalam kelas. | Lain-lain | 19.07.2010 |