Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mendapati, dapati


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apabila terjaga daripada tidur, aku dapati diriku berada di bawah katil. perkataan "dapati" boleh digantikan dengan "mendapati"? Kedua-dua perkataan boleh digunakan dlm ayat ini???Kedua-dua perkataan mendapati dan dapati boleh digunakan dalam ayat.Tatabahasa16.07.2013
Apabila terjaga daripada tidur, aku dapati diriku berada di bawah katil. perkataan "dapati" boleh digantikan dengan "mendapati"? Kedua-dua perkataan boleh digunakan dlm ayat ini? Adakah apa-apa perbezaan antara kedua-dua perkataan tersebut?Kedua-dua perkataan mendapati dan dapati boleh digunakan dalam ayat.Tatabahasa22.07.2013
Saya dapati perkataan "libat urus" banyak digunakan sebagai terjemahan perkataan "engagement". Walau bagaimanapun, semakan di laman web PRPM mendapati perkataan tersebut tidak wujud. Namun, perkataan tersebut ada dicadangkan oleh pihak tuan di ruangan Khidmat Nasihat. Mohon pencerahan lanjut. Terima kasih.

Berdasarkan pangkalan data kami, terdapat beberapa padanan istilah bahasa Melayu untuk engagement, iaitu keterlibatan, perjanjian dan ikatan. Oleh itu, puan perlu memberikan maklumat tentang konteks penggunaan istilah tersebut untuk kami cadangkan terjemahan yang sesuai.

Istilah01.08.2018
Assalamualaikum. Hari ini saya mahu menggunakan pangkalan data korpus DBP untuk melihat rekod penggunaan ejaan antara Damsyiq atau Dimashq dan Halab atau Aleppo. Saya memilih korpus DBP berbanding PRPM kerana dalam korpus dinyatakan jumlah konkordansnya. Saya cuba mencari rekod penggunaan ejaan-ejaan tersebut sehingga 2014. Namun saya dapati ada halangan. Izinkan saya bertanya; 1. Data korpus DBP ini dari tahun berapa hingga berapa. 2. Adakah datanya masih autentik kerana saya mendapati terdapat keraguan jumlah konkordansnya. Adalah amat mustahil nama-nama tempat yang popular tiada satu rekod pun seperti Sevilla, Cordova, Pyreness dan lain-lain.Waalaikumsalam.
Tuan,
Untuk maklumat lanjut berkenaan data korpus DBP, bolehlah menghubungi pegawai di Bahagian Peristilahan dan Leksikologi di talian 03-21479166. Terima kasih.
Istilah28.08.2014

Kembali ke atas