Pihak sekolah berhasrat mendapatkan terbitan lembar bahasa dan siri pedoman bahasaa melayu yang diterbitkan oleh pihak dbp. Mohon panduan untuk mendapatkan bahan tersebut daripada pihak tuan | Untuk mendapatkan maklumat tentang atau memperoleh lembar dan pedoman bahasa, sila berhubung dengan Bahagian Promosi dan Pengiktirafan, Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, Aras 25, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, atau hubungi Puan Nor Hamuni binti Ibrahim@Yasin melalui talian 03-21479127,e-mel hamuni@dbp.gov.my. | Lain-lain | 21.01.2015 |
Maaf kerana menggangu anda. Saya ingin bertanya tentang satu soalan. Apakah perbezaan antara perkataan "mendapat" dan "mendapatkan"? Selepas penambahan akhiran -kan kepada perkataan mendapat, apakah pula perbezaannya? Bagaimanakah penggunaan kata mendapat dan mendapatkan? Tolong berikan ayat contoh untuk saya menjelaskan perbezaan perkataan mendapat dan mendapatkan ini. Sekian, beribu-ribu terima kasih saya ucapkan kepada tokoh bahasa Melayu yang saya sanjung. Tambahan pula, antara perkataan menyanjung (sanjung) dengan menyanjungi (sanjungi), apakah perbezaan maksudnya? | Kata mendapat sebagai bentuk terbitan daripada kata dapat mempunyai erti yang berbeza dengan kata “dapat”. Kata mendapat bererti “menerima atau beroleh”. Contoh penggunaannya adalah seperti yang berikut: 1. Saya sudah mendapat maklumat yang saya perlukan. 2. Para pekerja mendapat upah daripada titik peluh mereka. Kata mendapatkan mempunyai makna-makna yang lain. Contoh penggunaannya adalah seperti yang berikut: 1. Anak kecil itu segera mendapatkan ibunya apabila dipanggil. (mendapatkan bererti “pergi kepada”) 2. Kamsiah mendapatkan adiknya pakaian yang digemarinya. (mendapatkan bererti “mendapat atau beroleh sesuatu untuk orang lain”) 3. Untuk mendapatkan hasil yang lumayan, kita perlu berusaha. (mendapatkan bererti “berusaha memperoleh sesuatu”). Sila rujuk buku Kamus Dewan untuk memahami makna setiap perkataan. | Makna | 27.04.2014 |
Saya ingin mendapatkan senarai kata-kata Bahasa Melayu yang dipinjam dari Bahasa Inggeris. Contohnya, Social Media dijadikan Media Sosial. Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat tersebut? Sekian terima kasih. | Sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". Saudara juga boleh mendapatkan hebahan terkini dalam laman sosial kami, iaitu melalui Facebook dan Instagram Dewan Bahasa dan Pustaka. | Istilah | 11.01.2019 |
untuk mendapatkan nasihat menterjemahkan ayat berikut dalam Bahasa Melayu. Specialize in Marketing and Servicing all kind of water filter products inii adalah untuk tujuan papan iklan. sekian, terima kasih. | Kami mencadangkan ayat tersebut diterjemahkan sebagai "Pakar bidang pemasaran dan penyelenggaraan semua produk penapis air" | Penyemakan dan penterjemahan | 03.08.2020 |
Permohonan mendapatkan pengesahan Bahasa dari Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) bagi memastikan bahasa Melayu yang digunakan adalah tepat dan betul. Untuk pegiklanan jualan dan pemasarasn dikawasan Pihak Berkuasa Tempatan. | Untuk pengesahan iklan sila daftar iklan melalui dbpsahbahasa.my atau hadir ke Kaunter Pengesahan Iklan di Aras Bawah, Menara DBP KL atau Kaunter Pengesahan Iklan Pejabat DBP Wilayah Selatan, DBP Wilayah Utara, DBP Wilayah Timur dan DBP Cawangan Sabah dan Sarawak. | Lain-lain | 20.01.2020 |
INGIN MENDAPATKAN KEPASTIAN SAMA ADA AYAT DIBAWAH BOLEH DIGUNA PAKAI ATAU TIDAK. 1. KARISMA PERTUBUHAN, MANIFESTASI KECEMERLANGAN. 2. PERTUBUHAN BERWIBAWA, MANIFESTASI KECEMERLANGAN. | Lebih sesuai PERTUBUHAN BERWIBAWA, MANIFESTASI KECEMERLANGAN | Lain-lain | 11.02.2019 |
Ingin mendapatkan maklum balas yang betul tentang penggunaan palang(/) dalam ayat seperti contoh ayat di bawah: Tarikh rujuk kepada Pegawai Psikologi / Agensi Pelaksana | Tarikh rujuk kepada Pegawai Psikologi/Agensi Pelaksana (tiada jarak sebelum dan selepas tanda palang) | Lain-lain | 08.08.2018 |
Saya mendapatkan kepastian. Apakah istilah sasaran Bahasa Melayu bagi perkataan "social-emotional". Contoh ayat "another barrier to early identification of young children with social-emotional problems is related to the assessment instruments available". Contoh istilah yang digunakan dalam Bahasa Inggeris "social-emotional development" "social-emotional skills" "young children with social-emotional issues" | Salam Sejahtera. Padanan bahasa Melayu untuk social-emotional ialah sosioemosi. Sekian. Terima kasih. | Istilah | 15.09.2017 |
ingin mendapatkan pengesahan daripada dewan bahasa dan pustaka untuk bahasa dalam banner.. dbp.jpeg adalah contoh banner or visual banner untuk promosi tahun ini.. tolong memberi comment dan jika boleh tolong kasi nasihat atau kelulusan untuk saya membuat perhantaran kepada mbpj | Untuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". Jika tuan telah mendaftar, masuk semula menggunakan kod pengaktifan yang diberi, dan jika ini merupakan permohonan pertama maka maka klik permohonan baru. Perlu diingat medan yang bertanda * perlu dilengkapkan. | Lain-lain | 25.04.2017 |
Untuk mendapatkan kepastian sama ada ayat di bawah betul atau salah, jika salah aspek apakah yang menyalahi hukum tatabahasanya. " Bunga itu telah dipetik oleh Seri petang kelmarin". Sekian,terima kasih. | Ayat yang diberikan adalah betul. | Tatabahasa | 07.03.2016 |