" Merempit tidak mendatangkan apa-apa faedah" ayat tersebut mengalami proses pengguguran jenis apa | Contoh ayat yang diberi mengalami pengguguran kata nama yang terkandung dalam binaan frasa nama - Kata Nama (Inti) + Penerang. Kata nama ini boleh digugurkan sehingga yang tertinggal dalam frasa nama itu hanya bahagian penerangnya, yang mungkin bukan daripada kelas kata nama. Buku Tatabahasa Dewan, halaman 560, menerangkan hal ini dalam tajuk Proses Pengguguran Kata Nama yang Berfungsi Sebagai Inti dalam Frasa Nama. Contoh yang diberi ialah: Bersenam boleh menyihatkan badan (asalnya - Kegiatan bersenam boleh menyihatkan badan. | Tatabahasa | 26.05.2011 |
1. memberi dorongan / memberikan dorongan 2. Membaca banyak mendatangkan faedah kepada kita/ Membaca mendatangkan banyak faedah kepada kita. 3. Apabila tiba di / ke lintasan belang, kita harus menoleh ke kiri dan kanan sebelum melintas jalan. 4. Kita harus sentiasa berjaga-jaga demi menjaga keselamatan kita/ keselamatan kita. | Berikut ialah jawapan yang betul: 1. Memberikan dorongan tetapi perlu ditambah kepada siapa. 2. Kedua-duanya betul. 3. Apabila tiba di lintasan belang, kita harus menoleh ke kiri dan ke kanan sebelum melintas (telah tiba, gunakan "di"). 4. Kita harus berjaga-jaga demi keselamatan kita. | Tatabahasa | 21.04.2010 |
MAKSUD TERPERINCI TENTANG 'TEKANAN KERJA' | Tekanan kerja membawa kesan positif dan juga negatif. Tekanan kerja yang sedikit perlu untuk meningkatkanproduktiviti. Manakala tekanan kerja yang berlebihan boleh mendatangkan kesan negatif. Suasana di tempat kerja yang kurang memuaskan boleh mendatangkan tekanan mental termasuklah perhubungan sesama rakan sekerja dan perhubungan dengan majikan. Untuk maksud yang perinci sila rujuk buku/makalah yang berkaitan. | Lain-lain | 20.01.2009 |
Ayat " Merempit tidak mendatangkan apa-apa faedah" Ayat tersebut mengalami proses pengguguran FN sbg subjek atau FN yang berfungsi sebagai inti dalam FN.ApakahTQVM | Contoh ayat yang diberi mengalami pengguguran kata nama yang terkandung dalam binaan frasa nama - Kata Nama (Inti) + Penerang. Kata nama ini boleh digugurkan sehingga yang tertinggal dalam frasa nama itu hanya bahagian penerangnya, yang mungkin bukan daripada kelas kata nama. Buku Tatabahasa Dewan, halaman 560, menerangkan hal ini dalam tajuk Proses Pengguguran Kata Nama yang Berfungsi Sebagai Inti dalam Frasa Nama. Contoh yang diberi ialah: Bersenam boleh menyihatkan badan (asalnya - Kegiatan bersenam boleh menyihatkan badan. | Tatabahasa | 29.05.2011 |
Menurut kamus dewan(edisi keempat) Perkataan "bagi" dan "untuk" mendatangkan maksud yang sama. Bagaimanakah kita hendak membezakan penggunaannya, contohnya : Masalah jerebu perlu diatasi segera ____ menangani masalah pencemaran udara yang semakin serius. Dalam ayat ini, penggunaan yang tepat ialah "bagi" atau "untuk" ? | Kata sendi nama "untuk" dan "bagi" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama dengan funfsi tertentu seperti i. untuk menunjukkan kegunaan untuk sesuatu. Dalam penggunaan yang demikian, kata sendi nama untuk dapat bervariasi dengan kata sendi nama "bagi", ii. untuk menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan. Dalam penggunaan ini "untuk" tidak boleh bertukar ganti dengan "bagi". dalam ayat yang dikemukakan berdasarkan konteks dan makna ayat tersebut, kedua-dua kata sendi "untuk dan "bagi" boleh digunakan(menunjukkan kegunaan sesuatu). | Tatabahasa | 09.04.2008 |
Salam sejahtera, Apakah peribahasa yang dapat memerihalkan maksud sesuatu yang mendatangkan kebaikan dan keburukan secara serentak? Terima kasih. | Peribahasa mengandungi maksud yang tertentu dan lazimnya satu peribahasa mengungkapkan suatu pengertian, seperti Jangan menggerak ular tidur (maksudnya bahaya jangan dicari) dan Jatuh di atas tilam (maksudnya beruntung kerana mendapat rezeki). Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, karya Abdullah Hussain. | Tatabahasa | 13.04.2011 |
Apakah yang dimaksudkan cencaru makan petang? | Peribahasa "cencaru makan petang" bermaksud pekerjaan yang lambat mendatangkan hasil yang baik. | Tatabahasa | 15.04.2012 |
Jika "ia" tidak boleh digunakan untuk binatang dan nama binatang tersebut perlu diulang setiap kali ia disebut, bukankah ia mendatangkan masalah lebih-lebih lagi bagi saya yang bekerja dalam bidang pembuatan sari kata. Kami mempunyai ruang dan masa yang terhad untuk menterjemah, apatah lagi jika nama binatang itu panjang. Tidakkah ada cara lain untuk memberi kata ganti nama kepada binatang? | Kami memahami situasi yang saudara hadapi. Walau bagaimanapun hal ini tidak dapat dielakkan dan pengulangan nama binatang perlu dilakukan setiap kali merujuk binatang berkenaan. Dan kami mencadangkan penggunaan ayat majmuk campuran bagi membantu saudara mengurangkan/meminimumkan pengulangan nama binatang. | Tatabahasa | 30.03.2011 |
imbuhan meng- pada perkataan menghujani mempunyai makna atau tidak ... | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud menghujani ialah mendatangkan (melepaskan) dgn banyak-banyak (peluru dll) kpd: pasukan kami dihujani peluru dan bom; 2. mendatangi sesuatu dgn banyak-banyak: penyiasatan membuktikan adanya pancaran kosmik dr angkasa lepas yg sentiasa ~ bumi ini; kita telah dihujani surat yg menyatakan pendapat yg pro dan kontra terhadap tulisan itu; 3. mengemukakan banyak-banyak (pertanyaan, soalan, tuntutan, dll) kpd: ia akan dihujani dgn seribu satu macam tuntutan lagi; pegawai penyiasat itu telah ~ Amir dgn berbagai-bagai soalan. | Makna | 05.11.2009 |
Saya cadangkan DBP agar tidak menggalakkan pengguna bahasa menggunakan kata 'orang-orang' sebagai jamak kepada 'orang' kerana hal ini banyak mendatangkan kekeliruan terutama dalam penghasilan sarikata televisyen dan mengakibatkan kami syarikat media sukar menjelaskan hukum tatabahasa kepada penterjemah/pelanggan kami. Hadkan sahaja 'orang-orang' kepada maksud 'scarecrow'/'puppets' atau sebarang objek selain daripada manusia.Terima kasih. | Kata 'orang' tidak perlu digandakan kerana 'orang' boleh membawa maksud tunggal atau jamak bergantung pada konteks ayat yang digunakan. 'Orang-orangan' bermaksud patung atau menyerupai manusia. Lihat Kamus Dewan untuk maklumat lanjut. | Tatabahasa | 17.03.2011 |