Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.de.bar.kan] | مندبرکن

Definisi : menjadikan atau menyebab­kan (jantung, nadi) berdenyut agak pantas (kerana timbul perasaan cemas, takut, dsb): penulis itu pandai benar mengarang cerita-cerita yg ~ jantung hati; saya baru saja mendapat berita yg ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.de.bar.kan] | مندبرکن

Definisi : menjadikan jantung dll berdebar; menyebabkan jantung dll berdenyut: Berita baik itu ~nya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mendebarkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah ayat-ayat di bawah dikategorikan sebagai ayat aktif tak transitif: 1. Sarah menjeling manja ke arah kami apabila namanya dipanggil. 2. Saya yakin bahawa berita itu sungguh mendebarkan anda.Kedua-dua ayat ini ialah ayat majmuk dan tidak terkait dengan contoh ayat aktif tak transitif.Tatabahasa08.10.2015
Apa beza hati dan jantung
Hati dan jantung kedua-duanya merupakan organ dalam tubuh yang menjalankan fungsi yang tertentu. Berdasarkan analisis data korpus, didapati hati juga merujuk kepada jantung, misalnya dalam ayat 'Hatinya berdebar-debar.' Kata hati dan jantung terdapat dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) dan olahannya adalah seperti yang berikut, iaitu:

hati 
n 1 organ yg terletak di bahagian perut dlm badan manusia atau binatang vertebrata yg berfungsi utk merembeskan hempedu ke dlm saluran makanan, mengawal kandungan gula dlm darah, menawarkan kesan keracunan nitrogen, menghasilkan urea dan menyimpan glikogen; 2 tempat menyimpan perasaan, keinginan, anggapan dsb dlm diri sso; kalbu: Hatinya bersih drp segala bentuk dendam dan iri hati. 3 jantung: Tidak ada yg menarik perhatiannya selain berita yg mendebarkan hatinya. 4 bahagian tengah yg agak keras pd buah-buahan, pokok dll: Hati nanas diparut dan dibubuhi gula secukupnya sebelum diminum. Hati kayu gaharu dr India dianggap paling
mahal dan mempunyai mutu yg paling baik.


jantung 
n 1 organ berotot yg terletak di dlm rongga dada, yg mengepam darah ke seluruh badan: Otot jantung terpaksa bekerja keras utk memastikan darah beroksigen dapat disalurkan ke seluruh tubuh. 2 benda yg berbentuk spt jantung, berbunyi spt bunyi jantung,
atau bergerak spt gerakan jantung: Hanya detak jantung jam di dinding dan putaran bilah-bilah kipas di siling mencipta gelombang yg menyentuh gegendang telinga. 3 sst yg perlu bagi membolehkan industri, politik dsb terus bergerak atau hidup: Queensland, negeri kedua terbesar di Australia ialah jantung industri pelancongan negara itu.
Makna24.08.2023

Kembali ke atas