1. Rita berehat sambil mendengar radio di bawah pokok. 2. Rita berehat di bawah pokok sambil mendengar radio. 3. Rita mendengar radio sambil berehat di bawah pokok. Dari segi bahasa, sila memberikan nasihat mengenai struktur ayat yang betul. Terima kasih. | Cik Ng, ketiga-tiga ayat di atas betul. Cuma kita kena tahu apakah sebenarnya, atau fokus kita semasa menulis ayat tersebut. Terima kasih | Tatabahasa | 17.01.2009 |
Ayat 1. Ali berehat di bawah pokok yang rendang. Ayat 2. Ali mendengar radio. Ayat majmuk: 1. Ali bereha di bawah pokok yang rendang sambil mendengar radio. 2. Ali berehat sambil mendengar radio di bawah pokok yang rendang. Soalan: Yang manakah betul antara ayat majmuk 1 dengan ayat majmuk 2? | Kedua-dua ayat majmuk Ali bereha di bawah pokok yang rendang sambil mendengar radio dan Ali berehat sambil mendengar radio di bawah pokok yang rendang betul. | Tatabahasa | 03.03.2012 |
Tuan di talian, Ayat manakah yang betul bagi ayat contoh di bawah. 1. Murid-murid tekun mendengar ceramah motivasi itu. atau 2. Murid-murid mendengar ceramah motivasi itu dengan tekun. | Ayat yang gramatis ialah Murid-murid mendengar ceramah motivasi itu dengan tekun. | Tatabahasa | 07.06.2012 |
1) Adakah penggunaan "Saya sekeluarga..." betul? Ataupun "Saya dan keluarga..." Apakah perbezaannya? 2) Jelaskan penggunaan "bernyanyi" dengan "menyanyi". Yang manakah lebih sesuai: Kami juga mendengar nenek bernyanyi. Atau Kami juga mendengar nenek menyanyi. | Kedua-dua ayat "Saya sekeluarga ..." dan "Saya dan keluarga..." adalah betul. Awalan 'se' pada perkataan sekeluarga bermaksud seluruh (segenap). Kedua-dua ayat, 'Kami juga mendengar nenek bernyanyi.' dan 'Kami juga mendengar nenek menyanyi.' adalah betul. | Tatabahasa | 27.01.2011 |
Kata Penguat 1. (a) David "amat" keberatan untuk meminjam basikalnya kepada Ali. (b) David keberatan "amat" untuk meminjam basikalnya kepada Ali. 2. (a) Ahmad "sangat" terkejut apabila mendengar berita tentang kejadian yang dahsyat itu . (b) Ahmad terkejut "sangat" apabila mendengar berita tentang kejadian yang dahsyat itu . Apakah jawapan yang betul tentang soalan 1 dan 2 ? Terima kasih. | Yang betul dan persis ialah David amat keberatan untuk meminjamkan basikalnya kepada Ali dan Ahmad sangat terkejut apabila mendengar berita tentang kejadian yang dahsyat itu. | Tatabahasa | 27.07.2010 |
Kata Penguat 1. (a) David "amat" keberatan untuk meminjam basikalnya kepada Ali. (b) David keberatan "amat" untuk meminjam basikalnya kepada Ali. 2. (a) Ahmad "sangat" terkejut apabila mendengar berita tentang kejadian yang dahsyat itu . (b) Ahmad "sangat" terkejut apabila mendengar berita tentang kejadian yang dahsyat itu . Apakah jawapan yang betul tentang soalan 1 dan 2 ? Terima kasih. | Yang betul ialah David amat keberatan untuk meminjamkan basikalnya kepada Ali dan Ahmad sangat terkejut apabila mendengar berita tentang kejadian yang dahsyat itu. | Tatabahasa | 27.07.2010 |
1) Adakah perkataan rapat BOLEH digunakan dalam ayat di bawah? Adik memeluk ibu dengan rapat apabila mendengar bunyi guruh. 2) Adakah selepas perkataan oleh di bawah boleh disertakan kata ganti nama diri kami? - Kuih-muih yang terhidang di atas meja itu dimakan oleh kami. 3) Adakah penggunaan perkataan berulang-ulang kali betul dalam konteks ayat di bawah? Peserta yang berjaya itu menjerit-jerit kegembiraan berulang-ulang kali. 4) Adakah kata ganda sampah-sampah boleh digunakan dalam ayat di bawah? - Sampah-sampah berserakan di tepi bangunan itu. | 1. Adik memeluk ibu dengan rapat apabila mendengar bunyi guruh. Adik memeluk ibu dengan erat apabila mendengar bunyi guruh. 2. Kuih-muih yang terhidang di atas meja itu dimakan oleh kami. Kuih-muih yang terhidang di atas meja itu kami makan. 3. Peserta yang berjaya itu menjerit-jerit kegembiraan berulang-ulang kali. Peserta yang berjaya itu menjerit-jerit kegembiraan. 4. Sampah-sampah berserakan di tepi bangunan itu. Sampah sarap berserakan di tepi bangunan itu. | Tatabahasa | 30.07.2013 |
Saya ingin bertanya tentang fungsi klausa sebagai objek , berpandukan ayat contoh berikut "1. Semua orang ingin mendengar mengapa dia melakukan perbuatan itu. 2. Dia menjadikan budak itu anak angkatnya. adakah , klausa selepas kata kerja tersebut berfungsi sebagai objek? | Untuk makluman tuan, objek yang terdiri daripada kata nama hadir selepas kata kerja aktif transitif untuk melengkapkan maksudnya. Dalam ayat pertama, melakukan ialah kata kerja transitif yang menerima objek perbuatan itu bagi melengkapkan makna. | Tatabahasa | 24.09.2013 |
Tuan, saya selalu keliru dengan kata dari/daripada, seperti dalam ayat berikut yang manakah betul? (1)Tiba-tiba terpacul pertanyaan itu DARI mulut Adi tanpa disedarinya. (2)Tiba-tiba terpacul pertanyaan itu DARIPADA mulut Adi tanpa disedarinya. (3)Dia mahu mendengar sendiri DARI mulut Tina. (4)Dia mahu mendengar sendiri DARIPADA mulut Tina. (5)“Madihah…! Madihah…!” Panggilan DARI mama yang benar-benar membingitkan telinga Adi. (6)“Madihah…! Madihah…!” Panggilan DARIPADA mama yang benar-benar membingitkan telinga Adi. (7)"Kalau berubah bukan DARI hati tapi kerana seseorang, baik tak payah berubah.” (9)"Kalau berubah bukan DARIPADA hati tapi kerana seseorang, baik tak payah berubah.” (10)Berubah DARI perangai yang kasar kepada perangai yang lemah-lembut macam gadis-gadis lain. (11)Berubah DARIPADA perangai yang kasar kepada perangai yang lemah-lembut macam gadis-gadis lain. (12)Azeera duduk tidak jauh DARI mereka. (13)Azeera duduk tidak jauh DARIPADA mereka. (14)"Lokman, kalau nak berubah biarlah datang DARI hati yang ikhlas." (15)"Lokman, kalau nak berubah biarlah datang DARIPADA hati yang ikhlas." (16)Leman Rongak turut muncul tersengih-sengih DALAM mimpinya. (17)Leman Rongak turut muncul tersengih-sengih DI DALAM mimpinya. Terima kasih. | Dari dan daripada ialah kata sendi nama yang letaknya di hadapan frasa nama. kata sendi nama 'dari' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu atau masa. Sementara kata sendi nama 'daripada' hanya digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber atau unsur perbandingan atau perbezaan. Contohnya: Tiba-tiba terpacul pertanyaan itu daripada mulut Adi tanpa disedarinya, Dia mahu mendengar sendiri daripada mulut Tina dan “Madihah, Madihah!” Panggilan daripada mama yang benar-benar membingitkan telinga Adi. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 268. | Tatabahasa | 19.05.2012 |
1) Adakah perkataan membuka telinga sesuai digunakan dalam ayat di bawah? - Manisah membuka telinga untuk mendengar perbualan rakannya melalui telefon. 2) Adakah perkataan SANGAT GUNDAH-GULANA SESUAI digunakan dalam ayat di bawah? - Puan Gayah sangat gundah-gulana apabila memikirkan tingkah laku anak lelaki tunggalnya itu. 3) Adakah perkataan GENTING LEBIH TEPAT JIKA DIBANDINGKAN DENGAN PERKATAAN TEGANG dalam tempat kosong di bawah? - Bekalan air dan makanan di kawasan perperangan itu semakin _______________ dari sehari ke sehari. | 1) Membuka telinga bermaksud mendengar baik-baik. Ayat yang betul ialah Manisah membuka telinga untuk perbualan rakannya melalui telefon. 2) Menurut Kamus Pelajar, gundah-gulana bermaksud tersangat sedih sehingga badan menjadi lesu. Perkataan gundah-gulana boleh digunakan. Ayat yang betul ialah "Puan Gayah gundah-gulana apabila memikirkan tingkah laku anak lelaki tunggalnya itu." 3)Perkataan genting lebih sesuai digunakan dalam ayat tersebut. Bekalan air dan makanan di kawasan perperangan itu semakin genting dari sehari ke sehari. | Tatabahasa | 18.07.2013 |