| Jika keadaan mendesak, bolehkah digabungkan dua bahasa dalam satu perkataan (Bahasa Melayu dan Bahasa Arab) - imbuhan dalam Bahasa Melayu, dan kata akar dalam Bahasa Arab? Sekiranya boleh, adakah semua huruf perlu disengetkan (italic) atau kata akar sahaja? terima kasih. | Saudari, Ada perkataan dalam bahasa Arab yang telah diserapkan ke dalam bahasa Melayu yang menggunakan imbuhan seperti mengislamkan. Namun, tidak semua kata khas atau khusus yang perlu diberikan imbuhan dan boleh berdiri sendiri sebagai satu perkataan. Bagi perkataan yang tiada padanan atau dalam bentuk istilah, hendaklah dicondongkan dan tidak digalakkan menggunakan imbuhan. Terima kasih. | Lain-lain | 02.02.2011 |
| Globalisasi pada abad ke-21 jelas mendesak setiap pemimpin melakukan anjakan paradigma dalam tata cara mengurus sesebuah organisasi. Dunia pendidikan turut tidak terkecuali mengalami tempias gelombang arus globalisasi tersebut. Pada dasarnya, kecemerlangan sesebuah sekolah banyak bergantung pada kewibawaan pengurusan sekolah. Oleh itu, pengurusan sekolah abad Ke-21 memerlukan guru besar melakukan inovasi untuk memastikan kecemerlangan dan berdaya tahan. Bagi memastikan pengurusan inovasi sekolah terhasil, pengetahuan baru perlu sentiasa dicipta. Penciptaan pengetahuan baru merupakan interaksi antara pengetahuan eksplisit dan pengetahuan tasit yang dimiliki oleh guru besar. Bab ini merumuskan dapatan hasil kajian yang telah dijalankan berdasarkan persoalan kajian yang telah dibina. Perbincangan dapatan berkisar mengenai penggunaan pengetahuan tasit guru besar, penciptaan pengetahuan guru besar, pengurusan inovasi sekolah rendah, dan sumbangan pengetahuan tasit dan penciptaan pengetahuan terhadap pengurusan inovasi sekolah. Bab ini diakhiri dengan mengutarakan beberapa implikasi kajian bagi cadangan tindakan dan cadangan kajian lanjutan. | Sila jelaskan pertanyaan puan. | Lain-lain | 21.12.2014 |
| Perbezaan antara perkataan menundakan dan menangguhkan | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, menundakan bermaksud 1. menolak atau menolakkan, mendorong, menyorong 2. (kiasan) meminta supaya melakukan (mengadakan dll) sesuatu, mendesak. Menangguhkan pula bermaksud 1. mengundurkan (waktu), menunda waktu (sampai, hingga) 2. sengaja melambat-lambatkan, melengah-lengahkan (waktu dll) | Makna | 09.09.2011 |
| Salam, saya ingin bertanya sekiranya pihak DBP ada rancangan untuk mencetak naskah kamus bahasa arab-melayu keluaran DBP lagi? Sudah tiada lagi dalam pasaran. Terima kasih. | Perancangan menerbitkan beberapa judul dibuat mengikut keutamaan dan seperti yang kita sedia maklum keperluan yang paling mendesak ialah buku teks dan rujukan pelajar sekolah rendah/menengah dan institut pengajian tinggi. Penerbitan beberapa buah kamus termasuklah KamusĀ Arab - Melayu akan menyusul selepas itu. | Lain-lain | 19.09.2013 |
| Penggunaan perkataan Dato' dan Datuk?.Untuk makluman tuan,sblum ini saya pernah berkhidmat di Pej Sultan Kelantan.Sememangnya kami amat mengutamaan Protokol dlm penggunaan perkataan/bahasa bg urusan surat menyurat dgn VVIP.Saya difahamkn,Darjah Kebesaran yg d'anugerahkan olh Sultan gelaranya adlah Dato' manakala anugerah dr Ketua Menteri spt Melaka & P/Pinang gelaranya adlah Datuk.Klu blh pihak tuan dpt membuat penyelarasan dengan pihak berkaitan dlm pengunaan gelaran/perkataan tersebut,memandangkan sumbangan/jasa perkhidmatan drpd penerima darjah adlah berbeza.Seseorang yg memberi sumbangan dgn sangup berkorban untuk negeri,rakyat dan negara perlu diangkat darjatnya berbanding dgn seseorg peniaga yg berjya dlm perniagaanya.Sekian,terima kasih | Untuk makluman saudara kami maklum bahawa Dato' ialah gelaran kebesaran yang dianugerahkan oleh Sultan/Yang di-Pertuan Besar negeri-negeri Melayu. Manakala Datuk ialah gelaran kebesaran yang dianugerah oleh Yang di-Pertuan Agong (kerajaan Persekutuan) dan negeri-negeri yang tidak mempunyai sultan seperti Pulau Pinang dan Sabah. Pihak kami amat mengambil berat penggunaan gelaran ini dalam semua urusan yang berkaitan dengan gelaran ini. Walau bagaimanapun pihak media menyelaraskan penggunaan kedua-dua gelaran ini kepada Datuk sahaja bagi mengelakkan kekeliruan/kesilapan dalam penggunaan gelaran tersebut bagi mengatasi keperluan kerja mereka yang mendesak dan segera. Penyelarasan penggunaan gelaran ini dalam kalangan media adalah di luar bidang kuasa DBP. | Karya | 10.12.2010 |