apakah yang dimaksudkan dengan mentarbiah hati?? | Mentarbiah bermaksud mendidik, mentarbiah hati ialah mendidik jiwa. | Makna | 21.11.2012 |
Saya ingin kepastian tentang ayat di bawah ini. Yang mana penggunaan kata hubung yang betul? 1 Mendidik anak biarlah daripada kecil. 2 Mendidik anak biarlah dari kecil. | Ayat yang gramatis ialah "mendidik anak biarlah daripada kecil". | Tatabahasa | 17.08.2013 |
DBP, BERIKUT YANG MANAKAH ADALAH BETUL? (A)kesilapan ibu bapa dalam mendidik anak-anak ATAUPUN (B)kesalahan ibu bapa dalam mendidik anak-anak. Apakah perbezaan antara KESILAPAN dengan KESALAHAN? | Kedua-dua ayat (A) dan (B) betul. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, makna silap ialah tidak salah, tidak disengajakan; manakala makna salah ialah tidak benar, tidak betul. Kesilapan ialah salah yang tidak disengajakan ataupun khilaf. Kesalahan dimaksudkan sebagai tidak benar, tidak tepat, tidak betul, menyalahi hukum. | Makna | 10.06.2011 |
Difinisi: 1. Kualiti 2. Pendidik 3. Pendidikan 4. Dedikasi 5. Sahsiah. | Kualiti ialah darjah kecemerlangan biasanya yg tinggi, mutu. Pendidik bermakna orang yg mendidik, guru. Pendidikan ialah perihal mendidik. Dedikasi bermakna pengabdian diri, masa. Sahsiah keperibadian, peribadi. Untuk mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 20.09.2008 |
Salam, Harap beri komen pembentukan struktur dan penggunaan tatabahasa untuk ayat-ayat berikut: 1. Tanggungjawab ibu bapa ialah mendidik dan memberikan nafkah kepada anak-anak. 2. Tugas Mala ialah mencatatkan nama pelajar yang ponteng sekolah. | Kata pemeri (ialah dan adalah) tidak boleh diikuti oleh kata kerja. Ayat yang betul ialah: 1. Ibu bapa bertanggungjawab mendidik dan memberikan nafkah kepada anak-anak. 2. Mala bertugas mencatatkan nama pelajar yang ponteng sekolah. | Tatabahasa | 21.10.2011 |
jasa para guru yang mendidik kami selama ini (akan dikenang oleh kami). yang manakah satu betul? kami akan kenang, akan kami kenang, kami akan mengenang, akan dikenang oleh kami | Yang betul ialah 'akan kami kenang'. | Tatabahasa | 06.08.2008 |
pengertian pendidik,pengajaran dan pembelajaran | Pendidik ialah orang yg mendidik, guru. Pengajaran pula ialah perihal mengajar, segala sesuatu yg berkaitan dgn mengajar (spt cara atau sistem mengajar) atau segala sesuatu (cara, perbuatan, dll) yg diajarkan, ajaran. Pengajaran juga bermakna peringatan, pedoman. Pembelajaran ialah proses (kegiatan) belajar. Untuk mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan. Harap maklum. | Makna | 26.07.2008 |
assalam wbt. salam aidil fitri. mohon betulkan ayat-ayat ini. 1.Mak Ani sedang mententeramkan perasaan suaminya yang sedang sedih itu. 2.Tugas guru ialah mendidik anak bangsa manakala tugas pelajar ialah belajar bersungguh-sungguh. 3.Pemuda itu mengaku yang dia telah menceroboh masuk ke rumah orang kaya itu untuk mencuri barangan yang berharga. 4.Setiap manusia perlu mempunyai tatacara hidup yang baik dan berprinsip. terima kasih. wassalam. | 1. Mak Ani sedang mententeramkan perasaan suaminya yang sedih itu. 2. Tugas guru mendidik anak bangsa manakala tugas pelajar belajar bersungguh-sungguh. 3.Pemuda itu mengaku yang dia telah menceroboh masuk ke dalam rumah orang kaya itu untuk mencri barangan berharga. 4. Setiap manusia perlu mempunyai gaya hidup yang baik dan berprinsip. | Tatabahasa | 20.08.2013 |
apakah fungsi sastera moden? | Antara fungsi sastera moden ialah: 1. Untuk mendidik - unsur-unsur didaktik (contoh - novel Imam karya SN Abdullah Hussein). 2. Membersihkan jiwa manusia atau penawar jiwa - pembaca dan pengarang. - Puisi-puisi merdeka - semangat berjuang. - Novel-novel perjuangan. 3. Satu alat untuk mengenal cara hidup, alam fikiran sesuatu bangsa, tata nilai. 4. Berfungsi sebagai alat perjalanan (pelancongan) ke destinasi-destinasi tertentu dengan pengalaman sebenar tanpa perjalanan fizikal sebenar. (Contoh - Karya berlatar luar negara - karya terjemahan - Madu Dalam Saringan, Ranjau Sepanjang Jalan). 5. Berfungsi sebagai menghibur. Sekian dan salam. | Lain-lain | 28.03.2009 |
Apakah perbezaan antara "supaya" dengan "agar", contoh ayat, Menteri Pelajaran mengingatkan semua guru agar mereka perlu komited dalam menjalankan tugas serta mendidik pelajar dengan sepenuh hati. "agar" dalam contoh ayat di atas dikatakan salah. Apakah pilihan jawapan yang lebih sesuai, "supaya" ?? Bukankah "agar dan supaya" membawa maksud yang sama? | "agar" dan "supaya" berfungsi sebagai kata perangkai yg menerangkan maksud ayat sebelumnya, dan digunakan dalam situasi yang sama, contohnya; ia berpesan agar/supaya kami pandai-pandai membawa untung. Jawapan sama ada betul atau salah hendaklah dirujuk kepada pembuat soalan. Bagi DBP kedua-duanya boleh digunakan kerana membawa maksud yang sama. | Tatabahasa | 08.10.2012 |