Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.din.ding] | مندينديڠ

Definisi : 1. memasang (melekatkan) din­ding: ayah saya tidak ada, dia pergi ~ rumah Pak Ngah Talib; 2. berupa dinding, spt dinding: bukit-bukit yg dipenuhi hutan tebal ~ ke sebelah barat kampung saya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.din.ding] | مندينديڠ

Definisi : 1 memasang dinding: Kerja ~ dijalankan pd sebelah pagi. 2 menjadi sbg dinding (penyekat, pelindung dsb): Mereka tidak dpt lari lagi kerana terjebak di antara gaung yg ternganga di sebelah kiri dan bukit yg ~ di sebelah kanan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mendinding


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1 Ada pendatang-pendatang asing yang datangke negara kita menjalankan kegiatan yang melanggar undang-undang negara. pendatang-pendatang asing boleh digandakan selepas ada ? 2 a Banyak kanak-kanak yang bermain di taman itu ditemani oleh ibu bapa mereka. b Banyak orang dating ke pameran buku itu. Banyak boleh digunakan dalam ayat ini atau guna ramai lebih sesuai ? 3 sungguh comel sekali, terhebat sekali , amat bijak sekali ---- boleh menggunakan sama sekali ? 4 Ayat-ayat di bawah ini betul atau tidak dari segi tatabahasa? a Telah ditempah oleh ibu baju raya. b Pelajar-pelajar ponteng sekolah pada saat-saat begini. c Kamu bertolek ke Tawau pada pukul berapa ? d Keputusaanya bergantung kepada tawaran yang akan dikemukakan. e Masalah ini anda perlu menyelesaikan dengan segera f Makanan yang terhidang tadi pun dikatakan masakan Melayu g Bahagian dapur belum mendinding h Supaya peredaran darah baik, saya selalu makan herba.

1. Penggandaan perkataan pendatang adalah lewah.

2. Perkataan banyak juga boleh digunakan untuk orang.

3. Yang betul ialah sungguh comel sekali dan amat bijak sekali manakala terhebat sekali salah dari segi tatabahasa kerana imbuhan "ter" sudah menunjukkan darjah penghabisan.

4.a. Ayat tidak lengkap

b. Ayat ini betul. c. Ayat ini juga betul

d. Keputusannya bergantung pada tawaran yang akan dikemukakan.

e. Masalah ini perlu anda selesaikan dengan segera.

f. Ayat ini betul.

g. Ayat ini salah dan mengelirukan.

Tatabahasa13.07.2010

Kembali ke atas