Salam...yang mana yang betul... Saya mendoakan agar ibunya cepat sihat. atau... Saya mendoakan ibunya agar cepat sihat. Kenapa jawapan itu sebegitu. | Ayat yang betul ialah "Saya mendoakan ibunya agar cepat sihat." Kata kerja transitif "mendoakan" mesti diikuti oleh objek, iaitu ibunya. | Tatabahasa | 05.09.2013 |
Mohon tunjuk ajar, 1) Kita perlu sentiasa mendoakan agar ibu dan bapa sihat sejahtera atau 2) Kita perlu sentiasa berdoa agar ibu dan bapa sihat sejahtera? Terima kasih Tuan. | Kedua-dua contoh ayat yang diberikan betul, namun ayat ini menjadi lebih jelas sekiranya dimasukkan perkataan “kita” seperti contoh yang berikut: 1. “Kita perlu sentiasa mendoakan agar ibu dan bapa kita sihat sejahtera.” dan “Kita perlu sentiasa berdoa agar ibu dan bapa kita sihat sejahtera.” | Tatabahasa | 30.01.2024 |
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya mendoakan sesiapa pun yang membaca mesej ini supaya dirahmati dan dimurahkan rezeki oleh Allah. Nama saya Nazry Salam, seorang penulis bebas. Izinkan saya bertanya. Adakah pihak DBP ada rancangan untuk melanjutkan tarikh tutup penyertaan sayembara sains angkasa? Sekian sahaja. Jutaan terima kasih didahulukan. Wassalam. Nazry Salam | Wa`alaikumussalam. Saudara boleh terus merujuk pada laman sesawang DBP dengan klik pada capaian iklan tersebut atau terus menghubungi pihak urus setia. | Lain-lain | 24.12.2013 |
Salam Sejahtera. Mohon pandangan tuan untuk soalan di bawah: "Mohon rakyat jelata mendoakan kesejahteraan.................." kata wakil istana kepada rakyatnya. Jawapan yang paling sesuai, "tuanku" atau "baginda"? Terima kasih atas penerangan nanti. | Jawapan yang sesuai ialah "baginda" | Lain-lain | 13.08.2014 |
1. Adakah perkataan 'jarang' boleh dimaksudkan sebagai 'kadang-kadang'? 2. -menceritakan tentang/mendoakan agar dianggap salah kerana KKTransitif perlu diikuti dengan objek. Bagaimana dgn ayat seperti yg berikut: mencadangkan supaya/menyatakan bahawa/memaklumkan bahawa? 3. Bolehkan 'ia' dirujuk kepada haiwan, sedangkan tiada dinyatakan dalam Kamus Dewan, 'ia' boleh digunakan utk haiwan? | 1. Perkataan jarang juga bermaksud kadang-kadang kerana terdapat persamaan makna antara kedua-dua perkataan tersebut, iaitu tidak kerap. 2. Kata kerja transitif diikuti oleh objek, seperti dalam ayat "Dia memaklumkan bahawa murid itu telah pulang" - bahawa murid itu telah pulang merupakan objek kepada kata kerja transitif memaklumkan dan ayat bahawa murid itu telah pulang seolah-olah menjadi objek kepada kata kerja transitif itu. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga. 3. Ia selain kata ganti nama diri ketiga juga kata ganti benda yang dibicarakan. Merujuk makna yang tersebut ia boleh digunakan untuk benda yang dibicarakan termasuklah binatang. | Tatabahasa | 11.06.2010 |
bolehkah saya nak tanya soalan ? ”mencadangkan agar“ atau bercadang agar” atau kedua-duanya pun betul ? mendoakan agar atau berdoa agar? | Pnggunaan agar dalam kedua-dua frasa tersebut adalah betul. | Tatabahasa | 03.12.2013 |
Assalamu alaikum. Mohon diberikan ejaan Jawi perkataan-perkataan berikut: 1. Subtopik 2. i-Think 3. Berputus asa 4. Mendoakan 5. Sandaran 6. Haluan 7. Harimau 8. Zink 9. Pegawai Bank 10. Wawasan Terima kasih. | سوبتوڤيک٬ برڤوتوس اس٬ مندعاکن٬ ساندرن٬ ھلوان٬ ھريماو٬ زيڠک٬ ڤݢاواي بڠک٬ واواسن | Ejaan | 06.01.2017 |
Apakah ejaan yang betul untuk ucapan 'minal aidin wal faizin' yang biasa diucapkan pada hari raya? | Ungkapan "minal aidin wal faizin" ialah bahasa Arab yang diucapkan bagi mendoakan kebaikan kepada orang lain. Tiada ejaan standard dalam bahasa Melayu, kecuali pada kelazimannya dieja mengikut sebutan dalam bahasa Arab. Oleh itu, dalam konteks rasmi lebih baik digunakan ucapan dalam bahasa Melayu, seperti "semoga Allah menerima segala amalanmu". | Lain-lain | 30.04.2022 |
Saudara / Saudari: 1. Para pekerja syarikat itu tidak mendapat kata putus daripada majikan mereka tentang gaji mereka yang tertunggak (hingga ke hari ini / hingga hari ini)? 2. Puan Ramlah mendoakan perkahwinan antara Rashid dengan Balkis akan berkekalan (hingga ke akhir hayat / hingga akhir hayat)? 3. Dia tidak lupakan peristiwa pahit itu (hingga ke hari ini / hingga hari ini)? Saya kurang pasti sama ada (hingga ke) boleh digunakan bersama? Ada sebarang pengecualian? Ribuan terima kasih atas bantuan Saudara/Saudari. Sekian. Yang benar, Juian | 1. hingga hari in 2. hingga akhir hayat. 3. hingga hari ini. | Tatabahasa | 04.03.2008 |
Rangkai kata ini tidak terdapat dalam PRPM Apakah maksud "mengirimkan doa"? Adakah ia bermaksud mengirimkan doa kepada tuhan ataupun seseorang berdoa untuk kebaikan seseorang yang lain? | Kirim lazimnya digunakan dalam konteks sesuatu yang boleh dilihat secara fizikal seperti surat. Dalam konteks agama Islam, kita meminta alim ulama atau wali mendoakan kesihatan kita atau orang lain, dan kita tidak menggunakan istilah mengirimkan doa. | Tatabahasa | 16.07.2012 |