Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mendokong


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Beza mendukung dengan mendokongMendukung bermaksud membawa kanak-kanak kecil sama ada ia bercelapak pada pinggang (atau di belakang) atau dengan menyokong punggung kanak-kanak itu dengan sebelah tangan dan sebelah tangan lagi diletakkan di bawah ketiaknya atau disebut juga menggendong. Tidak ada kata terbitan mendokong dan dokong ialah sejenis buah-buahan.Makna06.07.2011
1.Dalam membangunkan negara atau dalam pembangunan negara?Manakah yang betul? 2.Kesalahan ejaan pada muka surat 131 Tatabahasa Dewan iaitu mendokong atau mendukung? 3.Kata majmuk yang mantap ada 15,mengapakah pada Tatabahasa Dewan(Edisi 2006)muka surat 132 ada hanya 14? 5.Meja itu terangkat oleh saya?Ayat itu betul atau salah? 6.Kekeliruan timbul antara ayat kerja transitif dengan ayat pasif songsang diri pertama iaitu pengamal bahasa berada dalam persimpangan sama ada menerima atau menolak kerana rata-rata mendukung ilmu kebahasaaan .Contoh: 1.Saya baca novel Badai Semalam(Ayat ini betul kerana merupakan ayat pasif sonsang diri pertama) Namun ayat ini dianggap tidak gramatis dalam konteks ayat kerja transitif ,sepatutnya menjadi 2.Saya membaca novel Badai Semalam(Ayat kerja tramsitif).Apa komentar tuan Munsyi?

1. Kedua-duanya betul.  2. Telah dibuat pembetulan kesalahanejaan tersebut dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, hal 134 (mendukung)  3. Dalam buku Tatabahasa DewanEdisi Ketiga, terdapat 14 kata yang telah mantap, walau bagaimanapun terdapat bentuk mantap yang lain (dibincangkan dalam bab tentang kata kerja).  5. Ayat itu betul.  6. Kedua-dua bentuk ayat tersebut betul, ayat pertama mengikut pola ayat pasif songsang diri pertama dan ayat kedua mengikut pola ayat aktif transitif.

Tatabahasa01.08.2008
Mohon maklumbalas pada penterjemahan saya pada ayat berikut: (Advocate for myself as a professional school counselor and articulate the purposes and goals of school counseling) Mendokong sebagai seorang kaunselor sekolah yang profesional dan menyatakan dengan jelas tujuan serta matlamat kaunseling sekolah. Terima Kasih.Advocate for myself as a professional school counselor and articulate the purposes and goals of school counselling. Menyokong saya sebagai seorang kaunselor sekolah yang profesional dan menyatakan dengan jelas tujuan serta matlamat kaunseling sekolah.Tatabahasa15.08.2014
Saya ingin bertanyakan mengenai usaha-usaha oleh pelbagai pihak yang bersusah payah memartabatkan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan sejak tahun 1957. Dan Apakah cabaran dan kekangan yang dihadapi oleh bahasa melayu di dalam usaha memartabatkan bahasa kebangsaan?Bahasa Melayu (Bahasa Malaysia) telah menjadi bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan. Jadi, setiap masyarakat perlulah mendokong bahasa rasmi ini dan digunakan secara meluas dalam sebarang urusan. Pihak kerajaan melalui Kementerian Pelajaran, Kementerian Penerangan, KeKKWa dan DBP telah menjalankan pelbagai program dan usaha untuk memartabatkan bahasa kebangsaan ini. Usaha ini masih diteruskan sehingga sekarang.Lain-lain27.08.2007
As-Salam Sidang Editor Khidmat Nasihat Bahasa DBP, Saya merupakan seorang pelajar sarjana yag kini sedang menjalankan kajian dlm bidang pendidikan bahasa Melayu berkaitan dengan isu penaksiran. Di sini saya ingin mendapatkan penjelasan lanjut berkaitan ketepatan istilah dan ejaan yang digunakan bagi perkataan PENAKSIRAN & PENTAKSIRAN yg menimbulkan kekeliruan bagi pihak saya untuk membuat definisi yg tepat bagi kajian yg saya jalankan. Menurut tokoh bahasa yg dirujuk, perbezaan ejaan bagi perkataan taksir ini timbul akibat faktor espistemologi yg mendokong kefahaman seseorang ahli bahasa. Justeru saya mohon penjelasan lanjut berkaitan hal ini. Sekian terima kasih atas keprihatinan pihak editor memberikan perhatian yg sewajarnya terhadap hal ini.Dalam proses pembentukan kata bahasa Melayu, kata dasar yang bermula dengan huruf p, t, k dan s huruf pertamanya luluh dan digantikan dengan bentuk sengau yang dilafazkan pada tempat yang sama daerah artikulasinya (homorganik) dengan bunyi pertama dalam kata dasar, dan huruf n menggantikan huruf t. Contohnya tulis - menulis dan taksir (kira, hitung, nilai) - menaksir. Oleh itu, kata terbitan yang betul ialah menaksir, penaksir dan penaksiran. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan atau penyusun buku Tatabahasa Dewan antaranya Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim atau Prof. Dr. Hashim Haji Musa.Tatabahasa13.11.2011
Bolehkah tuan berikan saya jenis-jenis kata majmuk dalam Bahasa Melayu utk kegunaan diri dan pelajar saya?

Kata majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Jenis-jenis kata majmuk terbahagi tiga iaitu:

1) Kata majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas, contohnya guru besar, tengah hari dan balai raya.

2) Kata majmuk yang juga merupakan istilah khusus dalam bidang ilmiah, contohnya graf terarah, program bahasa dan analisis teks.

3) Kata majmuk yang mendokong maksud kiasan, iaitu simpulan bahasa, contohnya cakar ayam, lipas kudung dan anak emas.

Sila rujuk Tatabahasa Dewan halaman 131.

Tatabahasa16.01.2008
adakah bongkah polistirena dan bola ping pong serta penyambung "L" merupakan kata majmuk rangkai kata bebas?Kata majmuk ialah perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan beberapa kata dasar; bentuk yang terhasil membawa makna tertentu, dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, contohnya kapal terbang, ibu bapa sapu tangan dan sebagainya. Kata majmuk terbahagi kepada tiga jenis,  iaitu:

1) Kata majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas, contohnya guru besar, tengah hari dan balai raya.

2) Kata majmuk yang juga merupakan istilah khusus dalam bidang ilmiah, contohnya graf terarah, program bahasa dan analisis teks.

3) Kata majmuk yang mendokong maksud kiasan, iaitu simpulan bahasa, contohnya cakar ayam, lipas kudung dan anak emas.

kata majmuk yang mantap sahaja dieja satu perkataan iaitu warganegara, setiausaha, olahraga, jawatankuasa, tandatangan, suruhanjaya, tanggungjawab, kakitangan, antarabangsa, jawatankuasa, pesuruhjaya, matahari, bumiputera, sukarela, kerjasama, beritahu. Kata majmuk yang lain dieja dua perkataan
Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 133.

Jika merujuk kepada maksud tersebut, ini bermakna bongkah polistirena, bola pingpong dan penyambung 'L' merupakan kata majmuk bebas.

Tatabahasa29.12.2015
Salam sejahtera tuan/puan, Mohon jasa baik tuan/puan tolong menyemak terjemahan berikut: The programme believes that every individual can be excellent and the programme aims to nurture responsible and creative professional communication practitioners (Mandarin language) in supporting the country aspiration of enhancing global networking towards enrichment of the country’s economy. Terjemahan dalam bahasa Melayu: Program ini percaya bahawa setiap individu boleh menjadi cemerlang dan program ini bertujuan untuk memupuk pengamal komunikasi profesional (bahasa Mandarin) yang bertanggungjawab dan kreatif dalam menyokong aspirasi negara untuk menambah jaringan global ke arah peningkatan ekonomi negara. Terima kasih.Cadangan Padanan Terjemahan: Program ini yakin bahawa setiap individu boleh menjadi cemerlang. Program ini bertujuan memupuk pengamal komunikasi profesional (bahasa Mandarin) agar bertanggungjawab dan kreatif dalam mendokong aspirasi negara bagi mempertingkat jaringan global ke arah memperkaya ekonomi negara.Penyemakan dan penterjemahan14.08.2017
bagaimana hendak mengenal pasti kata majmuk? kemudian, adakah perkataan "sebagai",dan "ialah" juga merupakan kata majmuk? soalan kedua, perkataan "bersamanya", apakah yang dimaksudkan dengan perkataan "-nya"? adakah ianya adalah kletik? dan bagaimana hendak diterangkan dalam pembentukan kata bagi perkataan "bersamanya".Kata majmuk ialah perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan beberapa kata dasar ; bentuk yang terhasil membawa makna tertentu, dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, contohnya kapal terbang, ibu bapa sapu tangan dan sebagainya. Kata majmuk terbahagi kepada tiga jenis,  iaitu:

1) Kata majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas, contohnya guru besar, tengah hari dan balai raya.

2) Kata majmuk yang juga merupakan istilah khusus dalam bidang ilmiah, contohnya graf terarah, program bahasa dan analisis teks.

3) Kata majmuk yang mendokong maksud kiasan, iaitu simpulan bahasa, contohnya cakar ayam, lipas kudung dan anak emas.

kata majmuk yang mantap sahaja dieja satu perkataan iaitu warganegara, setiausaha, olahraga, jawatankuasa, tandatangan, suruhanjaya, tanggungjawab, kakitangan, antarabangsa, jawatankuasa, pesuruhjaya, matahari, bumiputera, sukarela, kerjasama, beritahu. Kata majmuk yang lain dieja dua perkataan
Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 133.

"Sebagai"  dan "ialah" bukan kata majmuk. "Sebagai" ialah kata sendi manakala "ialah" kata pemeri.  "nya" ialah kata ganti nama diri orang ketiga yang juga boleh berfungsi sebagai kata pembenda/penekan. Keterangan lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga , halaman 295.  

Istilah18.02.2009

Kembali ke atas