Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.do.ku.men.ta.si.kan] | مندکومنتاسيکن

Definisi : mengusahakan (dgn mengumpulkan, menyusun, merakamkan, dsb) sehingga tersedia sbg dokumentasi: persatuan-persatuan kaum berkenaan harus mempunyai unit penyelidikan dan doku­mentasi sendiri utk menyelidik dan ~ khazanah budaya mereka; seseorang pe­ngumpul cerita rakyat dapat ~ bahan yg boleh menjadi bahan kajian penting utk generasi akan datang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mendokumentasikan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam hormat, Mohon pengesahan bagi perkataan 1) PENDOKUMENTASIAN dan 2) SEDIADA/SEDIA ADA? Terima kasih.Pendokumentasian ialah usaha (kegiatan, proses, dsb) atau mendokumentasikan sesuatu. Ejaan yang betul ialah sedia ada. Terima kasih. Lain-lain23.10.2008
Nama saya Farouk Azim dan saya seorang penggemar bahasa yang berminat tentang bahasa-bahasa Orang Asli. Merujuk kepada artikel bertajuk "Orang Asli voices may go silent as languages face extinction" yang menyatakan JAKOA bersama DBP telah dan masih membuat kajian untuk bahasa-bahasa Orang Asli untuk menghasilkan kamus daripada hasil kajian tersebut, saya ingin mengetahui jika saya boleh mendapat apa-apa kemaskini status atau laporan tentang kajian tersebut? Di samping itu, saya ingin mengetahui jika ada apa-apa usaha lain untuk mendokumentasikan bahasa-bahasa Orang Asli menggunakan media seperti rakaman audio dan video supaya lebih mudah untuk seseorang mempelajari bahasa-bahasa Orang Asli? Saya berharap pihak DBP dapat memberikan jawapan kepada soalan-soalan saya.
Assalamualaikum wbt tuan yang dihormati,
 
DBP bekerjasama dengan KPM termasuklah pihak JAKOA bagi menjayakan Program UNESCO: Melestarikan Bahasa Sukuan dan Bahasa Daerah. Program ini melibatkan pengumpulan data lapangan dan pengesahan data entri untuk penerbitan Daftar Kata. Pihak kami juga sedang usahakan medan audio di dalam Sistem Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) untuk mendokumentasikan entri bahasa sukuan dan bahasa daerah tersebut. Berikut merupakan senarai projek UNESCO bahasa orang Asli yang sedang kami usahakan untuk tahun 2020, antaranya:
i)     Daftar Kata Bahasa Semai / ii)    Daftar Kata Bahasa Jedek/Jahai / iii)   Daftar Kata Bahasa Kanaq
    
Sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah menghubungi:               
Nor Azianti binti Abd Aziz,
Bahagian Peristilahan dan Leksikologi,
Tel.:  03 2147 9158
Lain-lain23.01.2020
Mohon semak tatabahasa dan nahu karangan .

Seminar Health in the Sustainable Development Goals (SDG) and Universal Health Coverage (UHC) and Health for Our Future Generation Foresight Workshop pada 11- 12 Ogos 2020.

Bahagian Perancangan Kementerian Kesihatan Malaysia selaku Urusetia kepada SDG&UHC bagi Sektor Kesihatan telah mengadakan Seminar Health in the Sustainable Development Goals (SDG) and Universal Health Coverage (UHC) and Health for Our Future Generation Foresight Workshop pada 11- 12 Ogos 2020  bertempat di National Health Institute (NIH), Setia Alam dengan kerjasama World Health Organization (WHO).

Seminar tersebut sebagai platform bagi membincangkan prestasi pencapaian sistem kesihatan negara dan untuk mendapatkan input tambahan, komen serta langkah penambahbaikan dalam mencapai sasaran SDG& UHC di Malaysia. Manakala bengkel pula bertujuan sebagai pengenalan kepada metodologi Foresight bagi Perancangan Strategik (Strategic Foresight) dalam Sektor Kesihatan yang merangkumi aspek Polisi (Policy), Sosial dan Nilai ( Social and  Value), Kewangan (Finance), Persekitaran (Environment)dan Perundangan (Laws and Regulation).

Seminar tersebut telah dihadiri oleh 120 orang peserta daripada pelbagai agensi seperti Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Medical Relief Society Malaysia (Mercy Malaysia)  dan pelbagai bahagian, di Kementerian Kesihatan. Turut hadir dalam seminar tersebut ialah  Dr. Jacqueline Lo Ying-Ru, wakil WHO untuk Malaysia, Brunei & Singapura dan Professor Pascale Allotey (Pengarah, United Nation University – International Institute for Global Health (IIUGH).

Sesi pembentangan dimulakan dengan Presentation Overview of SDG in Health Sector & UHC in Malaysia oleh Pengarah Bahagian Perancangan, Yang Berusaha Dr. Nordin Saleh dan seterusnya acara perasmian disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Penyelidikan dan Sokongan Teknikal (P&ST), Dr. Hishamshah bin Mohd Ibrahim.

Sebanyak lima (5) pembentangan telah diadakan bagi membincangkan pencapaian, isu dan cabaran serta hala tuju bagi indikator-indikator yang tersenarai di dalam kerangka SDG UHC. Ia merangkumi lima (5) tema utama iaitu  Reproductive, Maternal, Neonatal& Child Health, Health System & Service Capacity,Communicable Diseasesdan Urban & Environmental HealthsertaNon Communicable Diseases & Mental Health.

Sepanjang  seminar berlangsung, maklum balas, pandangan dan cadangan langkah penambahbaikan dalam mencapai sasaran SDG UHC daripada peserta telah dicatatkan. Output daripada  seminar ini akan dibukukan sebagai prosiding seminar untuk mendokumentasikan perbincangan setelah indikator dibentang.

Agenda ini disusuli dengan Health for Our Future Generation Foresight Workshop yang dikendalikan oleh Malaysia Industry-Government Group for High Technology(MIGHT). Adalah diharapkan bahawa peserta bengkel telah mendapat pengenalan dan pendedahan awal mengenai foresight bagi memudahkan mereka membuat  analisa dan merangka perancangan situasi kesihatan pada masa hadapan

Bahagian Perancangan Kementerian Kesihatan Malaysia mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan sesi seminar dan bengkel tersebut.

 

 

 

Tatabahasa19.08.2020

Kembali ke atas