....banyak menebang pokok atau menebang banyak pokok. bukankah kata kerja transitif mesti diikuti objek. | Frasa yang gramatis ialah "menebang banyak pokok". Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim berpendapat bahawa kata "banyak" mempunyai dwifungsi, iaitu sebagai kata bilangan tak tentu dan sebagai kata adjektif. Apabila "banyak" berfungsi sebagai kata bilangan tak tentu, kata itu boleh hadir selepas kata "menebang" dan frasa "banyak pokok" merupakan frasa nama yang menjadi objek kepada kata kerja transitif. | Tatabahasa | 05.07.2011 |
menebang pokok yang cenderung.. tuan, mengikut kamus, cenderung bermaksud 2 tidak tegak; condong; senget adalah ayat ini betul? bolehkah tuan kasi contoh yang sesuai untuk kegunaan cenderung dalam aspek tidak tegak. TQ | contoh ayat yang diberikan adalah betul. contoh lain ialah : meriam besi itu cenderung ke arah baruh. | Tatabahasa | 17.09.2011 |
selamat pagi...nak tanya biasa kita guna menebang pokok...tapi ada murid semasa ujian menulis memotong pokok...ada ini diterimakah? | Merujuk Kamus Dewan menebang bermaksud memotong pokok kayu dan memotong juga membawa maksud mengerat. Oleh itu, menebang pokok dan memotong pokok kedua-duanya betul bergantung pada konteks ayat yang digunakan. | Tatabahasa | 05.07.2013 |
Amalan menebang haruslah diamalkan sejak kecil lagi(betul atau salah?) | betul | Tatabahasa | 15.06.2011 |
tukar ayat aktif kepada pasif ayat: bapa saudara saya sedang menebang sebatang pokok kelapa di sebelah rumah barunya. | Ayat pasif: Sebatang pokok kelapa di sebelah rumah barunya sedang ditebang oleh bapa saudara saya. | Tatabahasa | 27.03.2012 |
Tuan, Tolong selesaikan kekusutan ini... 1."sudahkah __________ menyiapkan kerja sekolah yang saya berikan semalam?" tanya Cikgu Tan kepada murid-murid 6 Arif. a. anda b. kamu c. kalian d. awak 2. Para penduduk sedang ___________ dahan-dahan pokok di sepanjang jalan kampung itu. a. memotong B. memangkas C. menebang D. membelah. Terima kasih . | Yang paling tepat ialah b. kamu. | Tatabahasa | 27.04.2010 |
Tuan, Tolong selesaikan kekusutan ini... 1."sudahkah __________ menyiapkan kerja sekolah yang saya berikan semalam?" tanya Cikgu Tan kepada murid-murid 6 Arif. a. anda b. kamu c. kalian d. awak 2. Para penduduk sedang ___________ dahan-dahan pokok di sepanjang jalan kampung itu. a. memotong B. memengkas C. menebang D. membelah. Terima kasih . | 1. Jawapan yang betul ialah b. kamu. Seorang guru boleh menggunakan kata ganti nama diri kamu apabila bercakap dengan pelajarnya, tetapi seorang pelajar tidak boleh membahasakan seorang guru dengan panggilan kamu kerana guru merupakan orang yang dihormati dan tinggi kedudukannya dalam masyarakat. 2. Jawapan yang tepat ialah memangkas. Walau bagaimanapun, saudara telah tersalah mengeja perkataan memangkas pada jawapan B. Ejaan yang betul ialah memangkas, bukan memengkas. | Tatabahasa | 27.04.2010 |
Assalamualaikum wbt Encik. Saya ingin mendapat kepastian berhubung ayat di bawah sama ada betul atau sebaliknya. 1) Seorang pekerja yang baik sentiasa melaksanakan/menunaikan tanggungjawabnya dengan sebaik yang mungkin. 2) Polis itu tidak berasa gentar/gerun ketika berhadapan dengan sekumpulan perompak tersebut. 3) Pak Tua menggagahkan/menguatkan diri untuk menebang pokok rambutan di hadapan rumahnya dengan sebilah kapak. 4) Zainun agak gugup/gagap ketika menyampaikan pidato di hadapan para penonton. Terima kasih. | Perkataan yang betuk bagi ayat tersebut ialah; 1. melaksanakan tanggungjawab 2. tidak berasa gerun 3. menguatkan diri 4. agak gugup. Harap maklum. | Tatabahasa | 14.07.2008 |
soalan 1 Apakah beza antara kerat, potong,belah,cencang,cincang,rambah,cantas,memangkas bolehkah terangkan satu persatu. soalan 2 Adakah ayat ini betul. a)Dia tengah sedap melayan rancangan televisyen b)Di jalan mana kemalangan itu berlaku,Pak Mat? c)Anas sudah boleh bertutur dengan jelas. d)Jambatan yang roboh itu sudah di bina semula. e)"Makanlah nasi itu,nanti dingin pula,"kata ibu. | 1. Kerat sama makna dengan potong atau penggal. Belah bermaksud pecad dua atau tiga dan sebagainya. Cincang sama dengan cencang, iaitu tetak kecil-kecil atau halus-halus. Rambah bermaksud menebas atau menebang. Cantas sama dengan memangkas, iaitu memancung hujung dahan. 2. Ayat c, d dan e betul, walau bagaimanpun sila betulkan ejaan dibina (dalam ayat d). | Sastera | 03.07.2012 |
Apakah terjemahan yang paling tepat bagi "Malaysian Timber Council"? "Majlis Perkayuan Malaysia," "Majlis Kayu-Kayan Malaysia," atau "Majlis Kayu Malaysia"? | Untuk makluman tidak ada padanan bahasa Melayu yang khusus dalam pangkalan data kami untuk Malaysian Timber Council. Istilah bahasa Melayu untuk timber ialah kayu, kayu-kayan dan balak. Kayu bermaksud bahagian pokok yg keras yg digunakan utk membuat berbagai-bagai alat (perkakas rumah dll). Kayu-kayan bermaksud pelbagai jenis kayu. Perkayuan bermaksud segala jenis pekerjaan yg bersangkutan dgn kayu (spt menebang, membuat kerusi drpd kayu). Oleh itu, cadangan terjemahan ialah Majlis Perkayuan Malaysia atau Majlis Kayu Malaysia, bergantung pada konsep yang dimaksudkan. | Istilah | 24.10.2011 |