maksud 1. menjana pembangunan 2. menegakkan keadilan | 1. menjana pembangunan = bermaksud menghasilkan atau mengadakan pembangunan. 2. menegakkan keadilan - mengusahakan supaya menjadi kuat atau teguh (keadilan). | Tatabahasa | 28.03.2015 |
Dalam PRPM, kata 'istiqamah' dicantumkan dengan takrif 'Ar ketaatan menjalankan sesuatu suruhan secara terus-menerus (termasuk urusan agama); beristiqamah melakukan istiqamah: Jamilah sahajalah yg menjadi juruingat kepadanya selama ini utk terus ~ menegakkan sembahyang di surau.' Saya tertarik dengan kata 'juruingat'. Apabila dicari, tiada dalam PRPM. Mengapa? Apakah takrif juruingat? | Untuk makluman tuan, Kamus dewan berfungsi merakam perkataan yang banyak digunakan dalam kalangan masyarakat dengan merujuk data korpus. Itulah antara justifikasi sesuatu perkataan itu dimasukkan sebagai entri dalam Kamus. Juruingat membawa maksud tukang ingat dalam bentuk sistem kata nama. | Tatabahasa | 22.02.2019 |
Maksud istilah "Shahid" dalam ilmu tatabahasa Arab? | Maklumat yang kami berikan berdasarkan sumber rujukan kami, kamus terbitan DBP dan merupakan ambilan daripada sumber asalnya iaitu bahasa Arab. Syahid bermaksud: 1. saksi iaitu orang yang menegakkan atau mempertahankan kebenaran agama Islam; dan orang yang mati kerana agama Islam. | Makna | 02.12.2013 |
Salam 1Malaysia, saya memang menyedari bahawa frasa adjektif 'paling baik sekali' memang menyalahi hukum tatabahasa Melayu. Walakin, baru-baru ini anak didik saya menyatakan bahawa frasa tersebut boleh diterima pakai mengikut guru bahasanya. Adakah pernyataannya betul ataupun sebaliknya. Sila berikan penjelasan yang jelas untuk menegakkan kesahihan pernyataannya. Sekian. Munsyi K'Seven | Terdapat tiga jenis kata penguat: A. kata penguat hadapan, iaitu yang terletak di hadapan frasa atau kata adjektif. Contoh: terlalu, paling, agak, cukup; contoh ayat: pokok itu terlalu tinggi; masakannya paling enak;pemandangan di tasik itu cukup indah; harga emas makin mahal; jawapannya kurang tepat;B. Kata penguat belakang, iaitu kata yang letaknya di belakang kata adjektif. Contohnya: sekali, benar, betul dan nian. Contoh ayat: kelakuannya baik sekali; lambat benar dia datang; indah nian istana bunian; keputusan peperiksaannya buruk betul; C. Kata penguat bebas, iaitu letaknya boleh di hadapan atau di belakang kata adjektif. Contoh: amat, sangat, dan sungguh. | Tatabahasa | 28.03.2013 |
Saya mendapati rata-rata akhbar harian tidak menggunakan imbuhan pada tajuk atau subtajuk. Hal ini secara tak langsung menggalakkan orang ramai tidak perlu menggunakan imbuhan dalam penggunaan bahasa mereka. Bukankah DBP diberi mandat untuk memantau dan menegur pengguna bahasa yang tidak gramatis? Akhbar yang mempunyai pelbagai fungsi haruslah menjadi contoh yang baik dalam aspek menegakkan bahasa kebangsaan dan bukannya mencemarkan bahasa semata-mata untuk menjimatkan ruang. | Terima kasih atas pandangan saudara. Dewan Bahasa dan Pustaka sentiasa memantau penggunaan bahasa oleh masyarakat khususnya penggunaan bahasa dalam media cetak dan media elektronik dan seterusnya memberikan khidmat nasihat bahasa tentang penggunaan yang betul melalui pelbagai saluran seperti khidmat bahasa dalam talian, melalui telefon, faksimile dan juga kunjungan. | Lain-lain | 29.05.2008 |
Salam sejahtera, adakah kata "benang" dari segi kiasan membawa maksud tidak terputus-putus & bersambung-sambung? Sekian, terima kasih. | Benang ialah objek yang lembut dan dikendalikan dengan tenang, tekun dan sabar dek kehalusan dan kelembutan fitrahnya. Disebabkan itulah, benang terjelma dalam kiasan seperti Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain atau contoh lain Jangan menegakkan benang basah dan banyak lagi. Benang sukar diputuskan melainkan sengaja dipotong. Benang perlu dimasukkan ke lubang jarum untuk digunakan ketika menjahit. Fitrah benang yang lembut dan sukar putus itulah yang menyebabkan penggunaan dalam peribahasa mencapai maksud. | Makna | 14.05.2020 |
Adakah martir dan syahid (martyr) benda yang sama? | Jawapan 48932: Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan martir daripada Indonesia-Belanda diberikan takrifan orang yang mati teraniaya kerana mempertahankan agama (Roman Katolik), manakala syahid pula ialah perkataan Arab yang bermaksud saksi yang menegakkan atau mempertahankan kebenaran agama Islam, orang yang mati kerana agama Islam. Jawapan 48931: Carian kami mendapati frasa Independent Police Conduct Authority (IPCA) merupakan satu nama organisasi polis di New Zealand. Di Malaysia, organisasi yang mempunyai fungsi yang hampir sama ialah Independent Police Complaint and Misconduct Commission (IPCMC), iaitu dalam bahasa Melayunya Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis. Sehubungan itu, cadangan kami untuk frasa Independent Police Conduct Authority (IPCA) ialah Badan Berkuasa Bebas Tatatertib Polis. Sekiranya cadangan ini tidak menepati konsep penggunaan yang tuan maksudkan, sila berikan konteks penggunaan agar kami dapat mencadangkan terjemahan yang bersesuaian. | Istilah | 21.04.2019 |
Salam Pejuang Bahasa Melayu! Bolehkah anda bantu saya menterjemah frasa ini, "Independent Police Conduct Authority". Saya tidak pasti frasa yang tepat. | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan martir daripada Indonesia-Belanda diberikan takrifan orang yang mati teraniaya kerana mempertahankan agama (Roman Katolik), manakala syahid pula ialah perkataan Arab yang bermaksud saksi yang menegakkan atau mempertahankan kebenaran agama Islam, orang yang mati kerana agama Islam. | Makna | 21.04.2019 |