1. Adakah penggunaan frasa berikut betul atau tidak? Jika betul tolong sertakan contoh ayat. 1. Lembaran minda 2. Ufuk pemikiran 2. Yang mana satukah yang betul 'terutama' atau 'terutamanya'. Mohon penjelasan dan contoh ayat. | 1. Penggunaan frasa “lembaran minda” dan “ufuk pemikiran” boleh diguna pakai dalam ayat dan digunakan berdasarkan konteks dan kesesuaian dalam ayat tersebut. Contoh ayat ialah “Ufuk pemikiran" Pendeta Za'ba tentang bahasa sangat mendalam maknanya. dan Koleksi "lembaran minda" tokoh terkenal itu telah dibukukan. 2. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud perkataan “terutama” dan “terutamanya” tidak banyak perbezaannya. Kedua-duanya membawa maksud yang terpenting atau yang mustahak sekali. Fungsi kata "nya" dalam perkataan "terutamanya" bermaksud untuk menegaskan atau menguatkan sesuatu maksud itu. Contoh ayat, Lapisan sel pipih yang melapisi permukaan dalam pelbagai organ tubuh, “terutamanya” pembuluh darah, pembuluh limfa dan jantung. Ayat kedua, Hamzah menulis karangan-karangannya “terutama” untuk orang yang tidak mengetahui bahasa Arab dan Parsi. | Tatabahasa | 20.08.2022 |
1. Adakah nama mata pelajaran perlu ditulis dengan huruf brsar? Contohnya Sains / Matematk / Bahasa Melayu. 2. Pokok kelapa berliang-liuk atau melambai-lambai ditiup angin? 3. "Apatah / Apalah dayaku yang lemah ini untuk melawannya" keluh lelaki itu. Terima kasih. | Ya, mata pelajaran harus ditulis dengan huruf besar. Bukan pokok kelapa tetapi daun-daun kelapa melambai-lambai ditiup angin. Meliang-liuk lebih sesuai untuk gerakan yang lebih lembut seperti api lilin meliang-liuk ditiup angin. Apatah dan apalah boleh digunakan untuk ayat ini. Untuk makluman, kata penegas"-lah" ialah perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian tertentu dalam ayat. Partikel "-lah" digunakan untuk menegaskan frasa predikat atau bahagiannya. Partikel 'tah' ialah partikel untuk menyatakan pertanyaan dan soalan kepada diri sendiri. Jadi untuk ayat ini "apatah" agak lebih sesuai. | Lain-lain | 01.07.2014 |
Salam, 1. Adakah penggunaan 'si" di dalam ayat dibolehkan? Misalnya: terdapat dua orang raja. Mereka ialah adik-beradik. Si abang merupakan raja yang memerintah negeri Pinang. Manakala si adik pula memerintah negeri bayu. | Si ialah kata penyerta yg digunakan di depan nama orang (sbg timang-timangan, panggilan, ejekan atau sbg penghinaan): S~ Ali; ~ bisu; ~ bodoh; ~ bongsu; ~ hitam; ~ pencuri; 2. kata penyerta yg digunakan di depan nama sendiri (utk merendahkan diri): S~ Tuah tidak mahu menderhaka kpd tuannya; 3. kata penyerta utk menegaskan orang yg melakukan atau yg terkena sesuatu: ~ mati; ~ penjual; ~ piutang; ~ pencuri; ~ tertuduh. Harap maklum. | Tatabahasa | 28.07.2008 |
ISTILAH MELAYU UNTUK PERKATAAN: 1. COMMUNITY ENGAGEMENT 2. REINFORCES DORMINANT CULTURE NORMS 3. AFFIRMS YPUTH WORKER POWER | Untuk makluman istilah yang dikemukakan tidak ada dalam pangkalan data kami. Cadangan padanan bahasa Melayu adalah seperti yang berikut: 1. community engagement - keterlibatan masyarakat 2. reinforces dominant culture norms - memperkukuh norma kebudayaan dominan 3. affirms youth work power - menegaskan/menyatakan/mengesahkan tenaga kerja belia (terdapat beberapa padanan untuk affirm, bergantung pada konsep dan konteks penggunaan) | Istilah | 22.04.2011 |
Salam sejahtera; Tuan; 1. Benarkah partikel -lah boleh ditambahkan di mana-mana perkataan? 2. Betulkah ayat-ayat di bawah yang menggunakan partikel -lah itu betul dari segi penggunaannya. (a) Kita hendaklah berhati-hati semasa melintasi jalan raya. (b) Kita perlulah membasuh tangan sebelum dan selepas makan. (c) Kita wajarlah memanfaatkan masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah. (d) Kita patutlah menghormati guru dan ibu bapa. (e) Kita haruslah mematuhi peraturan sekolah. (f) Kita mestilah menjaga kebersihan diri untuk menghindarkan penyakit. Sekian terima. Bantuan yang diberikan amat dihargai | Dalam Kamus Dewan kata Lah ditakrifkan sebagai partikel atau kata tugas yang digunakan untuk menegaskan kata yang mendahuluinya serta terikat dengannya: seperti contoh ayat, Makanlah kuih itu, Janganlah kamu berasa segan. Begitu juga penggunaan lah dalam contoh ayat yang diberi adalah betul. | Tatabahasa | 25.06.2010 |
1. Kata kerja "mempunyai" tergolong dalam kata kerja transitif atau tak transitif ? 2. Kata adjektif "malu" tergolong dalam kata adjektif perasaan atau kata adjektif sifat/keadaan ? 3. Dalam kata "kedua-duanya", apakah fungsi "-nya" ? Adakah sebagai kata pembenda, kata ganti nama atau kata penegas ? | 1. Kata kerja mempunyai tergolong dalam kata kerja transitif kerana memrlukan objek yang terdiri daripada kata nama atau frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya. 2. Malu ialah kata adjektif perasaan sama seperti segan, suka dan sebagainya. Lihat buku Tatabahasa Dewan, halaman 231. 3. Kedua-duanya boleh menjadi kata penegas, iaitu menegaskan sesuatu/dua perkara yang diperkatakan dalam ayat yang sebelumnya. | Tatabahasa | 17.04.2010 |
saya nk bertanya,boleh anda jelaskan tentang "kepercayaan dalam pekerjaan beserta contoh". | Kepercayaan: 1. keyakinan atau akuan akan benarnya (adanya, berlakunya, dll) sesuatu, iman, iktikad: ada ~ yg mengatakan telur, ikan, dan daging menyebabkan bisul; kerajaan berusaha hendak menyatupadukan penduduk-penduduk negeri yg terdiri drpd berbagai-bagai kaum, keturunan, ~, fahaman, dsb; ~ kuno kepercayaan kpd yg kuno (kolot); 2. sesuatu yg dipercayai (diyakini, diterima sbg benar, dll); sudah jadi ~ yg turun-temurun sudah jadi sesuatu yg dipercayai turun-temurun; 3. keyakinan atau rasa pasti akan kejujuran (kebaikan dll) orang; ~ dan kejujuran orang terhadap aku harus aku pelihara sungguh-sungguh; kerana sudah beberapa kali diperdaya ~nya terhadap lelaki sudah tidak ada lagi; ~ akan (kpd) diri sendiri kepercayaan (keyakinan) pd kebolehan diri sendiri; mosi ~ Id usul (dlm parlimen dll) utk menegaskan keyakinan pd kebijaksanaan (kecekapan) pemerintah; surat ~ surat tauliah (surat mengesahkan pemiliknya benar-benar memegang jawatan dll yg dinyatakan); 4. boleh dipercayai, amanah (jujur dll): ini juga disuruhkan, tetapi biar orang ~ supaya jangan pecah rahsia ini; 5. orang yg dipercayai (diamanahkan sesuatu): perkara itu diserahkan kpd ~nya; | Makna | 11.11.2009 |
Wujudkah penggunaan hyphens (sempang '-') dalam tatabahasa Melayu? Sebagaimana yang ada dalam Bahasa Inggeris. Contoh: thirty-three, 40-years-old man, First-World-War veteran, "that ten-pound baby looks cute". Selain penggunaan sempang pada perkataan contoh: rama-rama, 80-an, dan ke-3. | Tanda sempang umumnya digunakan untuk mengurangkan kekeliruan. Antara fungsinya: 1. Menunjukkan dan menegaskan ejaan sesuatu perkataan. 2. Menunjukkan pertuturan yang tidak lancar. 3. Memisahkan angka yang berbeza fungsi. 4. Menggabungkan kata dasar yang dipendekkan untuk menyatakan sifat. 5. Menunjukkan kata ganda. | Ejaan | 22.12.2017 |
ASWT.. Saya ingin memohon huraian secara jelas mengenai pantun di bawah. Pohon maaf juga kalau saya tersalah tempat untuk bertanya. Berbanyak terima kasih. Yang merah itu saga, Yang kurik itu kundi, Yang indah itu bahasa, Yang molek itu budi. | Yang merah itu saga, Yang kurik itu kundi, Yang indah itu bahasa, Yang molek itu budi.
Secara umum, pantun di atas dikategorikan dalam Pantun Budi. Dalam baris 1 dan 2, dikenali sebagai pembayang atau sampiran. Pembayang pantun tersebut mengambil unsur tumbuhan, iaitu biji saga. Kundi juga adala sejenis biji saga yang digunakan untuk menimbang emas. Dalam baris 3 dan 4 pula dikenali sebagai maksud pantun yang menyatakan bahawa yang indah itu bahasa dan yang molek itu budi. Perkataan molek jika dirujuk adalah berkaitan dengan perbuatan yang berkaitan dengan budi. Jika dikaitkan dengan pembayang dan maksud pantun di atas, kita dapat lihat bagaimana kaitan tersebut dibuat oleh pencipta pantun ini. Dalam pembayang 1, penciptanya menegaskan bahawa biji saga itu berwarna merah dan jika dikaitan dengan maksud baris pantun ke 3, pencipta juga menegaskan bahasa yang indah itu bahasa. Manakala dalam pembayang ke 2 pula pencipta menyebut perkataan kundi yang digunakan untuk menimbang emas, iaitu sesuatu yang sangat berharga dan ini dikaitkan pula dengan maksud pantun dalam baris ke 4 yang menyatakan bahawa yang molek itu budi. Cuba lihat bagaimana pencipta tersebut mengaitkan kundi dengan budi, iaitu kundi yang dijadikan alat untuk menimbang emas dan budi pula ssesuatu yang sangat berkaitan dengan akal dan pekerti yang secara simbolik sangat dipandang tinggi oleh orang Melayu. Begitulah serba ringkas huraian daripada pantun di atas. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 06.07.2009 |
Tuan, berpandukan maksud ketiga perkataan "maka" dalam Kamus Dewan, "maka" bermaksud "bahawa". Jadi, soalan saya, bolehkah perkataan "maka" digunakan sebagai kata komplemen dalam ayat majmuk pancangan komplemen? Contoh ayat: 1. Orang itu menafikan maka dia mencuri dompet itu. Dalam ayat ini, "maka" bermaksud "bahawa". Namun begitu, ayat ini menimbulkan kekeliruan pengguna bahasa. Pengguna bahasa akan keliru sama ada ayat ini bermaksud "Orang itu menafikan bahawa dia mencuri dompet itu", atau "Orang itu menafikan lalu dia mencuri dompet itu." Hal ini kerana selain bermaksud "bahawa", perkataan "maka" juga bermaksud "lalu, dan". Contoh-contoh ayat lain: 2. Lee Kian mendengar maka ada satu peraduan menyanyi yang akan diselenggarakan pada Isnin hadapan. 3. Cikgu Rabiatul mengatakan maka sesiapa yang bising tidak dibenarkan balik. 4. Kerajaan menegaskan maka walau dalam apa jua keadaan pun, rakyat Malaysia mesti bersatu. 5. Encik Wong berasa maka di sebalik lelaki yang berjaya pasti ada seorang wanita yang menyokongnya. Sebagai peringatan kepada tuan, semua perkataan "maka" dalam ayat 2,3,4 dan 5 bermaksud "bahawa" dan memikul tugas yang sama dengan kata hubung komplemen. | Kata “maka” tidak boleh berfungsi sebagai kata komplemen. Maksud ketiga bagi “maka” yang bermaksud “bahawa” hanya dalam maksud seperti ayat contoh yang dirakamkan dalam kamus. Sebagai peringatan, terdapat dua kata komplemen dalam bahasa Melayu, iaitu untuk dan bahawa, sila rujuk Tatabahasa Dewan. 1"> | Tatabahasa | 07.12.2014 |