Ibu menegur adik kerana ________ lauk gulai makanan mereka sekeluarga. a mencolek b.mencecap c. mencekau jawapan yang mana paling tepat? | B. Mencecap. T.kasih. | Tatabahasa | 14.08.2008 |
minta bantuan menegur bahasa untuk papan iklan | Sila pinda kepada KEDAI PAKAIAN dan hantar semula kepada Khidmat Pengesahan Bahasa DBP. | Lain-lain | 08.01.2013 |
Apabila menemui kesalahan bahasa dalam media cetak atau pelbagai media lain, untuk menegur atau membantu membuat pembetulan, yang mana satu langkah lebih baik a) menerusi pantau tegur bahasa (dbp) atau b) menegur terus kepada media berkenaan dengan menulis surat dan sebagainya. Terima kasih. | Pada pandangan kami kedua-dua langkah boleh diambil, iaitu melalui pantau tegur dan menulis terus kepada agensi berkenaan. DBP amat mengalu-alukan bantuan dan kerjasama daripada masyarakt pengguna bahasa untuk sama-sama memikul tanggungjawab dalam memastikan penggunaan bM yang betul dan seterusnya memartabatkan bM, bahasa kebangsaan kita. | Lain-lain | 06.08.2007 |
1. Zalala menanti dengan sabar kepulangan ibunya. 2. Menteri Dalam Negeri menegur kedegilan penganjur perhimpunan itu. | Sila jelaskan soalan saudara, walau bagaimanapun kedua-dua ayat tersebut betul, iaitu: 1. Zalala menanti dengan sabar kepulangan ibunya 2. Menteri Dalam Negeri menegur kedegilan penganjur perhimpunan itu. | Tatabahasa | 26.04.2012 |
Adakah betul penggunaan huruf besar dan huruf kecil untuk ayat ini? - "Hai, Amin!" Satu suara menegur Amin dari arah belakang. - "Saya rasa... kita harus bekerjasama membanteras kes buli di sekolah kita ini," kata Zhariff kepada rakan-rakannya. | "Hai, Amin!" Satu suara menegur Amin dari arah belakang. "Saya rasa, kita harus bekerjasama membanteras kes buli di sekolah kita ini," kata Zhariff kepada rakan-rakannya. | Tatabahasa | 03.11.2015 |
Adakah pihak DBP mempunyai hak untuk menegur pihak seperti KTMB berkaitan tiada penggunaan Bahasa Melayu pada laman web KTMB? Jika ada, semak sekali laman web MyRapid. Saya pelik mengapa mereka tidak menggunakan Bahasa Melayu dengan alasan laman web digunakan oleh semua orang dari pelbagai negara. Jika ingin dibandingkan, pengguna berBahasa Melayu lebih ramai berbanding yang berBahasa Inggeris. Selain itu, adakah pihak DBP mempunyai hak utk menegur pihak MRT Corp yang menggunakan sesetengah nama stesen bagi Laluan SSP dlm Bahasa Inggeris? Contohnya, Sri Damansara West, Sentul West, KLCC East, Bandar Malaysia North,Serdang Raya South&North dan Cyberjaya North. Lebih enak didengar jika perkataan 'West,East,North,South' ditukar ke Bahasa Melayu seperti KLCC Timur dan Sentul Barat. Harap pihak DBP dapat menyelesaikannya kerana penggunaan Bahasa Melayu semakin hari semakin berkurang. Terima kasih. | Dewan Bahasa dan Pustaka melaksanakan pemantauan penggunaan bahasa dalam semua media termasuklah media peragaan dan paparan. Pemantauan kesalahan penggunaan bahasa yang dibuat berserta dengan pembetulannya akan dikemukakan kepada pihak-pihak berkenaan untuk diambil tindakan pembetulan dan sebagainya. Usaha pemantauan memang dilakukan termasuklah surat-surat teguran yang dihantar kepada syarikat atau agensi kerajaan yang melakukan kesalahan dalam apa juga jenis paparan yang ditujukan untuk umum. Terima kasih kerana peka dengan kesalahan dan perkara berkenaan dan amatlah kami hargai. | Lain-lain | 03.03.2018 |
Yang manakah betul? 1. Seorang pengawas ( meneguri / menegur) Ahmad yang membuang sampah di lantai kantin. 2. Siti menatang semangkuk mi sup (menuju / dan menuju) ke meja makan. 3. Beberapa orang hakim sedang berbincang tentang (prestasi / persembahan) peserta pidato. 4. Aminah berkongsi bekal ( dengan / bersama-sama ) rakan-rakannya. 5. Para penonton menyaksikan (persembahan / prestasi) peserta yang berpidato di atas pentas. | 1. Seorang pengawas (menegur) Ahmad yang membuang sampah di lantai kantin. 2. Siti menatang semangkuk mi sup (menuju) ke meja makan. 3. Beberapa orang hakim sedang berbincang tentang (persembahan) peserta pidato. 4. Aminah berkongsi bekal (bersama-sama) rakan-rakannya. 5. Para penonton menyaksikan (persembahan) peserta yang berpidato di atas pentas. | Tatabahasa | 20.11.2013 |
Assalamualaikum, saya nak tanya pasal istilah ''hello'' iaitu istilah yang digunakan untuk menyapa, menegur atau menarik perhatian seseorang. Saya penat mencari istilah ''helo'' yang sesuai untuk bahasa Melayu dalam kamus-kamus, buku-buku dan sebagainya. Tapi hasilnya menghampakan dan mengecewakan. Saya tak jumpa istilah ''helo'' untuk bahasa Melayu. Tapi dalam kamus Melayu lama ada iaitu ''Amboi!'' tapi istilah itu jarang dipakai untuk menegur sebaliknya digunakan untuk menyatakan rasa hairan, kasihan, kagum dan sebagainya. Dalam masa yang sama, saya rasa malu dengan bahasa Melayu kerana istilah ''helo'' juga dipinjam daripada bahasa Inggeris iaitu ''hello''. Padahal. boleh saja jikalau diperkayakan, diciptakan dan disesuai dengan istilah tempatan. Oleh kerana ucapan ''salam'' atau ''assalamualaikum'' sering digunakan. Jadi, apa salahkan digunakan ''Sejahtera!'' untuk ''Hello!'' dalam bahasa Inggeris sebab ''salam'' bermaksud ''sejahtera''. Jikalau para pakar DBP dan pakar bahasa Melayu menyesuaikan dan menggunakan istilah ''Sejahtera!'' untuk ''Hello!'' dan ''Hi!'' dalam bahasa Inggeris. Saya berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan segala cadangan saya untuk kemajuan, perkembangan dan keaslian bahasa Ibunda kita iaitu bahasa Melayu. Semoga bahasa Melayu terus dimartabatkan dan dikekalkan keasliannya seperti apa yang diimpikan oleh pendeta Za'ba dan kita semua sebagai bangsa Melayu. Insya Allah, amin. | Kami ambil maklum pandangan tuan dan mengucapkan syabas atas keprihatinan tuan dalam hal ini. Satu lagi yang perlu kita fahami ialah praktikal penyusunan kamus. Kamus umum merakamkan penggunaan kata yang banyak digunakan dalam kalangan masyarakat. Penggunaan kata "helo" apabila memulakan perbualan dalam telefon amat banyak digunakan, bukti yang jelas dapat dilihat melalui penggunaan perkataan "helo" dalam filem-filem lama era Tan Sri P. Ramlee. Berkemungkinan jika pada suatu masa dahulu, masyarakat penutur jati menggunakan perkataan "sejahtera" atau "salam", maka perkataan itulah yang akan diambil dalam penyususnan kamus. Walau bagaimanapun cadangan tuan ini akan kami panjangkan kepada Bahagian Perkamusan dan Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, DBP untuk perhatian pihak mereka. | Istilah | 06.11.2015 |
Adakah pihak DBP menegur bank-bank di negara ini yang tidak menggunakan bahasa kebangsaan pada laman sesawang, misalnya laman sesawang Bank Muamalat dan laman sesawang Bank Hong Leong. Tiadakah badan yang boleh menguatkuasakan peraturan agar bahasa kebangsaan diutamakan kepada mereka? | Kami akan menyiasat perkara ini terlebih dahulu dan memaklumkan kepada pihak tuan untuk tindakan selanjutnya. Terima kasih. | Tatabahasa | 22.11.2014 |
Tuan, Ayat: Pustakawan menegur sekumpulan murid yang ............... bising semasa berada di dalam perpustakaan. Yang mana jawapannya : berbuat atau membuat | Kedua-dua perkataan, iaitu berbuat dan membuat adalah betul dan boleh digunakan dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 16.02.2012 |