Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ne.ka] | منکا

Definisi : menebak, menduga, mengagak: dapatkah kamu ~ mengapa orang itu datang menemui kita?; bukan semudah itu utk ~ hati manusia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ne.ka] | منکا

Definisi : mengagak apa yg sebenarnya; menduga: Dapatkah kamu ~ berapa harga barang ini? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
teka
Kata Terbitan : meneka, tekaan, peneka,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah maksud simpulan bahasa bagi serkap jarang? saya sudah mencari di dalam kamus tapi tiada ,jadi saya berharap agar DBP boleh membantu saya .terima kasihMaksud  simpulan bahasa "serkap jarang" ialah menuduh (meneka dan lain-lain) secara sembarangan atau agak-agak sahajaMakna12.06.2016
Tuan, dua ayat di sebelah yang manakah betul? 1. Wit cuba mengagak peristiwa itu. 2. Wit mencuba mengagak peristiwa itu. Saya merasakan bahawa "mencuba" lebih sesuai, kerana "mencuba" bermaksud berusaha untuk mencapai maksud. Jadi, "mencuba mengagak peristiwa itu" bermaksud "berusaha untuk meneka peristiwa itu". Adakah pendirian saya betul? (Sumber: Novel Hantu Gadis Opera, lembaran 19, terbitan Syarikat Pelangi)Kata mencuba lebih sesuai dalam konteks ayat tersebut. Mengambil ayat daripada sumber karya kreatif sebagai contoh untuk memahamkan aspek tatabahasa, perlu dielak kerana sebahagian karya kreatif tidak mematuhi seratus peratus peraturan tatabahasa.Tatabahasa20.03.2015

Kembali ke atas