Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ne.kan.kan] | منکنکن

Definisi : 1. menekan dgn sesuatu (pd), menindihkan sesuatu (pd), mendesakkan sesuatu (pd): Kamal ~ kepalanya pd pintu kuat-kuat; 2. mengucapkan kata (suku kata) dgn keras, mengeraskan suara utk menegas­kan: ia ~ suku kata yg terakhir; 3. sangat-sangat mementingkan, mengutama­kan, meni­tik­beratkan, menegaskan: Menteri Besar itu ~ bahawa semua rakyat drpd semua lapisan keturunan telah bersatu padu; tulisan ini ~ hubungan antara karya novelis-novelis ter-sebut dgn masyarakat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ne.kan.kan] | منکنکن

Definisi : 1 menggunakan sesuatu utk menekan; menindihkan sesuatu: Dia ~ kakinya ke leher perompak yg sedang terbaring itu. 2 mengucapkan kata-kata dgn keras; mengeraskan suara utk menegaskan sesuatu: Dia ~ bahawa dia tidak mengambil barang itu. 3 memberikan keutamaan kpd; mengutamakan: Ketua Pengarah ~ kepentingan bahasa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tekan
Kata Terbitan : bertekan, menekan, menekankan, tertekan, tertekan-tekan, tekanan, penekanan, penekan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
12. Pengerusi juga turut menekankan keperluan Leading by Example, ahli perlu menunjukkan contoh yang terbaik di samping mempunyai sikap yang dedikasi dan juga preservation strategi. Selain itu, sikap adil dan saksama juga ditekankan agar sesuatu keputusan yang dibuat adalah tegas dan tidak mempunyai sikap terlalu banyak bersimpati kepada anggota bawahan terutamanya kepada 6 kesalahan besar yang telah digariskan di dalam TLDM. Pengerusi juga mahukan kesemua ahli memastikan kepada 2 sistem berjalan lancar iaitu divisional system yang melibatkan anggota bawahan dan mentoring system yang melibatkan pegawai-pegawai yang berpotensi tinggi. Penekanan perlu diberikan kepada kedua-dua sistem tersebut dan ianya akan memberikan kebaikan kepada TLDM. Pengerusi menghendaki satu mesyuarat diadakan di peringkat Markas Panglima masing-masing bagi memastikan kedua-kedua sistem tersebut dilaksanakan serta setiap Panglima memastikan pelaksanaan perkara tersebut.Tidak ada pertanyaan yang dikemukakan. Maklumat yang tuan berikan berkaitan dengan minit mesyuarat. Untuk makluman tuan, dalam penulisan minit mesyuarat, Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam 2/1992 menjadi rujukan utama.  Minit mesyuarat ialah dokumen sulit jabatan dan format minit mesyuarat lazimnya ditentukan oleh jabatan masing-masing. Walau bagaimanapun pada kelazimannya dalam ruangan tindakan dimasukkan nama pegawai yang berkenaan (tanpa nama jawatan). Untuk maklumat lanjut, tuan boleh merujuk buku Bahasa Laporan oleh Asmah Haji Omar, terbitan DBP. Tuan juga boleh merujuk buku tatabahasa atau laman web kami untuk melihat contoh pembentukan dan penggunaan kata yang betul bagi memastikan ayat yang digunakan itu tepat.Tatabahasa13.01.2014
Mengapa perkataan 'koir' tidak dieja 'kuayer' sedangkan bahasa Melayu lebih menekankan aspek bunyi dalam pengucapannya ? Bunyi 'koir' ialah ko+ir (koir) bukannya kuayer. Perkataan Inggeris ini harus dieja dan dimelayukan menjadi 'kuayer'.Koir ialah padanan perkataan choir dalam bahasa Inggeris. Perkataan choir telah diterima pakai dalam bahasa Melayu dan disuai padan dengan sistem ejaan bahasa Melayu (c/ch - k). Penetapan ini telah diputuskan dalam peringkat Jawatankuasa Istilah (Kesenian) dan Kamus Dewan.Istilah08.12.2009
ingin mendapat maklumat yg terperinci berkaitan dengan topik kesantunan berbahasa yang menekankan tajuk bahasa tubuh yang merangkumi: 1)gerakan anggota badan 2)-kemahiran mempamerkan bahasa tubuh secara sopan dan sesuai dgn situasi -mengaplikasikan kemahiranKesantunan berbahasa meliputi aspek lisan dan tulisan. Dalam konteks lisan, santun berbahasa menyentuh aspek penggunaan bahasa yang betul, sapaan dan gerak tubuh penutur. Manakala dalam aspek tulisan, aspek santun berbahasa dikesan melalui penggunaan bahasa yang betul, indah dan menepati laras dan sapaannya. Sila rujuk buku-buku yang membincangkan  kemahiran berkomunukasi.Makna06.02.2008
Betulkah ayat berikut? Besar rumah kamu itu?Betul - Bentuk songsang untuk menekankan sifat rumah tersebut.Tatabahasa07.04.2009
Assalamualaikum tuan, saya ingin tahu adakah betul penggunaan "dari" dalam ayat ini. "Berapa ramai yang benar-benar menelusuri ibrah dari Perang Badar ini? Oleh itu, kami ini akan menekankan tentang serba sedikit ibrah dari kisah Ahli BadarAyat yang betul ialah "Berapa ramaikah yang benar-benar menelusuri ibrah daripada Perang Badar ini? Oleh itu, kami akan menekankan serba sedikit tentang ibrah daripada kisah Ahli Badar."Tatabahasa23.07.2021
Adakah ayat-ayat di bawah betul dari segi penggunaan tatabasa dan istilahnya? 1. Guru luar bandar perlu 'fahami' transformasi pendidikan negara 2. 'Justeru', amat penting sesebuah universiti menekankan nilai-nilai kemanusiaan dalam jiwa mereka. 3. Polis Rusia telah menahan sekumpulan orang,menurut jawatankuasa 'antikeganasan' negara. 4. Salah satu daripada letupan 'mensasarkan' pasar ikan di Baga Sola 'ketika' dua lagi berlaku di sebuah kem pelarian di luar bandar.Jawapan:

1. Guru luar bandar perlu 'fahami' transformasi pendidikan Negara. - Ayat ini tidak gramatis. Ayat yang tepat: Guru luar bandar perlu memahami transformasi pendidikan Negara.
2. 'Justeru', amat penting sesebuah universiti menekankan nilai-nilai kemanusiaan dalam jiwa mereka. - Perkataan justeru tidak boleh diletakkan di pangkal ayat kerana justeru merupakan penanda wacana. Contoh ayat: Saya amat menyayangi dia, justeru merancang untuk melamarnya hujung bulan ini.
3. Polis Rusia telah menahan sekumpulan orang, menurut jawatankuasa 'antikeganasan' negara. = Ayat ini tidak gramatis. Ayat yang lebih tepat: Polis Rusia telah menahan sekumpulan orang, berdasarkan keputusan jawatankuasa antikeganasan Negara.
4. Salah satu daripada letupan 'mensasarkan' pasar ikan di Baga Sola 'ketika' dua lagi berlaku di sebuah kem pelarian di luar bandar. = Ayat tersebut tidak gramatis. Ayat yang tepat: Salah satu daripada letupan menyasarkan pasar ikan di Baga Sola, manakala dua lagi berlaku di sebuah kem pelarian di luar bandar
Tatabahasa01.11.2015
Indonesia termasuk dalam kepulauan melayu Yang menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa pertuturan namun sekarang Indonesia menekankan bahawa negara Indonesia menggunakan bahasa indonesia.adakah bahasa melayu dan bahasa Indonesia berasal dari salah silah yang sama dan sekiranya bahasa Indonesia dari Salah silah bahasa melayu, mengapa Indonesia tidak mengiktirah bahasa melayu di Indonesia

Bahasa Melayu dan  bahasa Melayu Indonesia  dikatakan berasal daripada rumpun bahasa yang sama, iaitu Austronesia. Rumpun bahasa Austronesia ini pula terbahagi kepada empat, iaitu Polinesia, Melanesia, Mikronesia dan Nusantara.

Walau bagaimanapun, persoalan berkaitan dengan Indonesia tidak mengiktiraf bahasa Melayu di Indonesia bukanlah persoalan tentang bahasa dan pihak kami tidak dapat memberikan maklum balas berkaitan dengan perkara tersebut.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 3 – 40 berkaitan dengan sejarah dan variasi bahasa.
Lain-lain24.08.2023
Salam. Adakah menjadi satu kesalahan jika meletakkan nama pekan dihadapan nama ibu negeri untuk tujuan menekankan lokasi ? Sebagai contoh Ipoh Pasir Putih Nasi Ayam?Pembentukan nama yang betul dalam bahasa Melayu ialah "Nasi Ayam Pasir Putih Ipoh".Tatabahasa24.08.2015
apakah maksud rasialisme?Rasialisme ialah layanan berat sebelah atau sikap bermusuhan terhadap seseorang berasaskan keturunan bangsanya ; fahaman yang menekankan     bahawa suku kaum sendiri sahaja yang paling unggul.Makna29.07.2008
Buku teks BM Tahun 2 KSSR Semakan terbitan DBP, m/s 125. Hutan Lipur Ulu Bendul sangat indah. Air sungainya jernih dan sejuk. DBP sering menekankan bahawa penggunaannya merujuk kepada kata ganti nama diri ketiga, iaitu manusia. Akan tetapi, kebanyakan ayat yang digunakan oleh buku teks DBP ini menggunakan nya untuk merujuk benda bukan hidup. Harap ada penjelasan supaya tidak keliru. Terima kasih.Salam sejahtera,

MAKLUM BALAS ISU PERKATAAN –NYA DALAM BUKU TEKS BAHASA MELAYU TAHUN 2 SK

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

Dimaklumkan bahawa, selain berfungsi sebagai Kata Ganti Nama Diri Orang Ketiga, -nya juga tergolong dalam Kata Pascakata di bawah Kata Tugas. Bentuk

–nya tersebut berfungsi sebagai penekan dan pembenda. (Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga: 295)

Kata penekan ialah bentuk yang memberikan penegasan kepada kata yang bergabung dengannya. Contoh dalam ayat;

 

  1. Pokok durian itu nampaknya akan berbuah lebat. 
  2. Sesungguhnya kenyataan yang diberikan oleh saksi kedua itu benar.

Kata pembenda ialah bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama sebagai kata nama. Contoh dalam ayat;

 

  1. Lajunya ialah 100km sejam.
  2. Bukan kepalang sakitnya.
Sekian.
Lain-lain27.09.2021
1234

Kembali ke atas