Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.né.lé.fon] | منيليفون

Definisi : bercakap (memanggil) melalui telefon: dia telah ~nya dan menceritakan apa yg terjadi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.né.lé.fon] | منيليفون

Definisi : bercakap-cakap dgn orang di tempat jauh atau di tempat lain dgn menggunakan telefon: Dia telah ~ pihak polis utk memberitahukan kemalangan jalan raya yg baru berlaku itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menelefon


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Saya menelefon kawan saya. 2. Saya menelefon kepada kawan saya. Ayat yang betul ialah ayat 1(menelefon) atau ayat 2(menelefon kepada) ? Terima kasih.Ayat yang betul ialah Saya menelefon kawan saya.Lain-lain19.10.2010
Selamat sejahtera. Perlukah ayat di bawah ditambah dengan kepada? 1.Cikgu Tan menelefon kepada bapa Haris untuk membawa pulang Harris yang demam. Terima kasih.Penggunaan "kepada" tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat ini. Jawapan yang sesuai ialah, " Cikgu Tan menelefon bapa Haris supaya membawa pulang Haris yang demam."Lain-lain23.08.2023
Apakah cadangan terjemahan yang sesuai untuk "return call" yang merujuk kepada panggilan yang dibuat kepada seseorang yang telah membuat panggilan kepada anda? Terima kasih

Padanan bahasa Melayu untuk return call ialah menelefon seseorang balik atau menelefon seseorang kembali.

Penyemakan dan penterjemahan27.03.2017
Boleh tuan terangkan perkataan pinjaman yang tak boleh diimbuhkan dgn mem atau men seperti biasa? Cth? Mensabotaj atau menyabotaj? Menkuarantikan atau menguarantinkan? Kenapa menelefon betul tetapi bukan mentelefon? Ada lampiran yang boleh saya dapatkan berkenaan persoalan di atas?

Awalan meN- mempunyai empat varian iaitu  me-/mem-/men-/menge- dan  penggunaannya bergantung pada huruf pertama kata dasar yang bercantum dengannya. Awalan yang betul bagi perkataan sabotaj ialah mensabotaj. Awalan meN- berubah menjadi men- apabila diimbuhkan dengan kata pinjaman yang bermula dengan huruf s dan bagi perkataan kuarantin ialah mengkuarantin,  awalan meN- berubah menjadi meng- apabila diimbuhkan dengan kata pinjaman yang  bermula dengan huruf k.  Bagi perkataan telefon pula ialah menelefon, awalan meN- menjadi me- apabila digabungkan dengan kata dasar yang bermula dengan huruf t. (Huruf t berubah menjadi n (bentuk sengau yang sama daerah artikulasinya (homorganik). Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan.

Ejaan11.11.2020
Nur Dania Izzani Aug 29th, 11:12pm Adakah pemenang pertndngan menulis cerpen sudah diumumkan?Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Sep 2nd, 9:25am Sila hubungi bahagian berkenaan dengan menelefon 30-2147 9207 Puan Zabidah Yahya atau Puan Norimah Bajuri Ketua Bahagian Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja 03-2147 9202.Lain-lain02.09.2014
Saya ingin bercakap mengenai penggunaan perkataan Bahasa Inggeris dalam kalangan masyarakat sehari-hari menggantikan perkaatan Bahasa Melayu yang agak/terlalu panjang terutamanya golongan remaja dan penduduk pusat bandar. Contohnya, 'call' ganti menelefon atau membuat panggilan, 'airport' kerana 'lapangan terbang' terlalu panjang, 'tie' ganti 'tali leher', 'shopping' untuk membeli-belah, 'game' untuk permainan (ini biasa), 'laptop' untuk komputer riba' dan banyak lagi. Sepatutnya diwujudkan perkataan yang lebih pendek dan mudah seperti mengambil perkataan yang sudah digunakan atau daripada bahasa lain. Saya mencadangkan contohnya 'keloi' daripada dialek Kedah untuk 'call', dan 'dasi/taler' untuk 'necktie' daripada B.Id atau yang arkaik. Terima kasihUntuk makluman tuan/puan, perkataan yang dicadangkan memang terdapat dalam Kamus Dewan dan boleh digunakan oleh semua pengguna sama ada untuk tujuan rasmi atau tidak rasmi. Sungguhpun demikian, pihak kami tidak ada kuasa untuk memaksa pengguna  supaya menggunakan perkataan tersebut, kecuali jika terdapat bahan/dokumen yang dihantar ke DBP untuk tujuan semakan kami.Istilah22.04.2018
Kepada editor, saya ingin membuat aduan kerana sejak July 2011. Saya memesan buku dewan pelajar tetapi hanya menerima 1 buku bulan ogos sahaja sehingga hari ini tidak menerima apa apa buku. Saya memesan mulai Julai 2011 hingga June 2012, saya menelefon/fax ke pejabat yang disenaraikan dalam buku tetapi tidak seseorang pun yang menjawab telefon. Harap tuan dapat menyiasat perkara diatas.Terima kasih atas makluman. Perkara ini akan disiasat dan tindakan telahpun diambil dengan menghantar naskhah kepada pihak puan.Lain-lain29.04.2012
Nurislamuddin Saruddin oh...jika saya ingin emelkan artikel, saya perlu emelkan ke emel yang mana satu yang betul? sbb ada banyak saluran emel. sekian.Terima kasih saudara. Sila layari laman sesawang DBP dan lihat panduan no telefon atau emel melalui rujukan Bahagian Majalah. Tuan boleh menelefon mana-mana pegawai berkenaan untuk mengetahui di mana artikel tuan sesuai diterbitkan. Jumlah majalah terbitan DBP ialah 12 majalah, iaitu Dewan Pelajar, Dewan Siswa, Dewan Sastera, Dewan Bahasa, Pelita Bahasa, Dewan Kosmik, Dewan Ekonomi, Dewan Masyarakat, Tunas Cipta, Dewan Bahasa dan Dewan Budaya.Lain-lain16.01.2014
Boleh kami dapatkan sebutharga untuk semakan tulisan JAWI?

Untuk makluman tuan, pihak DBP tidak membuat semakan dokumen dalam tulisan Jawi. Ejaan Jawi boleh disemak melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). Namun jika perkataan tersebut tiada, tuan boleh bertanya melalui Khidmat Nasihat DBP atau untuk pertanyaan yang ringkas tuan boleh menelefon nombor berikut 03-21479100/9200.  Untuk penerangan lanjut, tuan boleh menghubungi nombor berikut 03-21479691.

Lain-lain13.12.2023
1)Petikan - Kami menginap di hotel yang telah ditempah oleh pihak sekolah Soalan:-Perkataan menginap dalam petikan di atas bermaksud:- A) Sewa b) Tinggal C) Berehat d) Berkumpul 2) Petikan- Masa Bertolak 8.00 pagi Soalan:-Jika Ahmad ingin menyertai lawatan tersebut tiba di sekolah jam 8.15 pagi,apakah kemungkinan yang berlaku? a) Ahmad akan ketinggalan bas b) Guru Ahmad menunggu sehingga Ahmad tiba di sekolah c) Ahmad menelefon gurunya dan menyatakan yang dia lewat tiba di sekolah d) Tiada apa-apa berlaku 3)Tulis lima ayat lengkap berdasarkan gambar:- a) Niza membawa sup ayam ke arah meja - Perkataan ini ada kesalahan?1)Petikan - Kami menginap di hotel yang telah ditempah oleh pihak sekolah
Soalan:-Perkataan menginap dalam petikan di atas bermaksud:- A) Sewa b) Tinggal C) Berehat d) Berkumpul
Jawapan yang tepat ialah menumpang tidur sama ada di rumah, mahupun di tempat lain seperti hotel dan lain-lain.

2) Petikan- Masa Bertolak 8.00 pagi
Soalan:-Jika Ahmad ingin menyertai lawatan tersebut tiba di sekolah jam 8.15 pagi,apakah kemungkinan yang berlaku? a) Ahmad akan ketinggalan bas
b) Guru Ahmad menunggu sehingga Ahmad tiba di sekolah
c) Ahmad menelefon gurunya dan menyatakan yang dia lewat tiba di sekolah
d) Tiada apa-apa berlaku
Jawapan: Keempat-empat jawapan tersebut betul kerana soalan tersebut berbentuk andaian dan semua kemungkinan boleh berlaku.

3) Tulis lima ayat lengkap berdasarkan gambar:- a) Niza membawa sup ayam ke arah meja - Perkataan ini ada kesalahan?
Jawapan: Ayat tersebut tidak gramatis. Ayat yang lebih tepat: Niza membawa mangkuk berisi sup ayam menuju ke arah meja.
Tatabahasa06.11.2015
12

Kembali ke atas