| Sila sahkan terjemahan untuk "Riding the Digital Wave, Leading Transformation" Menempuh Gelombang Digital, Menerajui Transformasi | Kami mencadangkan padanan bahasa Melayunya ialah “Dia meletakkan panggilan itu dalam mod menunggu”. | Penyemakan dan penterjemahan | 12.03.2018 |
| Adakah peribahasa "akan datang pelangi selepas hujan" atau "selepas hujan munculnya pelangi" yang bermaksud suatu keindahan dalam kehidupan yang datang selepas menempuh cabaran atau dugaan boleh digunapakai dan wujud dalam pustaka. Terima kasih. | Dalam sumber rujukan kami tidak ada peribahasa “akan datang pelangi selepas hujan" atau "selepas hujan munculnya pelangi". Frasa yang puan berikan boleh digunakan bergantung pada kesesuaian konteks dan penggunannya dalam ayat. | Lain-lain | 30.05.2021 |
| Saya ada menghantar soalan pada 13 Mac, tetapi jawapan yang diterima pada 15 Mac tidak tepat. Berikut adalah emel yang saya terima: Salam sejahtera Soalan : Sila sahkan terjemahan untuk "Riding the Digital Wave, Leading Transformation" Menempuh Gelombang Digital, Menerajui Transformasi Jawapan : Kami mencadangkan padanan bahasa Melayunya ialah “Dia meletakkan panggilan itu dalam mod menunggu”. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka. Untuk rujukan lanjut, manfaatkan di alamat www.dbp.gov.my atau prpm.dbp.gov.my | Mohon maaf kami tersilap hantar jawapan untuk soalan lain. Menempuh Gelombang Digital, Menerajui Transformasi boleh diterima sebagai terjemahan untuk "Riding the Digital Wave, Leading Transformation". | Penyemakan dan penterjemahan | 19.03.2018 |
| Bolehkah pihak Tuan cadangkan peribahasa yang sesuai dengan maksud merujuk kepada suatu situasi di mana keindahan dalam kehidupan sesebuah keluarga itu datang selepas menempuh cabaran atau dugaan membesarkan anak yang mengalami masalah kesihatan. Peribahasa bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian kurang sesuai sebab ia bukan situasi susah ke senang. Sebaliknya lebih kepad kepayahan membesarkan anak yang sakit dan satu masa anak itu menunjukkan satu sinar yang membanggakan. Terima kasih atas kerjasama dan bantuan pihak Tuan. | Cadangan peribahasa yang sesuai ialah "Seperti pohon bambu (= buluh) ditiup angin" yang bermaksud Sanggup menderita kesusahan dengan sabar, dan apabila kesusahan telah berlalu, menegakkan kepalanya semula. Selain itu juga, saudara boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari https://prpm.dbp.gov.my/ dan masukkan kata kunci yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". | Lain-lain | 31.05.2021 |
| 1. Apakah istilah bahasa Melayu yang paling sesuai bagi majlis bagi pelajar tingkatan 5 dan tingkatan 6 yang akan menamatkan pelajaran mereka? Majlis yang diadakan itu ialah majlis yang meraikan kejayaan mereka menempuh cabaran untuk menghabiskan pelajaran mereka sepanjang 5 atau 6 tahun. 2. Jika pelajar tingkatan 5 yang akan tamat belajar perlu menerbitkan sebuah majalah, apakah istilah yang tepat bagi mejalah tersebut? Majalah Graduasi? Majalah Tamat Belajar? Terima kasih kerana meluangkan masa menjawab soalan saya. | 1. 1. Cadangan nama majlis yang sesuai bagi meraikan pelajar tingkatan 5 dan tingkatan 6 ialah “Majlis Apresiasi Pelajar Tingkatan 5 dan 6”. - Apresiasi bermaksud penghargaan atau penyanjungan terhadap usaha, sumbangan, bakti dan sebagainya (seseorang atau sesuatu pihak). 2. 2. Cadangan nama majalah ialah “Jejak Kenangan 2026”
| Lain-lain | 06.03.2026 |
| Berani mengejar impian, maju dengan penuh semangat, jangan terkalahkan oleh cabaran. Ingatlah, kejayaan sering kali terselindung di sebalik usaha dan ketekunan yang tidak diketahui orang. Tanpa mengira di mana dan pada bila-bila masa, yakinlah kepada kebolehan diri sendiri, pasti kalian dapat mencipta keajaiban yang menjadi milik sendiri. Adakah ucapan ini betul dari segi tatabahasa dan adakah ayat gramatis? Saya bimbang akan kesalahan penggunaan kata dan tatabahasa. | Berani mengejar impian, maju dengan penuh semangat, berani menempuh cabaran. Sesungguhnya, kejayaan terselindung di sebalik usaha dan ketekunan. Yakinlah akan kebolehan diri sendiri, pasti kalian akan dapat mencipta keajaiban di sebaliknya. | Tatabahasa | 19.01.2024 |
| Apakah ada perbezaan di antara MERENTAS dan MERENTASI? | Kata dasar untuk perkataan tersebut ialah RENTAS yang membawa maksud lintang; garis(an) ~ garis(an) yg melintang; keratan ~ keratan yg melintang; merentas 1. meretas, membuka, memutuskan: kena balung ayam kenantan habis direntas taji ayam orang sebelah; 2. melalui atau menempuh (sesuatu kawasan), memintas, melintasi, menjalani: jalan raya yg ~ negeri itu sangat banyak; kita ~ padang yg penuh dgn lalang; berlari ~ desa; 3. merintis; ~ jalan a) merintis (membuka) jalan; b) memintas jalan; 4. ki mencakup atau merangkumi: bahasa Melayu kini mampu ~ semua bidang ilmu; rentasan garisan dll yg merentas: nilaian n dapat diperoleh dr ~ graf pd paksi melintang dan ~ graf pd paksi tegak; salah satu cara yg mudah sekali utk menggambarkan kontur ialah dgn melukis ~; perentas (Mat) garisan lurus yg memotong dua atau lebih garisan lurus; ® retas. (Kamus Dewan Edisi Keempat). Pengimbuhan ialah proses yang menggandingkan imbuhan dengan kata dasar. Proses ini menghasilkan perkataan yang disebut kata terbitan. Imbuhan dibahagikan kepada empat jenis berdasarkan kedudukan imbuhan itu dalam perkataan. Empat jenis imbuhan ialah awalan, akhiran, apitan dan sisipan. Perkataan MERENTAS dan MERENTASI ialah kata kerja terbitan yang mengalami proses pengimbuhan awalan dan apitan. Contoh: - Awalan kata kerja me- (me+rentas)
- Apitan kata kerja me-...-i (me+rentas+i)
Perkataan merentas dan merentasi membawa maksud yang sama, contoh penggunaannya: - Jejambat yang merentas/merentasi jalan kereta api itu penuh sesak.
- Dia merentas/merentasi padang yang penuh dengan lalang.
| Tatabahasa | 07.02.2019 |
| salam saya mempunyai masalah mengenai mencari tema untuk majlis makan malam konvokesyen 2011. terdapat beberapa tema yang di uatrakan.. namun tidak mendapat sambutan. bolehkan oihka tuan dapat memberi sedikit idea istilah-istilah sastera yang ada kena mengena tentang graduan agar kami dapat membina ayat untuk majlis makan malam kami.... mohon perhatian pihak tuan/puan | Perkataan yang dicadangkan boleh dikaitkan dengan ilmu dan masa hadapan iaitu: 1. Mengungkai (mencari-cari untuk diselidiki) 2. Merentas 3. Meranduk (menempuh), misalnya Meranduk ranjau, meranduk arus 4. Mengorak 5. Gapura, Lawang (Pintu Gerbang) 6. Menyemai 7. Citra (imej) | Istilah | 22.04.2011 |
| apakah perbezaan di antara mengharungi sungai dan menyeberangi sungai? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat. perkataan "menyeberangi" bermaksud 1. pergi ke seberang sana sungai, jalan, dll, melintasi, mengharungi: dgn apa hendak diseberangi lautan? 2. ki me-nempuh (melalui, merasai) kesusahan dll: tiga kali kita ~ hidup, apabila ketiga kalinya telah diseberangi dgn selamat, bahagialah kita; Manakala perkataan "mengharungi" pula bermaksud 1. berjalan menyeberangi air (semak, sungai, dll), meranduk: takut ~ air yg deras; budak itu sedang ~ sungai; ~ belukar berjalan melalui belukar; 2. menempuh, melayari (lautan dll): sedang kami ~ lautan India, angin turun dgn hebatnya; kegagahan wau ~ angkasa; 3. ki menghadapi (mengalami) kesusahan (kesukaran dsb): kejayaan dicapai setelah ~ berbagai-bagai kesulitan; | Istilah | 08.04.2013 |
| Kisah ini saya tulis berdasarkan pengalaman sebenar saya semasa melalui ekspedisi itu. Adakah penggunaan melalui ekspedisi itu gramatis? | Ayat: Kisah ini saya tulis berdasarkan pengalaman sebenar saya melalui ekspedisi itu. Penggunaan frasa "melalui ekspedisi itu" kurang gramatis dalam konteks ayat tersebut tetapi sering digunakan dalam bahasa percakapan. Yang berikut merupakan contoh ayat yang lebih gramatis: 1. Kisah ini saya tulis berdasarkan pengalaman sebenar saya semasa menempuh ekspedisi itu. 2. Kisah ini saya tulis berdasarkan pengalaman sebenar saya sepanjang ekspedisi itu. 3. Kisah ini saya tulis berdasarkan pengalaman sebenar saya dalam ekspedisi itu. 4. Kisah ini saya tulis berdasarkan pengalaman sebenar saya yang terlibat dalam ekspedisi itu. | Tatabahasa | 11.10.2025 |