Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ne.mu] | منمو

Definisi : ark mendapat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menemu


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. Antara dua perkataan ini, mana yang lebih tepat penggunaannya: 1. menemuramah ATAU menemu ramah 2. menemuramahnya ATAU menemu ramahnya Terima kasih atas bantuan pihak DBP.

Penggunaan yang betul ialah;

1. menemu ramah

2. menemuramahnya

 

 

Ejaan19.04.2011
Saya ingin bertanya sama ada perkataan menemu ramah ditulis seperti di atas atau menemuramah. Ini kerana apabila saya merujuk pada Kamus Dewan edisi keempat ia ditulis seperti menemu ramah. Manakala apabila saya ingin mendapat kepastian dan menggunakan khidmat nasihat DBP online, saya dapati ejaan tersebut dieja seperti menemuramah dan terkandung dalam Dewan Pelajar. Justeru itu, saya ingin mendapat kepastian berhubung perkara tersebut. Terima kasih.Ejaan yang betul ialah menemu ramah. Perkataan temu ramah dieja sebagai dua perkataan dan apabila menerima imbuhan meN menjadi menemu ramah.Ejaan23.06.2008
"Saya menemu bual beberapa orang responden" Adakah "..orang" dalam ayat di atas dianggap sebagai lewah kerana responden itu sendiri sudah merujuk kepada manusia?

Saudara,

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, responden membawa maksud orang yang mem­berikan maklumat (menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dsb) dalam sesuatu kegiatan kaji selidik: kerja menemu bual memer­lukan kemahiran, membuat penyelidikan, dan meng­­­adakan hubungan mesra dengan responden atau pe­ngisah; 2. orang atau pihak yang didakwa dalam aduan atau rayuan yang dikemukakan ke mah­kamah.

Oleh itu, memadai sekiranya saudara hanya menggunakan responden sahaja dalam konteks ayat tersebut kerana responden merujuk kepada orang yang memberikan maklumat.

Tatabahasa05.08.2012
Panggilan untuk guru besar dalam perbualan ketika seorang murid menemu bualnya ialah a) Murid: Selamat pagi, cikgu. b) Murid: Selamat pagi, guru besar. mana satu ayat yang betul?

Saudari Nip,

Menerusi konteks ayat yang dikemukakan jawapan yang sesuai digunakan ialah cikgu.

Lain-lain17.09.2012
Assalamualaikum/salam sejahtera... Saudara, Saya Nurul Hannis Arba'ie dan merupakan salah seorang pelajar Kolej Mara Banting. Kini, saya sedang dalam proses untuk menyiapkan kajian saya mengenai karya-karya Faisal Tehrani. Di sini, saya mempunyai beberapa perkara yang saya harap pihak DBP dapat membantu saya untuk menyiapkan kajian ini. 1. Berdasarkan pengamatan saya, kebanyakan karya-karya Faisal Tehrani adalah terbitan DBP dan menerima anugerah Sayembara DBP. jadi, bolehkan saya mendapatkan e-mel beliau memandangkan saya dan 4 orang lagi rakan yang lain bercadang untuk menemu bual beliau. Temubual ini merupakan antara prosedur yang perlu kami lakukan sebagai metodologi kajian kami. 2. Kajian saya memerlukan saya menggunakan teori budaya dan teori antropologi. Jadi, adakah mana-mana buku keluaran DBP yang boleh dijadikan rujukan teori-teori ini? Saya berharap saudara sudi membantu saya dan segala bantuan saudara kelak saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. Sekian, terima kasih.

Waalaikumussalam saudara Layla Witra,

Untuk makluman saudara, saya tidak menyimpan alamat beliau dan mungkin saudara boleh berhubung dengan beliau melalui FB.

Untuk mendapatkan maklumat berkaitan buku-buku teori budaya dan antropologi yang diterbitkan oleh DBP, saudara boleh melayari laman web Pusat Dokumentasi Melayu (PDM) DBP http://pustaxa.gov.my. laman ini memaparkan KATALOG AWAM DALAM TALIAN (KAWAT). Cara menggunakannya ialah dengan menaip judul buku atau pengarang dan klik cari.

sekian, selamat mencuba.

Tokoh25.07.2011
apa perbezaan antara menyiasat dan menyelidik

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan menyiasat bermaksud 1. menyelidiki (memeriksa) sesuatu perkara yg belum terang, mencari keterangan bkn sesuatu perkara, mengusut: kerajaan berjanji akan ~ aduan-aduan itu; kalau disiasati dgn lebih teliti, agaknya mudahlah dijejaki pembunuh-pembunuh itu; 2. menghuraikan (sesuatu perkara dll), menyelidiki (utk mengetahui kebenaran dll), menelaah: doktor sedang ~ apa jenisnya penyakit itu; mereka mempercayai apa sahaja yg didengar dgn tiada ~ atau menguji kebenarannya; 3. menanyai atau menyoal (utk mengetahui sesuatu), menemu duga: mereka telah dibawa ke Ipoh utk disiasat.

Perkataan menyelidik pula bermaksud 1. memeriksa sesuatu yg belum terang, menyiasat utk mendapat keterangan dsb tentang sesuatu: beberapa orang pakar sedang ~ kemungkinan agama Islam dibawa dr negeri China ke Tanah Melayu; 2. mempelajari sungguh-sungguh (utk mengetahui sesuatu): biarlah aku selidiki buku-buku ini, barangkali fikiran dan mataku akan lebih terang; 3. mengintip (mengintai) musuh, menyuluh.

Istilah14.07.2009

Kembali ke atas