"Saya menemu bual beberapa orang responden" Adakah "..orang" dalam ayat di atas dianggap sebagai lewah kerana responden itu sendiri sudah merujuk kepada manusia? | Saudara, Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, responden membawa maksud orang yang memberikan maklumat (menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dsb) dalam sesuatu kegiatan kaji selidik: kerja menemu bual memerlukan kemahiran, membuat penyelidikan, dan mengadakan hubungan mesra dengan responden atau pengisah; 2. orang atau pihak yang didakwa dalam aduan atau rayuan yang dikemukakan ke mahkamah. Oleh itu, memadai sekiranya saudara hanya menggunakan responden sahaja dalam konteks ayat tersebut kerana responden merujuk kepada orang yang memberikan maklumat. | Tatabahasa | 05.08.2012 |
Wan Suhaila MON 09:39 Assalamualaikum. Saya Wan Siti Nursuhaila Wan Ab Halim, pelajar dari UiTM Melaka kampus Alor Gajah ingin menemu bual syarikat penerbitan tuan/puan untuk kaji selidik bagi subjek publishing kami. Segala maklum balas dan maklumat lanjut tentang kaji selidik ini bolehlah tuan/puan hubungi saya di talian 011-14891227 atau email wansitinursuhailasuhaila@gmail.com | Waalaikumussalam. Untuk membuat kaji selidik tersebut, puan boleh menghubungi Pengarah Jabatan Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka melalui talian 03-21479494, e-mel: khalik@dbp.gov.my. | Lain-lain | 06.02.2017 |
salam pihak kndbp, sy ingin bertanya mngenai frasa temu bual dan temu ramah. adakah kedua memberi maksud yang sama atay berbeza? sy ada terjumpa di mana kedua2 frasa tersebut digunakan dalam 2 situasi berbeza. temu bual utk tnya perihal masalh yg berlaku, manakala temu ramah pertanyaan mengenai hal peribAdi. cth; wartawan itu sedang menemu ramah pelajar cmerlang. wartawan itu sedang menemu bual saksi kemalangan tersebut. sekian, terima kasih. | Wa alaikumussalam. Perkataan temu bual dan temu ramah mempunyai maksud yang sama dan boleh digunakan dalam situasi yang sama. Tidak ada penggunaan khas untuk situasi berbeza. Maksud temu bual ialah temu ramah seperti yang dinyatakan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat: "pertemuan dengan seseorang untuk bersoal jawab (seperti antara pemberita dengan tokoh politik); temu ramah; wawancara. bertemu bual bersoal jawab untuk mendapatkan berita dan sebagainya (seperti antara pemberita dsngan tokoh politik); bertemu ramah; berwawancara. menemu bual menyoal seseorang (sepertt tokoh politik) untuk mendapatkan berita dan sebagainya; menemu ramah; mewawancara. penemu bual orang yang menemu bual; penemu ramah; pewawancara. | Istilah | 27.02.2017 |
Salam pihak DBP, sy ingin bertanya mengenai perbezaan perkataan Temu bual dan temu ramah adakah perkataan ini digunakan untuk situasi yang berbeza, cth; temu bual untuk menanyakan situasi kepada saksi, manakala temu ramah untuk menanyakan peribadi org yang ditemu ramah Wartawan itu sedang menemu ramah pelajar terbaik itu mengenai resepi kejayaannya wartawan itu sedang menemu bual saksi kemalangan tersebut terima kasih | Temu bual sama maksudnya dengan temu ramah | Makna | 14.03.2017 |
Assalamualaikum/salam sejahtera... Saudara, Saya Nurul Hannis Arba'ie dan merupakan salah seorang pelajar Kolej Mara Banting. Kini, saya sedang dalam proses untuk menyiapkan kajian saya mengenai karya-karya Faisal Tehrani. Di sini, saya mempunyai beberapa perkara yang saya harap pihak DBP dapat membantu saya untuk menyiapkan kajian ini. 1. Berdasarkan pengamatan saya, kebanyakan karya-karya Faisal Tehrani adalah terbitan DBP dan menerima anugerah Sayembara DBP. jadi, bolehkan saya mendapatkan e-mel beliau memandangkan saya dan 4 orang lagi rakan yang lain bercadang untuk menemu bual beliau. Temubual ini merupakan antara prosedur yang perlu kami lakukan sebagai metodologi kajian kami. 2. Kajian saya memerlukan saya menggunakan teori budaya dan teori antropologi. Jadi, adakah mana-mana buku keluaran DBP yang boleh dijadikan rujukan teori-teori ini? Saya berharap saudara sudi membantu saya dan segala bantuan saudara kelak saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. Sekian, terima kasih. | Waalaikumussalam saudara Layla Witra, Untuk makluman saudara, saya tidak menyimpan alamat beliau dan mungkin saudara boleh berhubung dengan beliau melalui FB. Untuk mendapatkan maklumat berkaitan buku-buku teori budaya dan antropologi yang diterbitkan oleh DBP, saudara boleh melayari laman web Pusat Dokumentasi Melayu (PDM) DBP http://pustaxa.gov.my. laman ini memaparkan KATALOG AWAM DALAM TALIAN (KAWAT). Cara menggunakannya ialah dengan menaip judul buku atau pengarang dan klik cari. sekian, selamat mencuba. | Tokoh | 25.07.2011 |
yang mana satu betul? 1. asal usul / asal-usul 2. sosio-ekonomi / sosioekonomi / sosio ekonomi 3. temu ramah / temuramah : menemu ramah / menemuramah 4. temubual / temu bual 5. barangkali / barang kali | Ejaan yang betul ialah: 1. asal usul 2. sosioekonomi 3. temu ramah, menemu ramah 4. temu bual 5. barangkali | Ejaan | 04.08.2014 |