Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : membuat (mengadakan, melakukan) temu ramah, menemu bual, mewawancara, menginterviu: wartawan-wartawan sedang ~ Timbalan Perdana Menteri me-rangkap Menteri Dalam Negeri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : menyoal utk mendapatkan berita dll; menemu bual. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ramah (adjektif)
Bersinonim dengan mesra, kencang, suka berkawan, pandai bergaul, receng mulut;,
Kata Terbitan : beramah-tamah, beramah-ramahan, meramahi, keramahan, keramah-tamahan, peramah,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin bertanya sama ada perkataan menemu ramah ditulis seperti di atas atau menemuramah. Ini kerana apabila saya merujuk pada Kamus Dewan edisi keempat ia ditulis seperti menemu ramah. Manakala apabila saya ingin mendapat kepastian dan menggunakan khidmat nasihat DBP online, saya dapati ejaan tersebut dieja seperti menemuramah dan terkandung dalam Dewan Pelajar. Justeru itu, saya ingin mendapat kepastian berhubung perkara tersebut. Terima kasih.Ejaan yang betul ialah menemu ramah. Perkataan temu ramah dieja sebagai dua perkataan dan apabila menerima imbuhan meN menjadi menemu ramah.Ejaan23.06.2008
yang mana satu betul? 1. asal usul / asal-usul 2. sosio-ekonomi / sosioekonomi / sosio ekonomi 3. temu ramah / temuramah : menemu ramah / menemuramah 4. temubual / temu bual 5. barangkali / barang kaliEjaan yang betul ialah:
1. asal usul 
2. sosioekonomi 
3. temu ramah, menemu ramah 
4. temu bual
5. barangkali
Ejaan04.08.2014
Assalamualaikum. Antara dua perkataan ini, mana yang lebih tepat penggunaannya: 1. menemuramah ATAU menemu ramah 2. menemuramahnya ATAU menemu ramahnya Terima kasih atas bantuan pihak DBP.

Penggunaan yang betul ialah;

1. menemu ramah

2. menemuramahnya

 

 

Ejaan19.04.2011
Salam sejahtera, saya Nithiya devi pelajar tahun 3 Pengajian Media Universiti Malaya. Saya dan rakan kuliah saya telah ditugaskan untuk memilih sebuah majalah dan menemu ramah editor majalah untuk mengetahui lebih lanjut tentang organisasi majalah tersebut. Oleh itu, kami telah memilih majalah Tunas Cipta untuk tugasan kami dan kami mengharapkan maklum balas daripada pihak tuan/puan untuk prosedur yang seterusnya. Kerjasama pihak tuan/puan amat kami hargai. Terima kasih.Salam sejahtera Untuk makluman tentang majalah tersebut puan boleh terus berhubung dengan Bahagian Majalah melalui sambungan 03-2147 9266 (Mohd Syukri). Sekian terima kasihLain-lain27.02.2017
Saya sebagai seorang pelajar sedang membuat kajian berkaitan perbezaan makna bagi perkataan yang sama iaitu. Seni budaya dan budaya seni. Boleh saya dapatkan lebih informasi mengenai perbezaan kedua makna tersebut dan mengapa ia mempunyai maksud yang berbeza, frasa dan konsep yang digunakan. Jika tidak keberatan, saya ingin menemu ramah seorang pakar bahasa sebagai kajian saya supaya lebih mudah untuk difahami.Mengikut hukum D-M, perkataan yang betul ialah Seni Budaya yang bermaksud jenis-jenis seni yang mengandungi unsur budaya seperti seni tari, seni rupa, seni lukis, seni muzik, seni teater dan lain-lain.Istilah19.03.2019
Salam pihak DBP, sy ingin bertanya mengenai perbezaan perkataan Temu bual dan temu ramah adakah perkataan ini digunakan untuk situasi yang berbeza, cth; temu bual untuk menanyakan situasi kepada saksi, manakala temu ramah untuk menanyakan peribadi org yang ditemu ramah Wartawan itu sedang menemu ramah pelajar terbaik itu mengenai resepi kejayaannya wartawan itu sedang menemu bual saksi kemalangan tersebut terima kasihTemu bual sama maksudnya dengan temu ramahMakna14.03.2017
salam pihak kndbp, sy ingin bertanya mngenai frasa temu bual dan temu ramah. adakah kedua memberi maksud yang sama atay berbeza? sy ada terjumpa di mana kedua2 frasa tersebut digunakan dalam 2 situasi berbeza. temu bual utk tnya perihal masalh yg berlaku, manakala temu ramah pertanyaan mengenai hal peribAdi. cth; wartawan itu sedang menemu ramah pelajar cmerlang. wartawan itu sedang menemu bual saksi kemalangan tersebut. sekian, terima kasih.Wa alaikumussalam.
Perkataan temu bual dan temu ramah mempunyai maksud yang sama dan boleh digunakan dalam situasi yang sama.  Tidak ada penggunaan khas untuk situasi berbeza.  Maksud temu bual ialah temu ramah seperti yang dinyatakan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat:
"pertemuan dengan seseorang untuk bersoal jawab (seperti antara pemberita dengan tokoh politik); temu ramah; wawancara. ber­temu bual bersoal jawab untuk mendapatkan berita dan sebagainya (seperti antara pemberita dsngan tokoh politik); bertemu ramah; berwawancara. me­ne­mu bual menyoal sese­orang (sepertt tokoh politik) untuk mendapatkan berita dan sebagainya; menemu ramah; mewawancara. penemu bual orang yang menemu bual; penemu ramah; pewawancara.
Istilah27.02.2017

Kembali ke atas