Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ne.mui]/[me.ne.mu.i] | منموءي

Definisi : mendapati, menjumpai: di seluruh halamanku, tidak kutemukan sekuntum mawar pun; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ne.mui]/[me.ne.mu.i] | منموءي

Definisi : 1. bertemu dgn, berjumpa dgn: orang-orang yg saya temui semua peramah; 2. pergi bertemu dgn, mengunjungi, men­ziarahi, melawat: aku pergi ~ seorang guru pelatih; 3. = menemukan berjumpa dgn apa yg dicari dll, mendapat, mendapati: polis kemudiannya telah ~ kereta yg digunakan oleh perompak-perompak tersebut; 4. = menemukan mengalami (kesulitan dll), menderita, merasai: perasaannya masih ter­lalu polos dan kurang mengerti akan ke­mung­kinan halangan-halangan yg ditemui orang lain; 5. mengetahui bahawa ada (apa yg tersembunyi dll), mengetahui ada, mendapati: kalau dibandingkan Tuhfat-al-Nafis dgn syair Acheh, kita dapat ~ kesamaan tertentu, misalnya mengenai peristiwa kematian Raja Haji; 6. bertemu menjadi satu (bersentuhan dll), menghubungi; 7. ark memenuhi (undangan dll), menepati: ia tidak pernah ~ janjinya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ne.mui]/[me.ne.mu.i] | منموءي

Definisi : 1 (dpt) bertemu dgn; (dpt) berjumpa atau bersua dgn: Dia masih belum juga ~ orang yg dicari-carinya. 2 pergi berjumpa dgn; menziarahi; melawati: Dia pulang ke kampung ~ kaum keluarganya. ~ ajal meninggal dunia; mati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
temu
Kata Terbitan : bertemu, menemui, menemukan, mempertemukan, pertemuan, penemuan, penemu,

Puisi
 

Air pasang surut ke hulu,
     Menemui baung mati terlentang;
Sudah dibawa buah mengkudu,
     Si baju gadung kuikut pulang.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, adakah "menemui" dan "menemukan" mengikut rumus siapa dan apa? Rumus tersebut ialah: - menemui siapa? - menemukan apa? Contoh: menemui kakak dan menemukan kesalahan tatabahasa dalam buku latihan Adakah "menemukan" dapat membawa makna yang sama dengan "menemui", iaitu "menemukan" juga merujuk orang seperti frasa "menemukan ibu di pasar"? Cikgu saya mengatakan bahawa "menemui" hanya untuk orang dan "menemukan" untuk objek tidak bernyawa. Tetapi ada pengguna bahasa yang mengatakan bahawa pihak DBP berkata "menemukan" dan "menemui" sama makna melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). Minta penjelasan.Menemukan bermaksud mendapat, iaitu menjumpai sesuatu yang dicari manakala menemui bermaksud bertemu dengan, berjumpa dengan seseorang atau pergi bertemu dengan, mengunjungi, menziarahi, melawat seseorang. Contoh:1. polis kemudiannya telah menemukan kereta yang digunakan.

Untuk ayat "menemukan ibu di pasar", sesuai apabila ayat itu bermaksud ibu sedang dicari dan akhirnya menjumpainya di pasar. 

Jika sekadar untuk berjumpa ibu di pasar, boleh digunakan ayat, "Saya ingin menemui ibu di pasar".

Sila lihat Kamus Dewan Edisi 4 untuk melihat perbezaan antara menemui dengan menemukan.

Untuk makluman tuan/puan, tidak semua kata kerja apitan men...-kan diikuti dengan objek tidak bernyawa dan apitan men...-i diikut objek bernyawa seperti yang dikatakan oleh guru tersebut.  Sila lihat buku Tatabahasa Dewan  Edisi Ketiga halaman 207.  Dalam halaman ini ada menyebut "Bagi kata kerja tertentu sahaja....."

Tatabahasa27.11.2014
Tuan, adakah "menemui" dapat digunakan untuk objek tidak bernyawa? Maksud saya apabila kita bukan mencari objek tidak bernyawa itu, tetapi menjumpai objek tidak bernyawa itu di sesuatu tempat. Dalam keadaan ini, bolehkah "menemui" digunakan? Atau "menemukan" mesti digunakan? Contoh ayat: 1. Saya banyak menemui telefon bimbit yang canggih di kedai itu. 2. Ibu menemui sayur-sayuran di pasar itu. 3. Adik menemui sebuah kotak di biliknya. (Adik bukan mencari kotak itu dan menjumpai kotak itu, tetapi menjumpai kotak itu dalam keadaan tidak sengaja.) Saya tidak dapat berfikir apa-apa ayat lagi untuk mengungkapkan maksud "menemui" untuk objek tidak bernyawa ini. Mungkin penggunaan ini terhad, tidak produktif. Jadi jika kita sekadar menjumpai sesuatu benda, iaitu objek tidak bernyawa, adakah kita menggunakan "menemui", atau masih "menemukan"?Menemui boleh juga digunakan untuk objek tidak bernyawa.  Sila lihat Kamus Dewan Edisi Keempat halaman 1648, menemui juga sama maksud dengan menemukan dalam aspek tertentu.  Ada konteks ayat yang perkataan menemui dengan menemukan boleh ditukar ganti penggunaanya seperti menjumpai sesuatu.

Untuk ayat 1, perkataan menemui atau menemukan, kedua-duanya boleh digunakan.  Menemui pada ayat ini bermaksud mendapati.

Akan tetapi untuk ayat 2 perkataan menemui sayur-sayuran tidak sesuai digunakan.  Di situ lebih bermaksud menemui atau bertemu dengan sesiapa. Tidak mungkin ibu bertemu dengan sayur-sayuran. 

Untuk ayat 3, kedua-dua menemui dan menemukan boleh digunakan saling berganti.
Lain-lain30.11.2014
Bolhkah tuan terangkan penggunaan 'menemukan' dan 'menemui'? Terima kasihKata kerja menemui bermaksud "bertemu dengan" sementara menemukan pula bermaksud "berjumpa dengan sesuatu yang dicari". Contoh ayat: Anuar akan menemui kawan lamanya di pusat beli-belah, Anuar telah menemukan kad pengenalannya yang hilang di dalam bilik tidur.Tatabahasa12.05.2010
Assalammualaikumm, Saya ada soalan berkenaan penggunaan perkataan "menemui" dan "menemukan". Untuk ayat ini, adakah penggunaan ayat ini betul? Bahasa Inggeris Asal: People may find other ways to save messages Bahasa Melayu: Pengguna mungkin menemui cara lain untuk menyimpan mesej Saya melihat beberapa rujukan yang menyatakan "menemui" boleh digunakan untuk objek tidak bernyawa dan penggunaannya sesuai untuk konteks berbeza. Saya kurang pasti untuk konteks Teknologi Maklumat, adakah penggunaan konsep ini sama. Terima kasih

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan menemui sama makna dengan menemukan, iaitu  berjumpa dengan apa yang dicari dan lain-lain, mendapat, mendapati. Oleh itu, penggunaan perkataan menemui dalam contoh ayat yang diberikan adalah betul. 

Tatabahasa19.07.2022
(menemui dan menemukan)ayat:Pasukan Bomba dan Penyelamat ___________mangsa yang hilang di Gunung Tebu dua hari yang lalu.mana yang betul?Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, menemui sama makna dengan menemukan, iaitu  berjumpa dengan apa yang dicari dll, mendapat, mendapati. Oleh itu, penggunaan perkataan menemui dan menemukan adalah betul.Tatabahasa09.02.2011
Saya menemui perkataan "Pacal kerical" di dalam kamus DBP yang bermaksud hamba yang hina. bolehkah perkataan ini dijadikan kata kerja. contoh: Memacal kericalkan. terima kasih.Dari segi pembentukan kata bahasa Melayu, kata nama seperti pacal kerical boleh menjadi kata kerja dengan menambah imbuhan pada kata nama tersebut. Contoh kata terbitannya ialah kata memacalkericalkan, dipacalkericalkan atau berpacal kerical. Jika kata terbitan tersebut menerima imbuhan apitan maka kata tersebut dieja rapat, tetapi jika kata tersebut menerima imbuhan awalan sahaja, kata tersebut dieja jarak seperti berpacal kerical.Tatabahasa07.09.2023
Apabila menemui kesalahan bahasa dalam media cetak atau pelbagai media lain, untuk menegur atau membantu membuat pembetulan, yang mana satu langkah lebih baik a) menerusi pantau tegur bahasa (dbp) atau b) menegur terus kepada media berkenaan dengan menulis surat dan sebagainya. Terima kasih.Pada pandangan kami kedua-dua langkah boleh diambil, iaitu melalui pantau tegur dan menulis terus kepada agensi berkenaan. DBP amat mengalu-alukan bantuan dan kerjasama daripada masyarakt pengguna bahasa untuk sama-sama memikul tanggungjawab dalam memastikan penggunaan bM yang betul dan seterusnya memartabatkan bM, bahasa kebangsaan kita.Lain-lain06.08.2007
Jika kita menemui kesalahan penggunaan bahasa yang digunakan oleh buku terbitan DBP. Di manakah boleh kita tujukan? Berikut ialah cadangan jawapan yang diterima oleh DBP: Cadangan penggunaan yang betul ialah wang simpanan, iaitu bermaksud wang yang disimpan untuk masa depan. Saya pun berpendapat begitu akan tetapi dalam buku teks BM Tahun 5, SJKC, KSSR Semakan, Terbitan DBP, muka surat 137, ditulis simpanan wang. Jadi keliru sikit di sini. Terima kasih.

Terima kasih,  pihak kami  ambil  maklum mengenai perkara ini. Pihak kami akan memanjangkan isu ini kepada bahagian  yang  bertanggungjawab untuk penambahbaikan.

Lain-lain28.10.2021
Saya tidak menemui di dalam kamus DBP sebarang perkataan antonim yang merujuk kepada perkataan "terdampar" dan "terkandas". Adakah sesuai sekiranya perkataan "terpelihara" sebagai antonim bagi kedua perkataan tersebut

Terdampar atau terkandas bermaksud tersekat di pertengahan jalan. Lawan bagi maksud berkenaan ialah berjaya sampai ke destinasi. Tidak semua perkataan mempunyai antonim satu lawan satu, seperti malas lawannya rajin. Oleh itu, sila rujuk kamus untuk mendapatkan sinonim dan antonim perkataan yang dicari.

Lain-lain07.11.2019
Saya tidak menemui perkataan pelusuk dalam kamus dewan edisi ke-4. Adakah perkataan ini boleh diguna pakai. Apakah ayat yg sesuai sebagai gantiannya?Ejaan yang betul ialah pelosok.Ejaan06.02.2015
12345678910...

Kembali ke atas