Salam sejahtera. Saya ada pertanyaan seperti ayat yang berikut: 1. Ali menendang bola sepak di padang. Adakah perkataan "sepak " tidak boleh wujud dalam ayat ini, sedangkan bola sepak merupakan kata nama. Ada banyak guru berpendapat bahawa "Ali menendang bola di padang. " adalah ayat yang betul. 2. Ali bermain bola di padang. 3. Ali bermain bola itu di padang. Berpandukan ayat ke -2 dan ke -3,adakah perkataan "itu "mesti ditambah dalam ayat? Sekian, terima kasih. | Salam sejahtera, 1. Jawapan yang tepat ialah Ali menendang bola di padang. Tidak perlu dimasukkan perkataan sepak. Untuk makluman, bola sepak ialah kata majmuk, bukan kata nama. Kata majmuk ialah bentuk yang dihasilkan melalui proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan lazimnya dieja terpisah. Kata majmuk dibezakan daripada frasa kerana tidak dapat disisipkan sebarang unsur antara unit-unitnya. 2. Ayat yang betul ialah Ali bermain bola di padang. Tidak perlu ditambahkan perkataan itu.
| Tatabahasa | 01.08.2015 |
1)Akmal menendang sekuat hati bola itu.2)Nisa menyuap dengan tertib makanan itu. 3)dengan bersukan , badan menjadi sihat. 4)Pak Mail memukul ular itu dengan sebatang kayu. | Ayat pertama dan kedua salah kerana memisahkan kata kerja transitif dengan objeknya. Ayat kedua dan keempat betul kerana mengikut rumus tatabahasa bahasa Melayu. | Tatabahasa | 10.03.2011 |
1. CIRI-CIRI PERBEZAAN AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF. 2. CIRI-CIRI PERBEZAAN AYAT BIASA DAN AYAT SONGSANG. | 1. Ayat aktif mengandungi kata kerja yang menutamakan subjek asal sebagai penerang, contohnya: Ali menendang bola. Ayat pasif mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul, contohnya: Bola ditendang oleh Ali. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 483. 2. Ayat dalam susunan biasa, subjeknya mendahuli predikat, seperti: Orang tua itu sangat rajin. Dalam susunan songsang, predikat yang biasanya hadir selepas subjek dipindahkan ke hadapan subjek, seperti: Sangat rajin orang tua itu. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 477. | Tatabahasa | 06.07.2011 |
Kepada péhak yang berkenaan. Saya ingin menarik perhatian pihak DBP untuk mengkaji huruf e bagi sebutan yang dapat membezakan dua kata yang berlainan makna tetapi sama éjaan. Contoh: 1. Perang (peperangan) - Perang (warna) 2. Sepak (perbuatan menampar) - Sepak (perbuatan menendang). Ramai pelajar sekolah rendah yang keliru dengan éjaan dan sebutan. | Pihak kami mengambil maklum saranan pihak tuan/puan. Walaupun begitu, untuk makluman awal merujuk buku Daftar Ejaan Rumi Bahasa Melayu, di bawah tajuk pola keselarasan vokal: e pepet boleh diikuti a, i, u dalam suku kata kedua/akhir tertutup, manakala e taling boleh diikuti a, e (taling), o dalam suku kata kedua/akhir tertutup. | Tatabahasa | 24.06.2014 |
1. kesedaran mengamalkan makanan sihat memang telah ada tetapi belum memuaskan, kebanyakkannya hanya mula menjaga atau mengubah tabiat makan bila telah menghidap penyakit walaupun ramai tahu mencegah adalah ubat yang paling baik sekali. 2. di zaman ini, adalah sangat sukar sekali untuk seseorang itu merealisasikan sesuatu maklumat. apa yang di klasifikasikan sulit dan rahsia, boleh menjadi pengetahuan umum dan mudah sekali menyebar ke pelusuk dunia. cuma hanya dalam sekelip mata sahaja. 3. adalah menjadi tanggung-jawab syarikat otomatif mempastikan keadaan kenderaan sentiasa berada ditahap terbaik sekali. sebelum dibenarkan bergerak di jalanraya dimana ini wajar menjadi pra-syarat utama sebelum kereta tersebut terjual. 4. akibat penceraian menyebabkan anak-anak akan menjadi liar atau sebaliknya menjadi pendiam dan pendendam, sebagai akibat perbuatan bapa yang kerap melepaskan ketik puas hati kepada anak-anak dengan memukul, menumbuk dan menendang dengan tujuan untuk menghilangkan fikiran terhadap kes penceraan itu. 5. mereka perlu mengenal pasti halangan-halangan yang mungkin mereka menghadapi supaya pencapaian yang mereka perolehi itu lebih baik. | Sila jelaskan soalan saudara. | Lain-lain | 08.12.2011 |
Bagaimanakah cara yang paling mudah untuk membezakan kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif? | Cikgu Ruzita terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. 1. Kata kerja transitif - kata kerja yg. mengandungi objek yg. terdiri drpd. frasa nama utk melengkapkan maksudnya. Cth: menendang bola, menaiki bas, manakala Kata kerja tak transitif berpelengkap ialah kata kerja yang memerlukan unsur pelengkap. Namun unsur itu bukanlah objek kerana ayatnya tidak boleh dipasifkan. Contoh: padi sedang menguning, pemuda itu tersenyum. Saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Bab 5 Golongan Kata dan Bab 13 Frasa Kerja. | Tatabahasa | 10.05.2009 |
Tuan, saya berharap bantuan dapat tuan berikan kepada saya. 1) memberi harus diikuti dengan penerima (lokatif) tetapi dalam kamus dewan perkataan memberi digunakan untuk benefaktif juga. Contohnya, memberi salam, memberi pinjam, dan sebagainya. Dalam definisi 'memberi' kamus pelajar edisi kedua yang ketiga pula ialah seperti yang berikut: 3 menyebabkan mendapat atau terkena sesuatu: Kita mesti berkelakuan baik dan jangan sekali-kali ~ malu kpd orang tua kita Tuan, sila bantu saya. 2) Selain itu, kata hubung 'akan tetapi' digunakan dengan salah kerana perkataan itu tidak wujud. Tolong jelaskan. 3) Dalam sebuah buku, frasa 'jus buahan' digunakan. Walaubagaimanapun, sejak kecil lagi kami belajar tentang jus buah-buahan. Dalam kamus tiada perkataan buahan kerana buah-buahan ialah kata ganda berimbuhan. Tolong saya dalam pemahaman begitu. | 1) Dalam buku Tatabahasa Dewan, awalan kata kerja meN- (termasuklah me- seperti dalam memberi) membentuk kata kerja aktif transitif dan kata kerja aktif tak transitif. Sebagai kata kerja aktif transitif awalan meN- menerima objek selepasnya seperti membaca buku dan menendang bola. Kata kerja aktif tak transitif tidak memerlukan objek selepasnya, seperti ombak memutih dan adik menangis. 2) Akan tetapi ialah kata hubung untuk menyatakan hal-hal yg agak berlawanan, maka penggunaannya hendaklah disesuaikan dengan konteks ayat tersebut. 3) Frasa yang betul jus buah-buahan. | Tatabahasa | 08.03.2014 |
mohon penjelasan penuh dari segi tatabahasa malaysia (cth; kata kerja, kata bilangan dan sebaginya); ayat berbunyi: (abang ceraikan kakak kamu, cerai,cerai,cerai) | 1. Kata kerja digolongkan kepada dua kumpulan utama: i. kata kerja transitif ii. kata kerja tak transitif. Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya.Cth. Murid sedang membaca buku; saya telah menjawab soalan sdr. Kata kerja transitif dapat dibahagikan kepada kata kerja yang berfungsi dalam ayat aktif dan kata kerja yang berfungsi dalam ayat pasif. kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya. kata kerja tak transitif dapat dibahagikan kepada dua subgolongan. iaitu kata kerja tak transitif tanpa pelengkap dan kata kerja tak transitif berpelengkap. Cth. kata kerja tak transitif tanpa pelengkap: semua orang pulang.; adik saya masih tidur. Cth. kata kerja berpelengkap: keadaan bapanya beransur baik.; mereka tinggal di Kampung Paya. Untuk keterangan lanjut, sila dapatkan buku Tatabahasa Dewan Edisi, terbitan DBP. 2.Kata bilangan boleh dibahagikan kpd. dua, iaitu kata bilangan kardinal (menyatakan jumlah secara keseluruhan, cth: dua, tiga puluh, empat puluh sembilan) dan kata bilangan ordinal (ditulis dgn. angka, cth: 2, 30, 49). Untuk makluman, kata ordinal kesatu boleh bertukar ganti dengan pertama yang merupakan pinjaman bahasa Sanskrit. 2. Kata kerja transitif - kata kerja yg. mengandungi objek yg. terdiri drpd. frasa nama utk melengkapkan maksudnya. Cth: menendang bola, menaiki bas). Kata kerja tak transitif - kata kerja yg. tak memerlukan penyambut/objek sesudahnya. Kata kerja jenis ini boleh dibahagikan kpd. dua subgolongan, iaitu: i) Kata kerja tak transitif berpelengkap (cth: Mereka tinggal di kampung, dia menjadi guru) ii) Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap (cth: padi sedang menguning, pemuda itu tersenyum). Untuk keterangan lanjut, saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, hal. 140- 145. | Tatabahasa | 25.04.2012 |
Salam Saudara/Saudari, 1) Mohon tunjuk ajar cara pengunaan ke dan kepada. (Mohon tunjukkan contoh sekali) 2) Apakah sinonim yang profesional bagi "dihantar"? 2) Adakah yang berikut betul? "Harap maklum bahawa permohonan anda telah dihantar kepada Jabatan X" atau "Harap maklum bahawa permohonan anda telah dihantar ke Jabatan X" | 1. Kata sendi nama "ke" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju dan digunakan juga di hadapan kata nama yang menunjukkan waktu atau masa. Contoh: i. Mereka akan ke Kuantan esok ii. Mereka mengadakan pemeriksaan dari semasa ke semasa. Kata sendi nama "kepada" terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan. Contoh: i. Sila kembalikan borang ini kepada kerani pejabat itu ii. Peserta bengkel dibahagikan kepada dua kumpulan iii. Keadaan ekonomi berubah kepada tahap yang lebih baik. 3. Apa yang dimaksudkan sinonim yang professional bagi "dihantar", tidak jelas. Berikut makna bahgi "hantar" 1 menemani, mengawani, mengiringi orang berjalan: Dia ~ neneknya pulang ke Ipoh. 2 membawa; mengirim: Posmen ~ surat ke rumah Ali. 3 memasukkan ke (sekolah dsb); membiayai pelajaran dll: Banyak ibu bapa yg ~ anak mereka belajar di sekolah itu. Setiap tahun, kerajaan ~ para pelajar ke luar negara utk melanjutkan pelajaran. 4 mengirim (membawa) ke sesuatu tempat utk sesuatu tujuan: Negara kita telah ~ dua orang peserta dlm perlumbaan itu. ~ manusia ke bulan; ~ pasukan tentera ke perbatasan. 5 memberikan (menendang, memukul dsb) bola, bulu tangkis dll: Bulu tangkis itu dihantar betul-betul atas garisan tepi gelanggang. menghantari menghantar sesuatu kpd; mengirimi: Dia dihantari sejambak bunga. hantaran 1 sesuatu yg dihantar; kiriman. 2 = wang ~ wang yg dihantar oleh pihak pengantin lelaki kpd pihak pengantin perempuan. 3 barang-barang spt pakaian, makanan yg berupa hadiah yg dibawa bersama wang hantaran oleh pihak pengantin lelaki utk pengantin perempuan. penghantaran perbuatan atau proses menghantar: Saraf tunjang mempunyai tugas yg berkaitan dgn ~ rangsang ke otak. penghantar 1 orang yg menghantar: ~ surat khabar. 2 alat utk menghantar. 3. Ayat yang betul, "Harap maklum bahawa permohonan anda telah dihantar ke Jabatan X" | Tatabahasa | 19.08.2015 |
Saya ingin tahu tentang: 1. Perbezaan perkataan a. mengandung denagan mengandungi b. boleh dengan dapat c. banyak dengan ramai 2. Sama ada betul atau salah frasa a. ....sehingga kepada anak cucu b.......sehingga ke malam c....sehingga anak cucu d. .....sehingga malam. Terima kasih | Encik Ishak, Jawapan soalan tuan adalah seperti yang berikut: 1 (a). Untuk makluman tuan, kata mengandung dan mengandungi mempunyai perbezaan makna dan fungsi. Kata mengandung membawa maksud, iaitu hamil. Contohnya, Halimah sudah mengandung kira-kira dua bulan. Manakala mengandungi membawa maksud berisi, memuat, atau membawa sesuatu dalam bekas dan sebagainya. Contohnya; Dokumen yang dibawa oleh Ali itu mengandungi maklumat yang rahsia. 1 (b) Kata boleh dan dapat merupakan golongan kata bantu yang menyatakan atau menerangkan yang berkait dengan perbuatan yang dilakukan. Walau bagaimanapun, kedua-kedua kata bantu ini mempunyai makna dan tugas yang berbeza. Kata dapat membawa maksud kemampuan atau keupayaan apabila kata dapat digunakan sebelum kata kerja, seperti dapat datang, dapat berlari dan dapat menendang. Oleh itu, kata dapat bermaksud perbuatan tertentu dan berupaya dilakukan atau berjaya dilaksanakan. Manakala boleh membawa maksud keizinan digunakan sebelum kata kerja, seperti boleh dimakan, boleh dipegang, boleh dibawa. Hal ini bermakna, dapat ialah kemampuan melakukan sesuatu, manakala boleh ialah diizinkan melakukan sesuatu. 1 (c) Ramai merujuk suasana orang yang ramai di sesuatu tempat manakala banyak orang merujuk bilangan orang yang terdapat di tempat berkenaan. 2. C. sehingga anak cucu D. sehingga malam | Tatabahasa | 13.05.2009 |