Jasa pahlawan-pahlawan Tanah Melayu menentang () haruslah diingat oleh rakyat Malaysia Apenjajah Bpengkhianat Cpenjenayah Dpemerintah Mana satu yang betul Terima kasih | Ayat yang betul ialah "Jasa pahlawan-pahlawan Tanah Melayu menentang penjajah haruslah diingat oleh rakyat Malaysia". | Tatabahasa | 22.03.2022 |
Kata ganti diri yang mana paling tepat?: 1. . Perbualan antara Tengku Nong dan pemuda kampung a) "Sekiranya mahu nyawa tuan hamba semua selamat, lebih baik jangan ingkar.Ada sesiapa yang mahu menentang hamba?" tanya Tengku Nong semakin angkuh. b) "Sekiranya mahu nyawa tuan hamba semua selamat, lebih baik jangan ingkar.Ada sesiapa yang mahu menentang patik?" tanya Tengku Nong semakin angkuh. c) "Sekiranya mahu nyawa tuan hamba semua selamat, lebih baik jangan ingkar.Ada sesiapa yang mahu menentang beta?" tanya Tengku Nong semakin angkuh. | 1. "Sekiranya mahu nyawa tuan hamba semua semua selamat, lebih baik jangan ingkar. Ada sesiapa yang mahu menentang beta?" tanya Tengku Nong semakin angkuh. | Tatabahasa | 23.04.2013 |
1)surat itu saya sudah kirim 2)cerpen itu mengisahkan tentang perjuangan menentang penjajah 3)Lampu-lampu di bandar itu dilihat sungguh indah pada waktu malam | Yang lebih gramatis adalah seperti yang berikut: 1. Surat itu sudah saya kirim. 2. Cerpen itu mengisahkan perjuangan menentang penjajah. 3. Ayatnya betul. | Tatabahasa | 17.11.2011 |
Ada kesalahan ejaan dalam entri 'bagas' dan 'menentang' PRPM. Angin dieja 'angina'. | Menurut data kami, perkataan bagas merujuk kepada 1. (berkenaan angin) kencang, kuat: angina paksa sedang kencang ~; 2. (berkenaan badan) tegap, kuat;kebagasan keadaan tegap (dan) kuat, ketegapan: baju menunggangnya yang mirip baju wanita itu tidak dapat menyembunyikan ~ badannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat). Perkataan menentang ialah 1 memandang tepat-tepat pada sesuatu; menatap: Lapang hatinya dapat ~ wajah anak yang dikasihinya itu. 2 melawan atau memerangi musuh dan lain-lain: Banyak perajurit yang telah terkorban dalam peperangan ~ musuh. 3 kiasan tidak menyetujui pendapat, usul dan lain-lain; tidak mematuhi peraturan, undang-undang dan sebagainya; menyanggah; membangkang: Tiada sesiapa yang berani ~ usulnya itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua). Selain itu, ejaan yang betul ialah angina dan penggunaaan istilah ini bergantung kepada bidang. | Lain-lain | 15.03.2019 |
Apakah perbezaan/maksud sebenar tantangan dan tentangan? Contoh; Tantangan/Tentangan daripada pihak lawan begitu kuat; Ahmad akan bertantang/menentang Ali di Liga Bola Sepak. Harap diperjelas, terima kasih. | Menurut data kami, maksud tantangan ialah ajakan untuk berkelahi dan sebagainya; cabaran manakala tentangan merujuk usaha atau apa-apa yang dilakukan untuk menentang: Pasukan Jerman Barat telah memberikan ~ yang hebat kepada pasukan Argentina dalam pertandingan bola sepak Piala Dunia. | Makna | 25.11.2015 |
Apakah padanan bagi: extinguishing, fighting, preventing, and controlling fires adakah "memadam, menentang, mencegah, dan mengawal kebakaran" padanan yang tepat? | Cadangan terjemahan bagi ayat extinguishing, fighting, preventing, and controlling fires ialah memadam, mencegah, dan mengawal kebakaran. | Makna | 30.03.2022 |
Salam sejahtera. Apakah daftar istilah untuk "Resistance Movement" (merujuk kepada pergerakan menentang penjajah atau penceroboh)? Adakah "Gerakan Tentangan" boleh digunakan? Sekian, terima kasih. | Terjemahan yang sesuai bagi Resistance Movement ialah gerakan tentangan | Makna | 30.06.2020 |
(a) mengawal selia pengilangan, penjualan, pemasangan, pengujian, penservisan, dan pengecasan semula kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran; (a) regulating the manufacture, sale, installation, testing, servicing, and recharging of fire-fighting equipment or fire safety installation; apakah padanan bagi perkataan 'servicing'. bolehkan dipadankan diengan 'penservisan'? | Istilah servicing dalam bidang Kejuruteraan ialah rawatan, manakala makna lazim ialah khidmat atau perkhidmatan. | Istilah | 22.08.2022 |
Apakah makna Intifada? | Intifadah (perkataan Arab) bermaksud kebangkitan penduduk Palestin untuk menentang orang Israel yang menduduki Semenanjung Gaza dan Tebing Barat, yang bermula pada tahun 1987. | Makna | 28.07.2006 |
Kalau ayat di bawah ini lebih tepat guna patik atau hamba.... "Biarlah______________ yang menentang Hang Jebat yg derhaka itu," kata Hang Tuah kepada Bendahara Tun Perak. | 'Hamba' digunakan apabila bercakap dengan 'tuan' atau orang yang lebih rendah tarafnya daripada sultan/raja. Dalam konteks Hang Tuah kepada Bendahara Tun Perak, kata ganti diri nama diri pertama "hamba" digunakan. | Tatabahasa | 12.03.2014 |