Saudara/ri, Bagaimana pendapat anda pada ayat ini . (inculcate and sustain safety culture) mana antara yang di bawah sangat sesuai? 1. " menerapkan dan mengamalkan budaya kerja selamat" 2. " memupuk dan mengekalkan budaya kerja selamat" 3. " menerapkan dan mengekalkan budaya kerja selamat" | Terjemahan yang lebih sesuai untuk frasa inculcate and sustain safety culture ialah "memupuk dan mengekalkan budaya kerja selamat". | Lain-lain | 23.07.2015 |
apakah makna linguistik terapan? | Secara umumnya, linguistik terapan ialah ilmu bahasa yang berusaha menerapkan hasil penelitian dalam bidang linguistik untuk keperluan praktik. Bidang Linguistik Terapan mencakupi bidang pengajaran bahasa, penerjemahan, leksikolografi, fonetik terapan, sosiolinguistik terapan, pembinaan bahasa internasional, pembinaan bahasa khusus, linguistik medis, grafologi, dan mekanolinguistik. | Makna | 22.09.2014 |
apa maksud merekayasa dan bagaimana ianya digunakan untuk membuat ayat yang mudah difahami. terima kasih | Merekayasa bermaksud melakukan rekayasa, iaitu menerapkan unsur-unsur ilmu, budaya, dan sebagainya dalam perancangan, mekanisme kerja, dan lain-lain sebagai asas melaksanakan sesuatu. | Tatabahasa | 28.07.2011 |
apa maksud penerapan menurut kamus dewan | Makna penerapan ialah perihal (perbuatan dsb) menerap atau memasang (enjin dll), pemasangan (enjin dll); 2. perihal (perbuatan dsb) menerapkan (mengenakan pd, menyerapkan, dsb), perbuatan. | Makna | 04.10.2009 |
BAGAIMANA MAHU MENGAPLIKASI PERANAN GURU SASTERA DALAM SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU? | Saudara boleh mengemukakan pertanyaan ini kepada Pusat Perkembangan Kurikulum atau Bahagian Sekolah-sekolah kementerian Pelajaran Malaysia. Untuk makluman saudara, guru sastera boleh menggunakan subjek Kesusasteraan Melayu untuk menerapkan nilai-nilai murni dan semangat sayang akan bangsa, agama dan negara dalam kalangan pelajar. | Lain-lain | 04.03.2008 |
Adakah Siri Kamus istilah MABBIM Kamus Perhutanan:Pengurusan Hutan, mempunyai bentuk istilah yang mengandungi pembentukan kata atau tidak? Adakah kamus istilah dalam bidang ini mengandungi bentuk istilah yang digubal secara asli ataupun yang dipinjam? | Saudara, Istilah yang dibentuk menerapkan pedoman pembentukan istilah seperti yang terkandung di dalam buku Pedoman Umum Pembentukan Istilah hasil sidang MABBIM. Bentuk istilah digubal mengikut kaedah yang ditentukan di dalam buku pedoman tersebut , iaitu istilah bahasa Inggeris diberi padanan kata bahasa Melayu jati atau padanan kata tersebut dipinjam dan disesuaikan bentuk ejaannya mengikut pedoman sedia ada. | Lain-lain | 12.02.2010 |
mohon pertanyaan bagi maksud perkataan dan penggunaan ayat yang betul bagi perkataan Perekayasaan. | Rekayasa ialah penerapan unsur-unsur ilmu, budaya dan sebagainya dalam perancangan, mekanisme kerja sebagai asas melaksanakan sesuatu. Perekayasaan yang bermaksud proses menerapkan unsur-unsur ilmu, budaya dan sebagainya dalam perancangan, mekanisme kerja, sebagai asas melaksanakan sesuatu, contoh ayat DBP akan mengusahakan kegiatan kebahasaan melalui perekayasaan bahasa ilmiah dan kreatif serta penerbitan. | Istilah | 25.08.2014 |
Apakah terjemahan untuk "high value workforce" dan "staff engagement programme". | Tidak data mengenai dua istilah yang dikemukakan. Namun, DBP mencadangkan istilah “High Value Workforce” sebagai “Tenaga Kerja Bernilai Tinggi”. Bagi istilah “Staff Engagement Programme” boleh dicadangkan “Program Pengambilan Pekerja” atau “Program Pelibatan Staf”. Sukacita kami mencadangkan agar sekiranya konteks “engagement” yang dimaksudkan ialah program untuk melibatkan pekerja, namakan program tersebut dengan nama khas da menerapkan matlamat program dengan konteks makna – pelibatan pekerja. | Istilah | 20.02.2014 |
contoh-contoh Kritikan sastera berdasarkan teori-teori kesusasteraan, unsur-unsur intrinsik dalam karya sastera, selain kefahaman, pemahaman serta penghayatan sesuatu teks sastera sekolah menengah. | 1. Kehendak soalan ini kurang jelas. Walau bagaimanapun, untuk pengetahuan penanya, sebenarnya kajian yang berupa kritikan terhadap sesebuah karya akan menjadi lebih ilmiah jika ada penerapan sesebuah teori sastera. Contoh-contoh kajian yang menerapkan teori-teori sastera boleh diperoleh dalam prosiding atau kertas kajian hasil daripada Seminar Pemikiran Sasterawan Negara ataupun Program wacana Ilmu (Bicara Karya) yang dianjurkan oleh Bahagian Teori dan Kritikan Sastera, Jabatan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka. Sebagai contoh, lihat kajian “Ekologi, Etika dan Bahasa dalam Puisi-puisi Usman Awang: Satu Kajian Eko” oleh Sohaimi Abdul Azizi dalam Prosiding Pemikiran SN Usman Awang, DBP, 2006. 2. Intrinsik merupakan kajian yang lebih melihat unsur-unsur dalaman yang membina sesebuah karya iaitu kajian yang berbentuk formalistik yang membincangkan tentang tema dan persoalan, plot, watak dan perwatakan, latar, sudut pandangan dan gaya bahasa. | Lain-lain | 15.10.2010 |
Apakah yang dimaksudkan dengan simbol ' ; ' . Bagaimanakah ingin menggunakan simbol tersebut? Seringkali saya terlihat simbol ' ; ' digunakan dalam puisi dan cerpen. | Mengikut buku Gaya Dewan Edisi Ketiga, tanda koma bertitik digunakan untuk: 1. Memisahkan dua atau beberapa klausa utama yang biasanya disambung dengan kata hubung "dan", "tetapi", "atau", "namun" dan "lalu". Contohnya: Membaca menambah ilmu; berfikir mempertajam akal; jadikanlah kedua-dua ini pegangan hidupmu. 2. Memisahkan klausa yang dimulai dengan kata hubung "juga", "walau bagaimanapun", "malah", "di samping itu", "oleh yang demikian". "sesungguhnya" dan sebagainya. Contoh: Harga barang di pasaran tidak turun; malah bertambah naik. 3. Memisahkan klausa-klausa yang terdapat dalam sesuatu ayat. Contoh: Karya ini menggunakan berbagai-bagai pendekatan; ada yang menghasilkan kembali analisis Za'ba, disesuaikan dalam buku teks; ada yang menerapkan teori-teori baharu. 4. Memisahkan klausa yang bersiri, yang berlainan kategori seperti: Kepada mereka yang selamat, diucapkan syukur; kepada mereka yang cedera, diucapkan sabar; dan kepada keluarga mereka yang gugur, diucapkan takziah. | Lain-lain | 31.12.2016 |